You are on page 1of 23

&

F endidikan
O
Le nl
ar ine
ni
alsafah ng

PM di
alaysia
EDUP301
Sila OFF Microphone…ON Camera
3
Peringatan

!
• Anda dikehendaki memasuki kelas (GC) tepat pada masanya.

• Pelajar yang LEWAT memasuki kelas melebihi 15 minit akan


dianggap TIDAK HADIR.

• Perlu menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang


telah ditetapkan.

• Tidak menjadikan masalah internet sebagai alasan.


Kerangka Tajuk
Konsep Asas Falsafah &
Falsafah Pendidikan Bab 1
Cabang-cabang Falsafah
Bab 2

Falsafah & Pendidikan di


Perkembangan
Pendidikan di Malaysia Bab 3

Malaysia
Falsafah Pendidikan di
Malaysia Bab 4
Kurikulum dalam
Pendidikan Bab 5
Model Kurikulum dan
Pelaksanaan Kurikulum
Bab 6
Isu-isu Falsafah dalam
Pendidikan Bab 7
Bab 2
Cabang-cabang Falsafah
-Pengenalan Mazhab Falsafah Cabang-
-Pengenalan -Falsafah
Barat cabang Sumber Ilmu dan
Mazhab Falsafah Pendidikan Falsafah Matlamat
Timur & Islam Timur -Falsafah Umum Barat
Pendidikan Islam,
-Falsafah -Pandangan -Falsafah Pendidikan Barat dan Timur
Pendidikan Islam Ahli Falsafah Tradisional Barat
-Pandangan Ahli Timur -Falsafah Pendidikan Moden
Falsafah Islam Barat
-Pandangan Ahli Falsafah
Barat
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
 Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.

 Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat
perhubungan di antara matlamat dan kaedah.

 Falsafah tradisional mengambil-kira bahawa matlamat adalah di luar


kawalan individu.

 Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh


menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk
mencapai matlamat.
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
TRADISIONAL

1.Esensialisme

2. Perennialisme
Esensialisme
Latar Belakang:
• “Essensial” dalam bahasa Inggeris bermaksud sesuatu yang teramat penting
dan sangat-sangat diperlukan.
• Dibentuk oleh William C. Bagley, pada tahun 1938.
• Tokoh-tokoh lain termasuk Thomas Briggs, Frederick Breed, dan
Issac L. Kandel.
• Wujud untuk pembaharuan sistem pendidikan di Amerika Syarikat kerana
sedar bahawa perkembangan dalam bidang sains di negara itu telah
didahului oleh negara Rusia.
• Menjadi amalan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat pada masa itu.
1. Esensialisme
Tumpuan usaha esensialisme banyak kepada:

a) Mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum


sekolah;
b) Membezakan di antara program sekolah yang dianggap penting dan kurang
penting;
c) Membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah.
Esensialisme
Matlamat pendidikan:
a) Mengekalkan tradisi dan tamadun sesebuah masyarakat;
b) Menyebarkan kebudayaan bangsa;
c) Menegaskan latihan intelektual;
d) Menjalankan latihan fisikal;
e) Membina kesihatan emosi;
f) Menyediakan kemahiran vokesional.
Esensialisme
Kurang penting
Ko-kurikulum
Kurikulum
Arts: Kesenian, Sederhana penting
muzik, jasmani

Akademik: sains fizikal, sej, geo, Kedua penting


bahasa asing

Kemahiran asas: 3M, bertutur, ejaan, dsb


Paling penting
Kurikulum
•Nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan atasan diajar sepanjang kurikulum.
(Matlamat sosialisasi yang bersifat konvensional)

•Semua kandungan pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh guru.

Refleksi:

Fikirkan sejauh mana kurikulum sebegini mempunyai


persamaan dan perbezaan dengan kurikulum sekolah rendah dan
sekolah menengah anda?
Peranan Guru
Guru merupakan:
a) Model yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai tradisional
masyarakat;
b) Orang yang memahami dengan mendalam psikologi kanak-kanak dan proses pembelajaran;
c) Insan yang unggul kepada generasi muda; bijak menggunakan asas
falsafah.

