You are on page 1of 55

Isu-Isu Konflik

Dunia Semasa
Cabaran dan Isu Semasa Dunia
19 Julai 2018
Isu-Isu Konflik Dunia
Semasa
• - Isu Timur Tengah
Masalah konflik Palestin-Israel
• Konflik etnik
• -Pembersihan etnik di Bosnia
•  -Konflik etnik di Asia Tenggara
(Myanmar)
• -Konflik etnik di Afrika
Konflik Palestin-
Israel
• Konflik Palestin- Israel telah bermula pada pertengahan kurun
ke-20
• Konflik ini telah menjadi teras kepada konflik yang lebih besar
iaitu konflik Arab dan Israel
Peta Palestin yang makin
mengecil
Peta Israel hari ini
• Walaupun telah ada pemulihan di antara Israel dengan Jordan
dan Mesir, penyelesaian mutlak konflik Israel dan Palestine
masih belum berlaku.
• Isu-isu yang berkaitan ialah
1.Pengiktirafan bersama
2.Masalah sempadan
3.Masalah keselamatan
4.Isu air
5.Kawalan ke atas Jurusalem
6.Penempatan Israel
7.Kebebasan pergerakan orang-orang Palestin
• Masalah bermula dengan pembentukan negara Israel di atas
bumi Palestin pada tahun 1948
• Israel telah dibentuk oleh kerajaan kolonial British
Kronologi konflik Israel-Palestin
• Masalah di Palestine bermula apabila bermulanya
imperialisme Barat di tempat itu.
• Sekumpulan minoriti Yahudi yang berfahaman Zionisme
menuntut penubuhan Jewish homeland
• Zionisme adalah satu bentuk nasionalisme Yahudi yang
menuntut penubuhan negara bangsa Israel
• Orang Israel menganggap zionisme sebagai suatu pergerakan
pembebasan kebangsaan tetapi kebanyakan orang lain
menganggap dasar itu sebagai rasis
• May 14, 1948 terbentuk negara Israel di atas tanah Palestin
• Sebelum itu tanah Palestin berada dalam empayar Ottoman
dan terdiri daripada
• 86% Islam
• 10% Kristian
• 4% Yahudi
Kronologi Konflik Palestin- Israel
• Berlaku permulaan penghijrahan masuk orang-orang Israel ke
Palestin. Pada mulanya kemasukan ini tidak mendatangkan
masalah.
• Selepas itu mereka mula menuntut penubuhan negara Israel
• Berlaku permusuhan Palestin dan Israel
• Di Eropah, Hitler melakukan kezaliman terhadap orang-orang
Yahudi di Jerman dan ini telah menimbulkan simpati dunia
kepada Yahudi dan cita-cita mereka untuk menubuhkan
negara
• Campurtangan PBB pada tahun 1947 telah mencadangkan
penubuhan negara Israel dengan membahagikan 55% tanah
kepada Yahudi walaupun mereka hanya membentuk 30%
penduduk dan menguasai 7% tanah
• Berlaku peperangan di antara Yahudi dan Palestin dalam
tahun 1947-49. Yahudi menguasai 78% Palestin
• Nama-nama tempat dan budaya Palestin telah dihapuskan
dan digantikan dengan Yahudi

