3103 Mohd Zulqarnain B. Abd Rahman Farhan Fida’iy B. Nasruddin Mohd Arif B. Abd Rashid PENGASAS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Robert Mills Gagne
KONSEP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada : 1) Ingatan Deria
Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah
wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses. 2) Ingatan Jangka Pendek
Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek
adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. 3) Ingatan Jangka panjang
Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan
maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. JENIS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT 1) Pembelajaran Melalui isyarat ( Berbentuk primitif) Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.
2) Pembelajaran stimuli - tindak balas
Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu. Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya. 3) Pembelajaran Melalui Rantaian Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya. Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan.
4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal
Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya. IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus
menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep- konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.
Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri- cirinya. Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur
kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun. Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik. RINGKASAN MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT KONSEP MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME Teori behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Teori ini lalu berkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori dan praktik pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Teori behavioristik dengan model hubungan stimulus- responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau pembiasaan semata. Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan penguatan dan akan menghilang bila dikenai hukuman. IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.
Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap
langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil. Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.
Sedikan langkah pengajaran secara berperingkat.
Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku. Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai. Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah
Aplikasi hukum kesediaan.
Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. KONSEP MODEL PENGAJARAN SOSIAL (Albert Bandura) Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat. Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan. IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL oPeniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik. oPeranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personaliti dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran. oPeniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton oleh mereka.