You are on page 1of 20

PENGENALAN KEPADA

ACARA PADANG
LEMPAR CAKERA
PENGENALAN

KEMUDAHAN DAN PERALATAN

KESELAMATAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PENGENALAN
LEMPAR CAKERA
Lempar cakera merupakan  acara lontaran yang mula-mula dicipta
sebagai acara sukan. Acara ini dipertandingkan dalam Sukan
Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah
jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan
pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam
Sukan olimpik pada tahun 1896.
• Lempar cakera adalah satu acara yang
mempunyai prinsip yang hampir sama
dengan acara lontar peluru dan baling
tukul besi.
• Kita perlu mempunyai kekuatan otot,
kelajuan dan kuasa serta menguasai
teknik lemparan yang betul untuk
menghasilkan lemparan yang sempurna
dan jauh. Selain itu, kita perlu
mempunyai koordinasi dan stabiliti yang
baik ketika berputar dan melakukan
lemparan
KEMUDAHAN DAN
PERALATAN
Spesifikasi alatan dan gelanggang bagi lempar cakera adalah mengikut
undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Olaharaga Amatur
Antarabangsa (IAAF). Pelaksanaan lempar cakera memerlukan bulatan
lemparan, kawasan pendaratan cakera dan cakera.
1. BULATAN LEMPARAN
1. BULATAN LEMPARAN

 Bahagian tepi bulatan cakera dililit dengan gelung besi atau keluli.
Bahagian atas gelung besi perlu sama rata dengan permukaan
tanah. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz
bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya.

 Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama


besar.

 Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri


daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya
harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih.
 Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah
dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya
75cm pada kedua-dua belah bulatan.
Permukaan bulatan boleh juga diperbuat
daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

 Bulatan lemparan dibahagi kepada dua


bahagian iaitu, separuh bulatan hadapan dan
separuh bulatan belakang. Kedua-dua bahagian
ini dipisahkan oleh satu garisan
2. KAWASAN PENDARATAN CAKERA
 Kawasan pendaratan cakera perlu rata dan
ditandai dengan dua garisan lurus berwarna putih
yang bersudut 40° dari pusat lemparan cakera.

 Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan


kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak
tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk
peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh
seperti 50m, 60m, 70m dan 80m
3. CAKERA
Cakera diperbuat daripada kayu dan di bahagian
kelilingnya dipasang dengan bingkai logam yang licin.
Manakala di tengah-tengah cakera diletakan kepingan
logam. Terdapat juga cakera yang diperbuat daripada
getah untuk kegunaan sewaktu sesi latihan. Umumnya
hanya dua saiz dan berat yang digunakan untuk acara
lempar cakera bagi peringkat pelajar sekolah.
1. Lelaki bawah 18 tahun : 1.5 kg

2. Perempuan bawah 18 tahun : 1.0 kg

3. Lelaki bawah 15 tahun : 1.0 kg

4. Perempuan bawah 15 tahun : 1.0 kg 2kg


4. KURUNGAN KESELAMATAN
 Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas
supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg
serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat

 Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada


minimum 6 batang tiang yang menyokong  jaring.

 Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m


dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini
hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi.

 Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang


seumpamanya
5. PITA PENGUKUR
 kejuaraan ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu
jarak ini perlu diukur.

 ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke
bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga
titik tengah bulatan lemparan itu.

 Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan
mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan
pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan.

 Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik
atau tanda pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur.
Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian
depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan 
KESELAMATAN
KESELAMATAN
Pelajar yang bersedia untuk
Pelajar menunggu gilirannya di
melempar hendaklah terlebih
tempat yang selamat dan tidak
Pelajar menjalani latihan dahulu memastikan tiada sesiapa
menunggu di keliling atau
melempar di kawasan yang di belakangnya dekat bulatan
berhampiran bulatan lemparan di
ditetapkan guru. atau di hadapannya dalam
mana pelajar lain sedang
kawasan pendaratan ketika dia
membuat percubaan.
memulakan lemparannya.

Memasang kurungan
Cakera hendaklah dipungut dan
keselamatan dikawasan membuat
dibawa semula ke tempat mula
lemparan bagi mengelakkan
melempar oleh pelajar. Tidak
sebarang kejadian yang tidak
dibenarkan pelajar membaling
diingini daripada berlaku semasa
cakera kepada peserta yang
acara lempar cakera
menunggu gilirannya.
dilangsungkan,
PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
Undang-undang mengikut tetapan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM):
 

1. Lemparan perlu dilaksanakan dari dalam bulatan. Hanya bahagian dalam gelung besi bulatan
yang boleh disentuh.

2. Masa melaksanakan lemparan adalah satu minit selepas masuk ke dalam bulatan.

3. Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari persediaan statik, tidak bergerak dalam bulatan

4. Lemparan dikira sah apabila:

• i. Keseluruhan cakera jatuh di antara dua garisan pinggir bahagian dalam sektor.

• ii. Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di luar bulatan ketika fasa ikut lajak.
5. Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan bahagian belakang yang
ditandai dengan garisan putih.

6. Lemparan dibatalkan apabila:

i. Keluar dari bulatan sebelum cakera mencecah tanah.

ii. Mana-mana bahagian tubuh menyentuh tanah di luar bulatan atau di

atas sisi besi bulatan.

iii. Cakera jatuh di luar kawasan sektor. iv. Keluar dari bulatan lemparan
melalui bahagian hadapan atau sisi.
7. Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan. Serbuk kapur boleh digunakan pada tangan untuk
membantu pegangan cakera.

8. Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali. Hanya lemparan paling jauh diambil kira
untuk menentukan pemenang.

9. Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan


untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa
peralatan.

10. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun
jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.
11. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan
kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

12. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut
dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

13. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari
segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.

You might also like