You are on page 1of 32

Kandungan

• Syarat Pengoperasian
• Tatacara Keselamatan Kesihatan
• Keperluan Sumber Manusia
• Tindakan Kes Pekerja Positif COVID-19
• Tugas Am Pengendali Makanan

2
Syarat Pengoperasian

3
1. Waktu Operasi & Menerima Pelanggan

Premis Makanan Kedai Serbaneka


• Premis makanan boleh • Premis makanan boleh
beroperasi mengikut waktu beroperasi mengikut waktu
operasi dari 5.00 pagi hingga operasi dari 8.00 pagi hingga
12.00 malam. 11.00 malam.
• Premis makanan boleh • Premis makanan boleh
menerima pelanggan dari 7.00 menerima pelanggan dari 10.00
pagi – 10.00 malam. pagi – 10.00 malam.
2. Kawasan & Kapasiti Dibenarkan
Beroperasi
• Syarikat dibenarkan beroperasi di semua kawasan kecuali kawasan
yang telah diisytiharkan sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN).
• Syarikat boleh beroperasi pada kapasiti tenaga kerja mengikut
kebiasaan (100%).

5
Keperluan Pendidikan
• Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan
peribadi serta kebersihan premis

6
Tatacara Keselamatan
Kesihatan
1. Saringan Kesihatan

Saringan Suhu Badan (<37.5C) Saringan Kesihatan


• Memastikan semua staf, • Saringan kesihatan pekerja
pembekal dan pelanggan asing (bukan warganegara)
melalui proses saringan suhu adalah tidak wajib kecuali jika
badan sebelum memasuki ada arahan dan pengumuman
premis. kerajaan dari semasa ke semasa.
2. Pemakaian Face Mask
• Pemakaian face mask diwajibkan oleh setiap pekerja di kawasan
umum dan ketika berurusan.
Cara Pakai & Lupus Face Mask

Cara Pakai Face Mask Cara Lupus Face Mask

10
3. Keperluan Penjarakan Sosial
• Penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak
1 meter di lantai dilaksanakan di kawasan
production floor, kafeteria / kantin / ruang
makan, surau (2 orang dalam 1 masa), ruang
guna sama, tempat tidur, tandas / bilik mandi
dan lain-lain yang berkenaan
• Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara
meja
• Setiap meja dimuatkan tidak melebihi 4 orang
semeja
• Kerusi meja tidak boleh diletakkan di luar dari
premis perniagaan
4. Penggunaan Hand Sanitiser
• Menyediakan hand sanitizer/
disinfecting kits di pintu masuk,
semua kawasan umum dan tempat-
tempat lain di dalam premis.
• Mewajibkan pengunaan hand
sanitiser berasas alkohol atau
menyediakan kawasan mencuci
tangan dengan sabun
• Dipastikan penggunaannya sebelum
masuk premis.
5. Rekod Kehadiran
• Keperluan merekod kehadiran
termasuk nama penuh, nombor
kad pengenalan, nombor
telefon, serta suhu badan
pekerja, pelanggan dan
pembekal setiap hari sebelum
masuk ke premis
• Rekod disimpan selama tiga (3)
bulan
6. Kebersihan Premis
• Proses pembasmian tempat tinggal
perlu dilakukan setiap hari oleh
majikan
• Proses sanitasi dan pembersihan perlu
dilaksanakan tiga (3) kali sehari
dalam tempoh operasi di kawasan
umum lobi, lif,, kafeteria, surau,
tandas, stor, pejabat, stor dan  tempat
pembuangan sampah / tong sampah
• Menjalankan proses sanitasi
pembasmian kuman di premis setiap
kali sebelum dan selepas operasi
• Menggunakan cecair pencuci dengan
kandungan sodium hypochlorite
mengikut garis panduan KKM
7. Pengurusan Pelanggan
• Menghadkan laluan keluar
masuk pelanggan ke premis.
• Menyatakan dengan jelas
bilangan pelanggan yang
dibenarkan pada satu-satu
masa (tidak berkumpul dan
bersesak-sesak) tertakluk
kepada saiz premis.
• Melaksanakan Program
Kesedaran Awam
15
8. Transaksi tanpa Sentuh & Dalam Talian
• Menggalakkan pembayaran
tanpa wang tunai  atau cashless
(e-wallet, kad kredit dan lain
lain)
• Digalakkan membuat tempahan
secara dalam talian untuk take
away/ dine in

16
9. Peralatan Pakai-Buang
• Menggalakkan penggunaan
peralatan makan biodegradable
pakai-buang
10. Penggunaan Kenderaan
• Kenderaan pengangkutan perlu
menjalani proses pembasmian
kuman dan nyah kuman setiap
kali sebelum digunakan.
• Penjarakan sosial (secara selang
seli) semasa berada dalam
kenderaan.
• Kenderaan persendirian
digalakkan untuk disanitasi
sendiri oleh pekerja mengikut
tatacara yang bersesuaian.
11. Pemantauan dan Pematuhan
• Menyelaras dan memantau supaya semua peraturan dipatuhi oleh
pekerja, pembekal dan pelanggan
• Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan pekerja

