You are on page 1of 49

Hubungan Etnik

MPU 3122
Disediakan oleh : Jayanthy A/P Arumugom
Ng Xiao Luan

Nama Pensyarah: En. Mani Rajan A/L Ellappan


M11: Perihalkan isu dan cabaran
dalam konteks
pembangunan ekonomi di
Malaysia.
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Perkembangan Ekonomi di Malaysia
3. Dasar pembangunan Ekonomi
4. Isu Utama Ekonomi
 Agihan Kekayaan Negara
 Membasmi Kemiskinan
 Penyusunan Semula Masyarakat
 Pekerja Asing dan Hubungan Etnik
 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
5. Strategi Ekonomi Semasa
 Model Ekonomi Baru
 Pembangunan Koridor Malaysia
 Program Transformasi Kerajaan
 Program Transformasi Ekonomi
 Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
1. Pengenalan
• Di Malaysia, etnik dan ekonomi merupakan
dua aspek yang tidak dapat dipisahkan.

• Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah,


masyarakat Malaysia turut mengalami
perubahan selari dengan arus pemodenan
(Revolusi Perindustrian) yang dibawa masuk
dari benua Eropah.
• Selepas merdeka, kerajaan mula melaksanakan
beberapa dasar yang menjurus kepada
pembangunan ekonomi negara dengan
berasaskan acuan ekonomi Malaysia.

• Agihan kekayaan dan pendapatan yang tidak


setara serta penyusunan semula masyarakat
dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama
yang mempengaruhi hubungan etnik di negara
ini
2. Perkembangan Ekonomi di
Malaysia
i) Era pra-penjajah
• Ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat sejak
peringkat prapenjajahan lagi. Kedudukan geografi
Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di
persimpangan lalu-lintas Selat Melaka, serta muara-
muara sungai yang sesuai beroperasi sebagai
pelabuhan semula jadi, telah memberi peluang
kepada penduduk setempat bergiat cergas dalam
bidang perkhidmatan dan perdagangan.
ii) Era penjajah
• Bangsa Eropah berlumbalumba mencari
kawasan jajahan baru bertujuan untuk
menambah kekayaan, perdagangan serta
pengaruh politik mereka.
• Portugis telah berjaya mengawal kawasan di
sekitar Melaka serta lalu-lintas di perairan
Selat Melaka dengan menguatkuasakan sistem
cukai
• Aktiviti ekonomi pada ketika itu tertumpu
kepada perdagangan, pertanian (kecil-kecilan)
dan perlombongan. Ini telah menarik minat
pelabur-pelabur, pedagang-pedagang dan
buruh-buruh imigran datang ke Negeri-negeri
Selat
• Ketika Semenanjung Tanah Melayu diletakkan
di bawah persekutuan (1948-1956), Inggeris
telah mula memberi tumpuan kepada
pembangunan sektor ekonomi
iii. Era Selepas Merdeka
• Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, kerajaan Malaysia telah menjalankan
pelbagai usaha untuk membaiki keadaan tidak
seimbang tersebut, tetapi keadaan pada tahun
1969 masih lagi jauh daripada memuaskan.
• Jumlah orang Melayu masih kurang yang
bekerja di sektor perdagangan dan pembuatan
moden, terutama di peringkat pengurusan,
profesional, teknikal, pengawasan dan
pengkeranian kerajaan Malaysia.
• Satu daripada petunjuk ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum ialah pegangan hak
milik saham dalam syarikat berhad di
Malaysia Barat dalam tahun 1970 seperti
dalam Jadual
3) Dasar Pembagunan Ekonomi (DPE)
• DPE ini amat penting kerana ia akn
menentukan maju mundur sesebuah
negara.
• Maka Malaysia telah merangka beberapa
dasar pembangunan ekonomi sejak
kemerdekaan dicapai
• Dasar ini juga mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat.
Rancangan
Dasar Ekonomi
Pembangunan Lima
Baru
Tahun Malaysia

Berfokuskan kepada Matlamat


kemajuan pertanian di pembasmian
Malaysia dan kemiskinan dan
memupuk perpaduan penyusunan semula
kaum masyarakat.
Dasar
Dasar
Pembangunan
Penswastaan
Negara

Mewujudkan Dasar yang


masyarakat bertentangan
perdagangan dan dengan dasar
perindustirian pemiikan negara
Dasar
Globalisasi
Wawasan
Ekonomi
Negara
Proses
Membina negara pengantarabangsaan
yang berdaya tahan dalam aspek politik,
dan bedaya saing ekonomi, budaya dan
sebagainya.
4) Isu Utama Ekonomi
i. Agihan Kekayaan Negara