Refleksi:
Pendidik yang bersifat esentialism akan melahirkan pelajar
yang bagaimana? Mengapa?
Kaedah Pengajaran
Kaedah-kaedah mengajar esensialisme:
a) Pembacaan;
b) Syarahan;
c) Ingatan;
d) Ulangan (latih-tubi untuk masteri);
e) Penggunaan alat-alat pandang-dengar;
f) Menjalankan peperiksaan.
Tanggungjawab Pelajar
Pelajar perlu:
a) Berusaha bersungguh-sungguh dan memberi perhatian terhadap
kepentingan disiplin kendiri;
b) Tidak mementingkan minat pelajaran. Minat lahir selepas berusaha
bersungguh-sungguh;
c) Mengetahui bahawa tujuan pelajaran adalah untuk mengetahui akan
kewujudan alam dan bukan menggabungkannya megikut kesukaan
sendiri. (Unsur ini tergolong dalam mazhab yang mana satu ?)
d) Mendengar dengan teliti akan syarahan daripada guru. Syarahan itu
haruslah jelas dan sistematik.
Kesimpulan tentang Esensialisme

Esensialisme berpegang kepada amalan:


• Kurikulum sek rendah melengkapkan murid-murid dengan kemahiran asas;
• Kurikulum sek menengah memberi kemahiran dan pengetahuan dalam mata
pelajaran sejarah, matematik, sains, bahasa, bahasa inggeris, Bahasa asing,
teknikal dan vokasional;
• Disiplin dan sifat menghormati autoriti yang sah hendaklah wujud di sekolah;
• Sikap bekerja keras dan penumpuan yang tinggi perlu dalam proses pembelajaran.

Refleksi: Apakah rumusan lain yang dapat anda fikirkan?


2. Perennialisme
Konsep asas perennialisme terhadap pendidikan
 Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan
pengetahuan yang berbentuk universal dan tidak terhad pada masa.

 Fokus perenialisme ialah perkembangan diri. Orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu
diajar mengenai kemanusiaan dahulu, bukan mesin atau teknik.

 Orang itu pertamanya orang, kedua barulah pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal harus
diajar dahulu sebelum vokasional.

 Prinsip perlu diajar, bukannya fakta kerana fakta sentiasa berubah.

Cuba terangkan apa yang dimaksukkan sebagai”pemikiran yang rasional”,


dan “perbuatan yang rasional”?
Matlamat Pendidikan
Tujuan universal matlamat pendidikan perennialisme adalah:
a) Mencari dan menyebarkan kebenaran melalui pemikiran rasional,
b) Melatih pemikiran supaya dapat berfikiran secara rasional.
c) Mentamadunkan pelajar dengan nilai-nilai konvensional.

Fikirkan: Apa yang dimaksudkan “konvensional”?


Peranan Guru
 Guru dilihat sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dalam
bidangnya. Pengetahuan dan kepakaran tidak boleh dipersoalkan.

Guru sebagai pakar mata pelajaran, perlu mahir membimbing perbincangan.

Guru perlu membantu murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik.

Cuba jelaskan apa itu kaedah Socratik?


Kurikulum
• Mengajar mata pelajaran berhubung dengan kualiti moral,
estetika, dan prinsip-prinsip agama;

• Harus mengandungi sejarah, bahasa, matematik, sastera, logik,


kemanusiaan dan sains yang diperolehi daripada buku-buku
tamadun barat dan klasik seni dan sastera.
Pendekatan
•Diajar dalam bentuk pembelajaran subjek akademik
•Pengajaran memberi penegasan kepada:
 Ingatan
 Pembacaan
 Latih-tubi
 Ulangkaji ditekankan
•Pendidikan perlu sesuai dengan kemampuan dan tahap kecerdasan individu.
•Yang cerdas mengikuti kurikulum yang berlandaskan perkembangan intelek.
•Yang kurang cerdas diberi latihan vokasional

Apakah kelebihan dan kelemahan pendekat Perennialisme?


Kesimpulan Tentang Pandangan Perennialisme Terhadap Pendidikan

Perennialisme :

• Merupakan teori konservatif yang berpusat kepada tradisi dan klasik;

Prinsip-prinsip pendidikan termasuk:


a) Kebenaran adalah universal (sejagat) dan terdapat di mana-mana sahaja tanpa bergantung
kepada keadaan setempat, masa atau manusia;
b) Pendidikan yang baik bererti mencari dan memahami kebenaran;
c) Kebenaran terdapat dalam karya-karya terkenal;
d) Pendidikan merupakan latihan liberal bagi membentuk dan mempertingkatkan intelek.

Refleksi: Apakah ciri-ciri perennialisme lain yang dapat anda rumuskan?


Kesimpulan

Esensialisme dan perennialisme mempunyai persamaan berikut:

1. Mempertahankan pendirian konservatif;


2. Sekolah adalah institusi untuk memperoleh idea dan pengetahuan intelek;
3. Pendidikan juga bertujuan memelihara warisan budaya;
4. Proses pembelajaran berpusat kepada pemindahan dan penguasan
mata pelarajaran akademik.
Sekian, terima kasih

You might also like