You are on page 1of 23

LATIHAN EDU

3103
Mohd Zulqarnain B. Abd Rahman
Farhan Fida’iy B. Nasruddin
Mohd Arif B. Abd Rashid
PENGASAS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Robert Mills Gagne


KONSEP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN
MAKLUMAT
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning
for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori
mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat
dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari
persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia.
 Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya
kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Model memproses maklumat terdiri daripada :
1) Ingatan Deria

Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah


wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin
berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat
akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses.
2) Ingatan Jangka Pendek

Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek


adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses,
ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor
ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke
ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi
perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke
ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu
“selective attention”.
3) Ingatan Jangka panjang

Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan


maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit
hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur
memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan
yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang
adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya.
JENIS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN
MAKLUMAT
1) Pembelajaran Melalui isyarat ( Berbentuk primitif)
Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari
isyarat asap seperti kebakaran.

2) Pembelajaran stimuli - tindak balas


Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan
dirangsang dengan tindak balas individu.
Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid
menyebut namanya.
3) Pembelajaran Melalui Rantaian
Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada
pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan
perkataan-perkataan.

4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal


Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN
PEMPROSESAN MAKLUMAT

Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus


menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-
konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik
“Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu
menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.

Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.


Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam
pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima
bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin
mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu
penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-
cirinya.
Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar.
Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara
berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran
yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses
pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis,
analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang
demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur


kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali
konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input
baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat
menyimpan dalam skema secara tersusun.
 Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan
memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan
contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin
mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu
memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum
memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
RINGKASAN MODEL PENGAJARAN
PEMPROSESAN MAKLUMAT
KONSEP MODEL
PENGAJARAN BEHAVIORISME
Teori behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan
oleh Gage dan Berliner tentang perubahan tingkah laku
sebagai hasil dari pengalaman.
Teori ini lalu berkembang menjadi aliran psikologi belajar
yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori
dan praktik pendidikan dan pembelajaran yang dikenal
sebagai aliran behavioristik.
Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang
tampak sebagai hasil belajar.
Teori behavioristik dengan model hubungan stimulus-
responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai
individu yang pasif.
Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan
metode pelatihan atau pembiasaan semata.
Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan
penguatan dan akan menghilang bila dikenai hukuman.
IMPLIKASI MODEL
PENGAJARAN BEHAVIORISME
 Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik.
 Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah
dinyatakan dengan jelas.
 Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh
dicapai.

 Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap


langkah pengajaran.
 Objektif hendaklah khusus.
 Satu objektif bagi satu langkah kecil.
Buat analisis tugasan.
 Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-
langkah kecil.

Sedikan langkah pengajaran secara berperingkat.


 Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran.
Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur
maju.
 Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum
berpindah kepadaa langkah seterusnya.
Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.
 Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan
tingkah- laku.
Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.
Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah
Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah
berubah

Aplikasi hukum kesediaan.


 Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia
ada.
KONSEP MODEL PENGAJARAN SOSIAL
(Albert Bandura)
Model pembelajaran sosial adalah pendekatan
pembelajaran yang menekankan hubungan individu
dengan masyarakat atau orang lain.
Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan
kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang
lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara
produktif dalam masyarakat.
Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah
bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan
individu lain secara produktif dan bagaimana dapat
berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan.
Selain , itu, model ini juga dapat membantu
memperkembangkan perspektif individu dalam
memperjelas dan mengembangkan idea-idea.
Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih
terbuka kepada idea-idea orang lain.
 Dalam model ini juga lebih menekankan kepada
penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.
IMPLIKASI
MODEL PENGAJARAN SOSIAL
oPeniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru
tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh
watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang
demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu
menggunakan situasi realistik.
oPeranan guru sebagai role model harus memastikan dan
mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya
pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru
termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa,
personaliti dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan
perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam
mengajar mata pelajaran.
oPeniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui
televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang
program yang sesuai ditonton oleh mereka.

You might also like