• Di Malaysia agihan kekayaan negara secara adil


dan saksama merupakan suatu langkah amat
penting.
• Kekayaan semestinya tidak dikuasai oleh satu
kaum etnik sahaja, manakala etnik lain pula
tercicir.
• Kegagalan dalam agihan kekayaan yang adil
dapat menjejeaskan kestabilan masyarakat
yang akhirnya membantutlah usaha untuk
membangunkan negara ke arah mencapai taraf
negara maju menjelang 2020.
• Langkah-langkah kerajaan telah berjaya
menyumbang kepada peningkatan dalam
pemilikan saham oleh kaum bumiputera hanya
berjumpalah 1.5% pada 1969, tetapi jumlah itu
bertambah kepada 20.6% pada tahun 1995.
ii. Membasmi Kemiskinan

• Dari segi pendapatan purata, didapati putara


pendapatan sebulan bagi isi rumah Melayu
jauh lebih rendha daripada etnik lain

Melayu Cina India


• Rm174 • Rm394 • Rm304
• Kemiskinan ialah faktor utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat .
• Faktor ini bukan sahaja terdapat di luar bandar,
malah di bandar.
• Kedaan ini dapat menggugatkan perpaduan
negara kerana masalah kemiskinan mengikut
kelompok etnik dengan kemiskinan paling tinggi
adalah dalam kalangan orang Melayu yang
tertumpu pada aktiviti pertanian tradisional.
• Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah
dilaksanakan sepanjang perlaksanaan DEB.
Antara usaha-usaha itu ialah:

*Membuka dan membangunkan kawasan tanah


untuk golongan yang tidak memiliki tanah oleh
agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA.
*Membina dan meningkatkan infrastruktur di
kawasan luar bandar.
*Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup
rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan
sebagainya.
*Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Penyusunan Semula Masyarakat

• Strategi penyusunan semula masyarakat


diharapkan dapat menghapuskan pengenalan
kaum berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan
tempat tinggal.
• Tujuan penyusunan semula guna tenaga
dilakukan adalah untuk memperlihatkan bahawa
penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum.
• Penstrukturan ini juga dapat memberi
peluang kepada semua kaum untuk
menikmati kekayaan negara dan
mewujudkan keharmonian di kalangan
semua kaum di Malaysia.

• Melalui penyusunan semula masyarakat,


diharapkan pemilikan saham di Malaysia
akan melambangkan komposisi kaum di
negara ini.
• Langkah-langkah bagi mencapai strategi
menyusun semula masyarakat ialah:
a) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan orang Melayu
dan kaum bumiputera.
b) Menubuhkan agensi kerajaan seperti Bank
Pembangunan, Permodalan Nasional Berhad
dan lain-lain bagi membantu kaum bumiputera
mendapatkan modal dan membuat pelaburan.
d) Memajukan negeri dengan menubuhkan agensi
pembangunan wilayah seperti DARA,
KEJORA, dan lain-lain.
e) Membangunkan kawasan zon perindustrian di
bandar dan menggalakkan migrasi dari luar
bandar ke bandar.
f) Menyusun semula guna tenaga untuk
mencerminkan komposisi kaum yang
seimbang.
g) Pembangunan bandar baru.
iv. Pekerja Asing dan Hubungan Etnik

• Menjelang abad 21, Malaysia menjadi


pengimport terbesar tenaga kerja di Asia
Tenggara.
• Tenaga buruh ini datang ke Malaysia dengan
hasrat untuk mengumpulkan wang dan
membawanya pulang serta membina
kehidupan baharu di negara mereka.
• Akan tetapi, ada sebilangan yang
menggunakan pelbagai cara melalui
dokumen untuk menjadi penduduk tetap atau
terus kekal sebagai pendatang asing tanpa
izin (PATI)
• Hari ini, agak sukar untuk orang Malaysia
bertindak bagi mengurangkan jumlah dan
menghantar tenaga kerja asing, terutama
pembantu rumah kembali ke negara mereka.
v. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau
Trans-Pacific Partnership (TPPA)

• Salah satu cara lain untuk kepentingan


korporat amerika Syarikat yang mengongkong
negara yang sedang membangun dari sudut
geopolitik.
• Terkini, Majlis menandatangani Perjanjian
TPPA yang melibatkan 12 buah negara yang
diadakan pada 4 februari 2016
• Perjanjian ini merupakan perjanjian
perdagangan bebas yang komprehensif dan
merangkumi pelbagai skop, seperti perolehan
kerajaan, buruh, alam sekitar, syarikat milik
kerajaan dan harta intelek
• 12 negara telah terlibat (Malaysia, Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New
Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam selain
Amerika Syarikat)
• TPPA ditubuhkan untuk menyediakan ruang
dagangan yang sebebas mungkin daripada
mana-mana tarif, selian mewujudkan set
kuota perdagangan timbal balik.
• TPPA merangkumi pelbagai barangan dan
perkhidmatan termasuklah kewangan,
telekomunikasi, malah piawaian keselamatan
makanan.
5) Strategi Ekonomi Semasa
i. Model Ekonomi Baru (MEB)

• Diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak


pada 30 Mac 2010.

