You are on page 1of 33

TAJUK :

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah


mengemukakan 5 aspirasi yang perlu diberi penekanan dalam
pendidikan masa kini.

Huraikan sejauh manakah guru dapat memainkan peranan bagi


memupuk perpaduan dalam kalangan murid bagi merealisasikan aspirasi
PPPM.

Pembentang : Hey Lin Khang


Tan Yong Jie
TAYANGAN VIDEO
• Tajuk Video :
- Kita Berbeza , Tapi Kita Bersama

• Diperoleh daripada :
https://www.youtube.com/watch?v=gKDkC_QeqKk
PENGENALAN
• Malaysia terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaum, agama dan
budaya yang hidup aman dan damai.

• Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan


kemajuan negara.

• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) = usaha Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia melalui sistem pendidikan.
• PPPM telah menggariskan 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia, 6
aspirasi murid serta 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan.

• 5 aspirasi : akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

• perpaduan merupakan salah satu aspirasi dalam PPPM


- jelas menunjukkan perpaduan dititikberatkan oleh pihak kerajaan.
- guru merupakan aspek yang tidak boleh diabaikan.
- sekolah institusi yang paling sesuai utk hayati konsep perpaduan.
Peranan Guru
bagi Memupuk
Perpaduan
dalam kalangan
murid

Kepentin
gan
Bahasa

Penerapan Nilai-
Kepelbagai nilai Dalam
an Gaya Proses
Pengajaran dan
Pengajaran Pembelajaran

Penekanan Penitikberat
Terhadap Mata an Kepada
Pelajaran Aktiviti
Sejarah Kokurikulum
PENERAPAN NILAI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penerapan Nilai Dalam PDP
• Hasrat Falsafah Pendidikan Negara ialah menjadikan rakyat Malaysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

• Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah


menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan
negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni

• Segala harus diamalkan sejak kecil lagi.


Tolong Belas kasihan
menolongToleransi
Hormat-
bekerjasama
menghormati
Timbang rasa
Amalan Nilai-
Nilai
• Maka, dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat
toleransi antara kaum sangat penting.

• Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan


membolehkan pelajar berinteraksi sesama mereka.

• Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga menitikberatkan aspek-aspek


pendidikan yang harmonis..
• Pemupukan dan pengamalan nilai-nilai murni bukan sahaja diamalkan
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam,

• tetapi turut harus ditekankan dalam mata pelajaran yang lain sama
ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Implikasinya, semua guru mata pelajaran mempunyai tanggungjawab
dalam membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk perpaduan, bukannya
sahaja menitikberatkan keputusan akademik.
AKTIVITI KOKURIKULUM
• Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.

• Kepentingan aktiviti kokurikulum setara dengan kepentingan aktiviti di


dalam bilik darjah

• Peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

• Melalui kokurikulum, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan


pelajar.
• Sebagai contoh, dalam aktiviti pertandingan seperti bola sepak, guru
boleh melibatkan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
untuk membentuk satu pasukan, bukannya semata-mata satu kaum
yang spesifik sahaja.

• Untuk mencapai matlamat yang diharapkan, mereka akan bersatu


kerana bersatu teguh bercerai roboh.

• Hal ini semestinya juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan


toleransi dalam kalangan pelajar.
• Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar dalam pasukan itu akan
bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku. Pelajar akan mengenali
dan menghormati antara satu sama lain dan seterusnya akan berlaku
proses integrasi.

• Maka peristiwa seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak akan berulang.

• Jelasnya, guru berperanan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan


pelajar melalui aktiviti kokurikulum.
PENEKANAN TERHADAP MATA
PELAJARAN SEJARAH
Penekanan Terhadap Mata Pelajaran Sejarah

• Bertujuan memupuk semangat setia kepada bangsa dan negara serta


berbangga menjadi warganegara Malaysia.

• Mata pelajaran teras di sekolah rendah bagi murid-murid tahap dua

• memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap


tentang sejarah negara
Contoh peranan guru

• Sumbangan tokoh-tokoh yang berbilang kaum kepada negara kita ( mereka


akan saling menghormati antara satu sama lain)

• peristiwa 13 Mei 1969 iaitu perusuhan kaum yang berlaku di negara kita
(mengetahui kesan buruk akibat daripada peristiwa perpecahan kaum )
KEPELBAGAIAN GAYA
PENGAJARAN
Kepelbagaian Gaya Pengajaran

• cara menjalankan aktiviti agar dapat memupuk perpaduan dalam kalangan


murid di dalam bilik darjah
• Teknik pengajaran guru perlu bersifat kreatif dan inovatif semasa proses
PdP
• pusat tumpuan serta pengerak aktiviti dan tugasan
• mengenalpasti kriteria murid lain dan situasi ini dapat membantunya
memilih seorang sahabat
Contoh Peranan Guru

• membahagikan kumpulan tanpa mengira kaum semasa menjalankan


perbincangan
SESI PERBINCANGAN
Sesi Perbincangan

• Anda diminta mencari satu kawan yang berlain kaum


• Wujud 3 kumpulan berpasangan
• Seorang lagi yang harus memberi pendapat tentang apa yang kita
mempelajari dalam sesi perbincangan tersebut.

• Bincangkan tentang sambutan hari apa yang paling penting bagi kaum
india/ cina pada setiap tahun
Murid-murid dapat menunjukkan satu interaksi sosial dan mereka juga dapat
mengenali antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa, kaum dan
agama
KEPENTINGAN BAHASA
Kepentingan Bahasa

• satu saluran perpaduan


• Dasar MBMMBI
• bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina
negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia
Contoh Peranan Guru

• menggalakkan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia dalam semua


komunikasi awam dan terbuka
• tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain
KESIMPULAN
• Guru merupakan aset yang penting untuk merealisasikan lima aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang diberikan penekanan dalam pendidikan
masa kini terutamanya aspirasi perpaduan.

• Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha
yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh
perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini.
BIBLIOGRAFI
• Laman Sesawang:
Artikel: Memupuk semangat perpaduan di sekolah. Diperoleh pada 1 Mac 2015, daripada
http://www.1malaysia.com.my/affiliates/memupuk-semangat-perpaduan-di-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.


Diperoleh pada 10 Februari 2015, daripada http://
www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf
Artikel: Langkah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dicapai pada 21
Feruari 2015, daripada http://
www.1malaysia.com.my/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat
-malaysia-0

Dasar-dasar Kerajaan dalam Membentuk perpaduan. Dicapai pada 22 Februari 2015, daripada
http://
pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perp
aduan.html

Kementerian Pendidikan Malaysia: Dasar MBMMBI. Dicapai pada 21 Februari 2015, daripada
http://www.moe.gov.my/v/mbmmbi
Kementerian Pendidikan Malaysia: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Dicapai pada 21 Februari 2015, daripada
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

Utusan Online: Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah. Dicapai pada 22 Februari 2015,
daripada http://
ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-bermula-di-sekol
ah
• BUKU RUJUKAN :
Abdul Rahman Md Arof. (1999). Pendidkan Moral, Teori, Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan. (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohadmed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie. (1994). Sejarah


Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1995). Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman


Sdn.Bhd.

P.Kumar., Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia. Selangor: Longman


Malaysia Sdn.Bhd.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur:


Pusat Penerbitan Universiti.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan


Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like