• Dalam perang 1967, Yahudi telah menguasai lebih banyak
tanah iaitu 22% tanah dengan menguasai Semenanjung Gaza
dan Bukit Golan
• Isu sekarang ialah pelarian Palestin tidak dibenarkan kembali
ke tanah air mereka yang kini telah berada dalam negara
Israel
• Lebih 10,000 orang tahanan Palestin terdiri daripada lelaki,
wanita dan kanak-kanak berada dalam penjara Israel
• Dalam tahun 2000, rakyat Palestin telah melancarkan Intifada
atau penentangan terhadap pendudukan Israel ke atas bumi
mereka
• Amerika Syarikat pula terus memberikan bantuan kewangan
dan ketenteraan kepada Israel. Dianggarkan bantuan Amerika
Syarikat berjumlah 8 juta US sehari
Kesimpulan
• Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan
pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang
diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan
banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga
dikorbankan.
Konflik etnik
-Pembersihan etnik
di Bosnia
Yugoslavia selepas
perpecahan
• Bosnia pada asalnya adalah sebahagian daripada Yugoslavia.
• Bosnia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai etnik
• Tiga etnik yang utama ialah Bosnia, Serb dan Croat
• Pada permulaan perang , Bosniak terdiri daripada 43%
(Muslim)
• Serb -31% (Cristian Orthodoxs)
• Croat- 17% (Roman Catholic)
• Bangsa serb di bawah Slobodan Milosevic ingin menubuhkan
“The Greater Serb” kerana tuntutan nasionalisme yang kuat
• Ini menyebabkan orang bosnia dan Croat khuatir akan
penguasaan Serb lalu mengisytiharkan kemerdekaan Bosnia
• Pada 1991, Republik Yugoslavia telah berpecah
• Konflik etnik Bosnia berlaku di antara March 1992 hingga 14
Disember 1995.
• Konflik ini berlaku apabila Bosnia Herzegovina telah
mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia.
• Orang Serb dan Croat di Bosnia Herzegovina telah menentang
pengisytiharan kemerdekaan itu
• 29 Februari 1992, Bosnia Herzegovina telah mengisytiharkan
kemerdekaan.
• Orang Serb Bosnia telah mengepung bandar Sarajevo
• Januari 1993, Perdana Menteri BH telah dibunuh
• Tentera Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Slobodan Milosevic
dan Yugoslavia People Army (JNA) telah melancarkan
peperangan di Bosnia untuk mendapatkan wilayah
• Milosevic dan Radovan Karadzic telah melakukan ethnic
cleansing terhadap penduduk Muslim di Bosnia
• Tentera Serb yang terdiri daripada JNA telah memiliki senjata
dan jumlah tentera yang besar
Kesan Perang Etnik
• Bandar Sarajevo telah dikepung selama tiga tahun
• 12,000 orang dibunuh di bandar tersebut dalam masa 43
bulan
• Nasionalis Serb dan JNA telah melancarkan pembersihan etnik
untuk mewujudkan wilayah Serb yang “tulen”
• Secara keseluruhannya, 100,000 orang terutamanya Bosnia
telah dibunuh
• 20,000-50,000 orang perempuan telah diperkosa
• 2.2 juta telah kehilangan tempat tinggal
• Konflik ini merupakan konflik terburuk di Eropah selepas
Perang Dunia Kedua
Kesan Perang
Kesan Perang
-Konflik etnik di
Asia Tenggara
(Myanmar)
• Di Myanmar, berlaku konflik etnik di antara etnik Rohingya
dengan etnik lain yang beragama Buddha
• Rohingya adalah etnik yang dikaitkan dengan wilayah Benggal
dan mereka ini beragama Islam
• Berlaku konflik etnik di antara Rohingya dengan etnik Rakhine
yang beragama Buddha
• Di Myanmar, kerajaan menganggap Rohingya sebagai
stateless persons dan bukan sebagai warganegara
• Masalah berlaku di antara Rohingya dan Rakhine telah wujud
apabila Myanmar mencapai kemerdekan. Kerajaan Myanmar
menganggap Rohingya sebagai bukan warganegara
• Orang Islam dan Buddha telah menetap di Sungai Naaf di
kedua-dua tebing. Semasa zaman kolonial British, ramai
imigren dari India datang ke wilayah ini.
• Orang Rohingya telah tidak dianggap sebagai warganegara.
Mereka tertakluk kepada undang-undang yang berlainan
seperti hanya boleh mempunyai dua orang anak
• Mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak boleh
bergerak dengan bebas dari satu wilayah ke wilayah yang lain.
• Keadaan stateless ini telah menimbulkan rasa sangsi
kumpulan etnik lain. Di samping itu telah wujud kebencian
antara kumpulan etnik. Mereka ini telah didiskriminasi oleh
kerajaan melalui beberapa cara.
• Pada tahun 2012, telah berlaku konflik etnik di antara etnik
Rakhine dengan Rohingya menyebabkan 75,000 orang telah
kehilangan tempat tinggal
• Lebih 200,000 Rohingya telah menjadi pelarian akibat
daripada serangan dan juga amalan diskriminasi. Mereka
melarikan diri ke Bangladesh dan negara-negara lain seperti
Malaysia
Pelarian Rohingya
-Konflik etnik di
Afrika
• Rwanda merupakan tanah jajahan Belgium
• Belgium telah kehilangan kawalan ke atas Rwanda pada tahun
1950-an
• Pada tahun 1962, Ruandi-Urundi telah berpecah dan menjadi
dua buah negara iaitu Rwanda dan Burundi
• Pada tahun 1994, berlaku pembunuhan beramai-ramai
terhadap etnik Tutsi oleh etnik Hutu
• Punca yang mencetuskan konflik ini ialah apabila Presiden
Rwanda Juvenal Habyarimana, etnik Hutu telah dibunuh di
lapangan terbang Kigali pada 6 April 1994
• Beberapa jam selepas itu berlakulah pembunuhan secara
besar-besaran dalam sejarah
Mangsa Konflik
• Konflik ini berlaku apabila Hutu melakukan pembunuhan
beramai-ramai terhadap puak Tutsi
• Ini berlaku di negara Rwanda pada 1994 selama 100 hari dari
6 April hingga pertengahan Jun
• Ini adalah akibat daripada permusuhan yang telah lama
berlaku di antara golongan Hutu dan Tutsi yang menjadi
minoriti
• Rwanda telah kehilangan 20% penduduknya
• Tutsi yang menjadi minoriti merupakan golongan penternak
binatang dan menguasai ekonomi
• Mereka juga telah menguasai Hutu yang menjadi majoriti
• Jelasnya perbezaan di antara kedua-dua kumpulan etnik ini
lebih bersifat ekonomi
• 500, 000 orang telah terbunuh
• Konflik ini telah merebak ke negara-negara lain seperti
Tanzania dan Zaire apabila Tutsi dan Hutu terus bermusuhan
dan melakukan pembunuhan
• Akhirnya etnik Hutu telah dapat ditewaskan dan mereka telah
melarikan diri ke Zaire (Congo)
• Dari situ Hutu terus melancarkan pembunuhan terhadap etnik
Tutsi yang berlindung di kem-kem pelarian di Uganda dan
Rwanda
• Konflik ini berlanjutan ke negara-negara lain seperti Burundi
dan Tanzania
Kesimpulan

•Kesan-Kesan Konflik
- Bincangkan

You might also like