• Matlamat (MEB): Pendekatan holistik bagi


menjamin kualiti hidup rakyat dan mencapai
pembangunan ekonomi.
a) Berpendapatan Tinggi:
• Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita
dalam tempoh 10 tahun.

b) Keterangkuman:
• Membolehkan komuniti menikmati kekayaan
negara sepenuhnya.

c) Kemampanan:
• Membentuk keperluan semasa tanpa
menjejaskan generasi akan datang
ii. Pembangunan Koridor Malaysia
• Iskandar Malaysia: Johor

• NCER: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara


Perak

• ECER: Terengganu, Pahang, Kelantan dan


Mersing, Johor

• SDC: Sabah

• SCORE: Sarawak 
• Dua strategi diguna pakai untuk
membangunkan kelima-lima wilayah ini:
-menarik pelabur asing
-penumpuan kepada pelabur tempatan.

• Setiap satu wilayah koridor tertumpu kepada


sektor- sektor yang menjadi keutamaan
bergantung pada keunikan koridor tersebut.
• SCORE yang diletakkan di bawah
tanggungjawab Pihak Berkuasa Pembangunan
Koridor Serantau (Recoda) memberi tumpuan
kepada pembangunan sumber-sumber tenaga
dalam tempoh 22 tahun.

• NCER yang diletakkan di bawah


tanggungjawab Agensi Pelaksana Koridor
Utara (NCIA) menumpukan kepada sektor
perkilangan,pertanian dan pelancongan.
• ECER menumpukan kepada usaha mengatasi
ketidakseimbangan antara wilayah.

• ECER cuba merapatkan jurang pendapatan


dan pembangunan antara Pantai Barat dan
Pantai Timur.
• SDC yang diletakkan di bawah tanggungjawab
Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan
Sabah (SEDIA) memberi tumpuan untuk
membangunkan sektor pertanian,
pelancongan, perkilangan dan logistik dalam
tempoh 18 tahun akan datang.
iii. Program Transformasi Kerajaan (PTK)

• PTK diwujudkan untuk mempertingkatkan


kemudahan perkhidmatan awam bagi manfaat
rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan
latar belakang untuk merealisasikan konsep 1
Malaysia.
•  PTK dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:

a) Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012)


• Menjurus kepada langkah menentukan
perubahan dan menyampaikan keberhasilan
dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan
dan penyampaian sasaran Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan
Bidang Keberhasilan Utama Kementerian
(MKRA).
b)  Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015)
• Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar
serta mendalam dan kehidupan harian rakyat
diharap menjadi lebih baik, manakala struktur
ekonomi negara akan berkembang sejajar
dengan matlamat Model Baru Ekonomi
(MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor
yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.
c) Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020)
• Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana
rakyat menikmati taraf kehidupan dan
kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti
perkhidmatan awam juga meningkat.
• Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki
jati diri dan semangat cinta negara dengan
melihat diri masing-masing terlebih dahulu
sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah
mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar
belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan
politik.
iv. Program Transformasi Ekonomi (ETP)

• ETP diperkenalkan pada 25 September 2010,


merupakan satu tonggak utama yang akan
melonjakkan Malaysia ke arah status negara
maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

• ETP adalah sebuah usaha menyeluruh yang


akan membantu memacu Malaysia menjadi
sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang
inklusif dan mampan.
• ETP memberi fokus kepada 12 Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :
•Bidang pertanian •Minyak
•Perkhidmatan perniagaan •Gas dan tenaga
•Pendidikan •Minyak sawit
•Elektrikal dan elektronik •Komunikasi dan
infrastruktur
•Perkhidmatan kewangan •Pelancongan
•Kesihatan, greater kuala •Peniagaan borong dan
lumpur dan lembah klang runcit
• ETP akan ditunjangi oleh lapan Inisiatif
Pembaharuan Strategik (SRI) iaitu:

• (1) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk


mendorong pertumbuhan
• (2) Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan
mengurangkan kebergantungan kepada
pekerja asing
• (3) Mewujudkan ekonomi domestik yang
berdaya saing
• (4) Mengukuhkan sektor awam

• (5) Tindakan afirmatif yang telus dan mesra


pasaran
• (6) Membina infrastruktur berasaskan
pengetahuan
• (7) Meningkatkan sumber pertumbuhan

• (8) Memastikan kebolehmampanan


pertumbuhan.
v. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

• GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015


dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus.

•  Pengenalan cukai GST bertujuan untuk


mereformasikan sistem percukaian negara,
mempelbagaikan sumber pendapatan negara,
dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.
• Bagi mereformasikan sistem percukaian di
Malaysia, kerajaan Malaysia mengamalkan dasar
kebajikan sosial dengan menyenaraikan lebih 900
barang dalam kategori cukai GST berkadar sifar,
pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada
golongan berpendapatan rendah (B40), dan
insentif pengurangan cukai pendapatan individu
kepada golongan berpendapatan sederhana (M40).
• Walaupun begitu, golongan berpendapatan
tinggi yang terdiri daripada 20% daripada
populasi Malaysia dipertanggungjawabkan
untuk membayar lebih banyak cukai
pendapatan individu dan cukai maha kaya
(super rich tax) sebagai pendapatan kepada
negara.
Sekian
Terima Kasih

You might also like