19
Tindakan Kes Pekerja Positif
COVID-19
• Syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi
penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes disyaki ataupun kes disahkan
jangkitan COVID-19
• Pekerja yang disaring sebelum masuk bekerja dan jika didapati demam ataupun
mempunyai gejala COVID-19, mereka tidak dibenarkan masuk ke tempat kerja
dan perlu dihantar dan dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau ke Klinik Kesihatan
Kerajaan
• Selepas pemeriksaan oleh doktor dan jika disyaki mempunyai gejala jangkitan
COVID-19, maka pekerja berkenaan perlu dirujuk ke hospital kerajaan berdekatan
• Arahan dan keperluan untuk tujuan penahanan di wad akan dimaklumkan oleh
pihak hospital yang memeriksa
• Keperluan arahan kuarantin ataupun sebarang keperluan aktiviti pengesanan
kontak di kalangan para pekerja yang lain, hanya akan dimaklumkan oleh Pejabat
Kesihatan Daerah yang berdekatan kepada pihak majikan
Tugas Am Pengendali
Makanan

22
1. Latihan
• Menjalani latihan pengendali makanan dan mendapat Sijil Latihan
Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh
Pengarah (Kementerian Kesihatan).

23
2. Pemeriksaan Kesihatan
• Menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin
(typhoid) daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum
dibenarkan mengendali makanan di premis makanan.
• Tempoh suntikan vaksin (typhoid) tidak tamat tempoh.
• Pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa
penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau
merupakan pembawa penyakit bawaan makanan untuk tidak
memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan sehingga
dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat daripada segi
perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.

24
3. Pakaian
• Pakaian yang dipakai semasa mengendalikan
makanan hendaklah bersih, sesuai dan wajar
serta tidak menyumbang kepada apa-apa
pencemaran makanan
• Memakai baju luar yang bersih, sesuai dan
berwarna cerah atau apron berwarna cerah,
penutup kepala dan kasut.
• Pakaian luar hendaklah tidak dipakai selain
dalam premis makanan dan disimpan di
dalam almari atau loker yang sesuai apabila
tidak digunakan.

25
4. Kebersihan Diri
• Menyimpan kuku yang pendek dan bersih.
• Menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas.
• Membasuh tangan sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas
dan selepas mengendalikan bahan makanan mentah atau apa-apa bahan yang
tercemar.
• Tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan
pencemaran makanan contohnya; tidak batuk, meludah, menjilat jari, menggaru tubuh
badan, menghembus hingus, merokok atau mengunyah tembakau, pinang atau gula-
gula getah.
• Tidak meletak apa-apa barang di dalam poket mana-mana pakaian atau apron yang
boleh menyebabkan kepada apa-apa pencemaran makanan
• Tidak memakai perhiasan diri, jam, pin atau aksesori yang lain.

26
5. Kebersihan Persekitaran Premis
• Bertanggungjawab memastikan bahawa premis makanan di mana
makanan dikendalikan kekal bersih dan bebas daripada sampah,
haiwan perosak, kotoran atau jelaga, sisa abu, sisa bahan mentah dan
sarang labah-labah pada setiap masa.

27
6. Mengendalikan Makanan dan Perkakas
• Pengendalian makanan dan penggunaan perkakas makanan dan
bekas makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat
• Pastikan semua perkakas dan bekas yang digunakan hendaklah
dikekalkan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan, dan jika perlu,
dinyah jangkitkan pada setiap masa

28
7. Penyediaan, Pembungkusan dan
Penghidangan Makanan
• Tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengendalikan
makanan yang tidak berbungkus
• Tidak menggunakan nafas untuk membuka apa-apa beg atau
pembalut untuk penyediaan pembungkusan dan penghidangan.
• Tidak menyimpan apa-apa bahan mentah, ramuan, hasil makanan
pertengahan atau hasil makanan siap pada suhu yang mungkin boleh
membantu pembiakan semula mikroorganisma patogen atau
pembentukan toksin.
• Pemanas makanan mengekalkan suhu makanan pada suhu melebihi
60°C, jika makanan yang hendak dihidangkan panas.
29
8. Penyimpanan, Pendedahan atau
Pameran Makanan untuk Jualan
• Tidak menyimpan, mendedah atau mempamerkan mana-mana
makanan yang siap dimakan untuk dijual dalam mana-mana premis
makanan melainkan jika makanan itu terlindung secukupnya
• Cara yang berkesan dengan menggunakan kabinet, almari pameran,
bekas penutup atau peralatan perlindungan, sistem atau peranti lain
yang mudah dibersihkan

30
Rujukan
• Arahan Ketua Pengarah Peraturan 11 P.U (A) 136/2020 Prosedur
Operasi Standard Pembukaan Semula Ekonomi
• Notis Pemberitahuan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Bagi Menjalankan Aktiviti Penyajian / “Dine In” di Premis Makanan, 31
Mei 2020
• Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2009
• Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , 8 Mei
2020
Unit
Pengurusan Risiko

Zuraini binti Jusoh


Koordinator
Unit Pengurusan Risiko
UiTM Cawangan Terengganu
019-988 4316
zuraini338@uitm.edu.my

You might also like