You are on page 1of 16

PENGGUNAAN CAT AIR DALAM

AKTIVITI MENGGAMBAR DI
KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH
 

Oleh :
 
ROZITA BINTI ABDUL RAHIM
PENGENALAN
 

Menurut pandangan Pike John (1978),


cat air atau aquarel merupakan medium
lukisan yang menggunakan pigmen
pelarut air yang bersifat lutsinar. Hasil
karya lukisan cat air bersifat sangat
ekspresif, atau sebaliknya sangat impresif;
bergantung kepada teknik yang
digunakan.

 
 
Menurut Ruzitah Tapah & Mazlan Othman
(2004) dalam proses penghasilan catan,
aspek yang terpenting ialah pengetahuan
berkaitan aplikasi teknik-teknik catan.
Aplikasi teknik yang tepat mampu
mempengaruhi mood serta mesej yang ingin
disampaikan dalam karya.
PENYATAAN MASALAH
Menurut Mark Robert (2008) penggunaan
cat air kurang meluas digunakan di
kalangan murid-murid di sekolah. Ini
kerana murid-murid tidak dapat mengawal
kepekatan campuran warna dan air.
Campuran warna dan air adalah faktor
utama yang menentukan hasil sesebuah
catan.
PERSOALAN KAJIAN
 
1.Adakah murid tahun tiga Sekolah
Kebangsaan St. Paul dapat menguasai
teknik-teknik cat air?

2. Apakah teknik cat air yang paling


kerap digunakan dalam aktiviti
menggambar?

3. Adakah murid membuat persediaan


untuk aktiviti mewarna dengan
mengaplikasikan teknik cat air?
 
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti adakah murid tahun Tiga
SK St. Paul dapat menguasai teknik-
teknik cat air.

2.Mengenal pasti teknik cat air yang paling


kerap digunakan dalam aktiviti menggambar.

3. Mengenal pasti persediaan yang dilakukan


oleh murid bagi aktiviti mewarna dengan
mengaplikasikan teknik cat air.
BATASAN KAJIAN
 
 Pengkaji memfokuskan kajian ini kepada bidang
menggambar sahaja dengan melihat kepada
aktiviti lukisan.

 Kajian rekabentuk kualitatif dipilih dengan


menggunakan kaedah pemerhatian menerusi
persoalan-persoalan daripada senarai semak.

 Responden kajian adalah seramai 20 orang murid

sahaja yang dipilih secara rawak.

 Data dianalisis dalam bentuk huraian secara


TINJAUAN LITERATUR
 Menurut Katheleen Chee (2004), terdapat empat

teknik asas dalam catan air iaitu teknik basah


atas kering, teknik basah atas basah, teknik
kering atas basah dan teknik kering atas kering.

 Mark Robert (2008) pula menyatakan


terdapat pelbagai teknik lain antaranya teknik
glazing, teknik sgrafitto, teknik masking,teknik
percikan, teknik menggunakan plastik dan teknik
menggunakan garam.
Kasran b Mat Jidin (2005) dalam kajiannya
mendapati responden di sekolah menengah yang

dikaji memberikan respon positif terhadap


pembelajaran warna cat air. Kajian ini turut
mendapati bahawa responden menunjukkan
pengetahuan tentang warna yang baik tetapi
mereka kurang mahir mewarna.

 Menurut Gaitskell, CD & Hurtwitz (1970),


persediaan dari segi alat, media dan bahan
catan air penting kerana aspek-aspek ini sangat
menentukan kualiti karya catan yang dihasilkan.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
 Reka bentuk kualitatif melalui kaedah
pemerhatian.

Instrumen Kajian
 Senarai semak yang mengandungi
persoalan-persoalan yang ingin dikenal
pasti.

Responden Kajian
 20 orang murid yang dipilih secara rawak.

Analisis Data
 Data yang dikumpul melalui pemerhatian dianalisis dalam
bentuk huraian secara deskriptif.
PROFIL RESPONDEN KAJIAN
ITEM BILANGAN
RESPONDEN
JANTINA (L) 20
Ras Melayu 7
Cina 6
India 7
Pekerjaan Kerajaan 10
Ibubapa/Penjaga
Swasta 6
Bekerja Sendiri 4
Pendapatan Bulanan > Rm 500 -
Ibubapa/Penjaga
Rm 501-Rm 1000 2
Rm 1001-Rm 2500 11
Rm 2501 dan ke atas 7
Tempat tinggal Bandar 17
Luar Bandar 3
DAPATAN KAJIAN
Kekerapan penggunaan teknik cat air di
kalangan murid sekolah rendah

Teknik Bilangan Responden

Teknik Basah Atas Basah 1

Teknik Basah Atas Kering 1

Teknik Kering Atas Basah 5

Teknik Kering Atas Kering 2


Teknik Resis 4

Teknik Kesan Garam -

Teknik Kesan Kapas 2

Jumlah 16
Persediaan yang dilakukan oleh murid untuk aktiviti
mewarna

Alat/Bahan Bilangan responden

Pensel 20

Pemadam 20

Pembaris 20

Kertas lukisan 18

Berus lukisan 16
Warna air 16

Palet 16

Bekas air 11

Surat khabar 15
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penguasaan teknik cat air di
kalangan murid tahun tiga di SK St. Paul masih
berada pada tahap yang lemah. Terdapat ramai
murid yang tidak dapat menguasai penggunaan cat
air dengan baik berdasarkan analisis data yang
telah diperolehi.

 Teknik kering atas basah merupakan teknik yang


kerap digunakan dalam aktiviti menggambar

 Murid telah membuat persediaan yang sebaik


mungkin untuk aktiviti mewarna dalam bidang
menggambar.

You might also like