You are on page 1of 45

Perkembangan

pendidikan di
Malaysia
MAZDARUDIN MD ISA
Sebelum merdeka
Sistem pondok
Pendidikan
vernakular
» Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan
yang tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal.

» Diajar pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama di surau atau masjid di kampung­
kampung pada waktu malam.

» Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan
ajaran guru sebagai ‘Menadah Kitab’.

» Pada abad ke-18, sistem pendidikan sekolah pondok semakin berkembang pesat apabila
beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur
berbanding pengajaran agama yang diadakan di surau atau masjid.

» Tertumpu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok
meliputi membaca dan memahami kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab, serta
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus.
» Terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah Melayu,
Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih
mencerminkan unsur-unsur perkauman.

» Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di


sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

» Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam. Pendidikan


Inggeris tidak memberi peluang kepada semua ahli masyarakat kecuali kepada
golongan elit Melayu.

» British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan


penempatan kaum masing-masing spt sekolah Inggeris tertumpu di kawasan
bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar
pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di
ladang-ladang getah.

» Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan
setakat pendidikan yang paling rendah dan tidak mementingkan perpaduan
masyarakat. 
Sekolah pendidikan melayu
- Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang
terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh
Persatuan Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas.

- Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan – menganggap bertentangan dengan


agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan Kristian dan tidak
mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan tenaga anak untuk menolong ibu
bapa.

- Peringkat awal hanya dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak berminat
menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah vernakular Melayu
berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

- Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya “seorang anak nelayan
atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.”
Sekolah pendidikan cina

- Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan


kerana tanggapan ibu bapa mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari
rezeki.

- Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di Melaka pada tahun 1816 oleh
sekumpulan mubaligh Kristian.

- Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat


rendah (6 tahun), peringkat menengab (3 tahun), dan peringkat atas (3 tahun).

- Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina dikelolakan oleh


orang-orang persendirian, badan-badan sukarela tanpa campur tangan
kerajaan British. Kurikulum sekolah Cina di Tanah Melayu disesuaikan supaya
selaras dengan apa yang dipelajari di China. Manakala guru-guru didatangkan
khas dari China.
Sekolah pendidikan tamil

Pada awalnya, pendidikan Tamil juga diusahakan oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela
terutamanya badan mubaligh Kristian.

Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di
setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun.

Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu. Pada tahun 1932, British
mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian besarnya hanya
ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke darjah enam. Hanya
yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di bandar.

Buku teks dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India.

Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak
buruh.
Sistem pendidikan Inggeris
Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka oleh R.R.S. Hutchings, seorang paderi
gereja tempatan.
Pada mulanya sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah, tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun
1920-an.

Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah aliran Inggeris apabila Special Malay Class
diperkenalkan.

Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan hanya segelintir daripada golongan
bawahan.

Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris lebih
tertumpu di pusat-pusat Bandar dan  bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi.

Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping menanam
perasaan taat setia kepada British.
SELEPAS
MERDEKA
LAPORAN
RAHMAN
TALIB
(1960)
AKTA
PENDIDIKAN
1961
2. AKTA PENDIDIKAN 1961

Tujuan

Menyatupadukan Sistem pendidikan


kaum di Malaysia bercorak kebangsaan
• Berasaskan penyata Razak 1956 dan lapaoran Rahman
Talib.
• Bahasa kebangasaan sebagai bahasa penghantar
utama.
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
• Murid naik darjah secara automatik.
• Pengajaran nilai murid ditekankan.
• Sekolah rendah dibahagikan kepada dua iaitu sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
• Sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah.
LAPORAN
AMINUDIN
BAKI
1964
Cadangan:
• Memperkenalkan pendidikan aneka jurusan kerana

1. Pelajaran menengah rendah selama 3 tahun selepas


pelajaran sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan
dasar kerajaan untuk menaikkan umur berhenti sekolah
kepada 15 tahun.
2. Perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai
setelah mereka tamat pengajian.
3. Menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan.
4. Mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan
pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran.
LAPORAN
JAWATANKUAS
A KABINET
Cadangan :
• Kurikulam sekolah rendah hendaklah dirancang untuk
membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas
iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan
perkembangan diri individu.

• Kurikulam pada masa itu perlu disusun untuk membolehkan


pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih
maju.

• Kajian semua untuk menentukan cara penyediaan guru dan jenis


perkhidmatan.
• Susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk
memenuhi pendekatan P&P masa kini.

• Kekalkan kenaikan darjah secara automatik.

• Penyediaan pendidikan permulaan untuk pelajar


lemah.

• Perbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan


peruntukan guru bagi pendidikan pemulihan.
AKTA
PENDIDIKAN
1996
• Akta pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan
pembaharuan dari akta pelajaran 1961.
Perbandingan antara akta pelajaran
1961 dan akta pendidikan 1996
PIPP 2006-
2010
PIPP 2006-2010(Pelan Induk Pembangunan pendidikan)
• Matlamat :

1. Menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua.

2. 2 pendekatan utama
 Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai
dan kesamarataan peluang pendidikan.
(memberi peluang yang adil tanpa mengira lokasi,
kaum, orang kurang upaya dan suku minoriti.)
 Kecemerlangan institusi pendidikan.
(memberi perhatian yang khusus ke atas sekolah
yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
Pendidikan
masa kini
► Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara
berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia
mampu berdaya saing pada peringkat global.

► Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri


merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terdapat tiga
objektif utama dalam PPPM :

1) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia


berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem.

2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.

3) Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem


pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang
membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang
meningkat serta menyokong transformasi awam.
► PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama
transformasi keseluruhan sistem pendidikan dan terdapat tiga fasa
iaitu:

1) Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh


tentang sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian
terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan
kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak
utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti
kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model
untuk diikuti dan dicontohi.

2) Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal


PPPM dengan menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk
mengenal pasti bidang keutamaan dan memperinci program
transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan
dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini merangkumi
maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan
Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.
3) Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM.
Fasa ini melibatkan rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid
dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas
tentang Laporan Awal PPPM. Maklum balas berkenaan telah
dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.

► PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan


negara lain yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan
berupaya mengekalkan peningkatan dalam keberhasilan murid.

► Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk


memahami dan membandingkan standard dan prestasi sistem
pendidikan Malaysia dengan negara lain.
Terima kasih

You might also like