You are on page 1of 4

Pengertian dan

Konsep Budaya
DEFINISI
● Dari segi bahasa, budaya berasal dari bahsa Sanskrit buddhayah (kata kasarnya budhi yang bermaksud budi atau akal).
● Budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture yang berasal dari bahasa Latin yang bermaksud mengolah / mengerjakan.
● Mengikut Kamus Dewan, budaya diertikan sebagai;
a) tamadun, peradaban
b)Kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir, berkelakuan)

● Dalam hal ini budaya dikaitkan dengan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah
meningkatkan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya menyelesaikannya.
● Ia merupakan keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
● Budaya dibahagikan kepada dua lapangan iaitu Budaya Kebendaan dan Budaya Bukan Kebendaan.
1. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, senjata dan sebagainya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.
2. Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang
mana pihak lelaki masyarakat Melayu memberi hantaran kepada pihak perempuan, manakala bagi masyarakat India
hantaran (dowi) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
● Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi
sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan
bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

You might also like