You are on page 1of 70

TAJUK 6

TEORI SOSIAL
ALBERT BANDURA
SOALAN TUGASAN 1
6.1. Teori Pembelajaran Sosial : Albert Bandura

6.1.1 Ulaskan kajian yang dilaksanakan oleh


Bandura.

6.1.2 Jelaskan jenis-jenis peniruan


berdasarkan pandangan Bandura.

6.1.3 Bincangkan sejauhmanakah teori tersebut


boleh dilaksanakan dengan berjaya dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
PENGASAS TEORI
PERMODELAN

ALBERT BANDURA
LATAR BELAKANG
BANDURA
Biodata Albert Bandura (1952 hingga kini)

Albert
 Bandura telah dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil

di sebelah utara Alberata, Kanada.

Beliau
 merupakan anak lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak.
Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland.

Beliau
 memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. 
Pada
 tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana

Muda dalam Psikologi daripada Universiti British

Columbia.

Beliau
 mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah

daripada Universiti Iowa pada tahun 1952.


Setelah tamat pengajiannya, beliau telah bekerja di

Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi

Profesor sepenuh masa pada tahun 1964.


 Beliau bertugas sebagai Profesor Psikologi di
Universiti di Universiti Stanford sehingga kini
(Moore, 2002).
 Beliau telah berkahwin dengan Virginia Varns dan
mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu Carol
dan Mary.
 Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi

Amerika Syarikat yang terkenal dengan Teori

Pembelajaran Sosial dan Teori Sosial Kognitif.

 Bukunya yang bertajuk Adolescent Aggression

(1952) dan Social Learning and Personality

Development (1963) menguatkan lagi hujah-

hujahnya. 
 Beliau juga telah melanjutkan lagi pendapatnya
dengan mengemukakan Teori Perubahan Tingkah
Laku dalam bukunya yang berjudul Principles of
Behavior Modification(1969).

 Selain itu, beliau juga terkenal dengan eksperimen


Anak patung Bobo yang menjelaskan lagi
bagaimana proses peniruan itu berlaku.
 
Antara hasil karya Bandura

 "Buku penulisan Albert Bandura“


TEORI PERMODELAN
BANDURA
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-
kanak tadika untuk menjalankan kajian mereka pada tahun
1963.
 Bandura juga berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak
keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya
yang lebih agresif.
Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial
seperti keagresifan, persaingan, dan peniruan adalah hasil
daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.
KAJIAN BANDURA
 Bandura telah menjalankan eksperimennya yang
terkenal iaitu Eksperimen Patung Bobo.
 Kajian ini dijalankan berfokuskan kepada pola tingkah
laku yang berhubung kait dengan tingkah laku agresif.
 Dalam kajian ini Bandura telah menggunakan patung
Bobo yang berbentuk telur dan mempunyai benda
berat di bawahnya bagi membolehkan ia naik semula
setelah dipukul.
Patung Bobo

Pemberat
 Pada mulanya, seorang murid perempuan
menumbuk patung Bobo sambil menjerit
“Sockerroo!”, kemudian duduk di atas patung
tersebut.
 Akhirnya, murid perempuan tersebut menendang
dan memukul patung tersebut dengan tukul sambil
menjerit perkataan-perkataan agresif.
Contoh situasi yang dapat di lihat oleh
kanak-kanak

3
 Seterusnya, Bandura menunjukkan filem tersebut
kepada sekumpulan kanak-kanak prasekolah.
 Apabila tamat tontonan filem itu, mereka
dibenarkan keluar untuk bermain di sebuah bilik
mainan.
 Dalam bilik tersebut, terletak sebuah patung Bobo,
beberapa tukul kecil dan pemerhati.
VIDEO KAJIAN PATUNG BO
BO OLEH ALBERT BANDU
RA
Cuba anda
ramalkan apa yang
dilakukan kanak-
kanak
tersebut ?????
 Hasilnya, di dalam bilik mainan tersebut, di dapati
kanak-kanak tersebut bukan sahaja memukul,
menumbuk, menendang, dan menjerit patung Bobo
tersebut, tetapi juga menunjukkan tingkah laku
mereka lebih agresif.
Kesimpulan yang di dapati
daripada eksperimen ini
menunjukkan bahawa tingkah
laku kanak-kanak adalah
dipelajari melalui peniruan

atau permodelan.
6.1.2 Jelaskan jenis-jenis peniruan berdasarkan
pandangan Bandura.
6.1.3 Bincangkan sejauhmanakah teori tersebut boleh
dilaksanakan dengan berjaya dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah
JENIS-JENIS
PENIRUAN/PERMODELAN
Peniruan
Peniruan langsung
taksekat
lakuan

Peniruan tak
langsung

Peniruan
sekat lakuan

Peniruan
gabungan
Peniruan langsung, iaitu meniru tingkah laku yang
ditunjuk atau ditonjolkan oleh model melalui proses
perhatian. Misalnya, seorang penonton meniru gaya
penyanyi seorang penyanyi yang disanjungi.

Peniruan tak langsung, iaitu pembelajaran secara tidak


langsung (vicarious learning), biasanya melalui imaginasi
atau pemerhatian secara tidak langsung. Misalnya meniru
tingkah laku yang ditonton dalam televisyen seperti
bergaduh dan lain-lain.
Peniruan gabungan, iaitu meniru dan melakukan
tingkah laku dengan menggabungkan tingkah laku
model-mode yang berlainan. Peniruan gabungan ini
boleh merangkumi beberapa peniruan langsung,
peniruan tak langsung atau kedua-duanya sekali.
Misalnya, seorang pelajar meniru cara melukis
gurunya dan cara mewarna daripada seorang pelukis
yang disanjungi, kemudian menghasilkan sebuah
lukisan yang tersendiri.1
Peniruan sekat lakuan, iaitu tingkah laku yang ditiru
hanya sesuai dilakukan dalam sesuatu situasi yang
tertentu sahaja. Misalnya, meniru fesyen pakaian pelakon
yang ditonton dalam televisyen, dan disedarinya bahawa
ianya tidak boleh dipakai di sekolah.

Peniruan taksekat lakuan, iaitu tingkah laku yang ditiru


yang boleh ditonjolkan dalam apa jua situasi. Misalnya,
seorang pelajar meniru gaya budi bahasa gurunya.
IMPLIKASI/KESAN TEORI
BANDURA TERHADAP
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI DALAM
BILIK DARJAH
IMPLIKASI TEORI
PERMODELAN BANDURA

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi


role model yang gemar dicontohi oleh murid.

Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar


membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat.

Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, seni lukis,


karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah
mempunyai mutu yang tinggi.
Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang
menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam kelas
atau luar bilik darjah.

Guru boleh mengajar nilai murni dan watak-watak bersejarah


dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

Pembelajaran berlaku melalui peniruan dan pemerhatian. Pilih


model yang ada ketokohan; dipandang tinggi, cekap, baik selaras
dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di kelas.
Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan. Puji pelajar
yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan, jadikan dia ketua
kumpulan. Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikutinya.

Murid-murid hendaklah dimaklumkan tentang konsekuen dan


ganjaran terhadap satu-satu jenis tingkah laku. Maka, tingkah
laku yang sesuai akan ditingkatkan dan tidak sesuai dihapuskan.

Guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar


modeling boleh berlaku. Insentif, pengukuhan dan sokongan
moral seharusnya diberikan bagi menggalakkan berlakunya
tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid.
SOALAN TUGASAN 2
6.2. Teori Humanis : Abraham Maslow
6.2.1 Bincangkan lima keperluan manusia
berdasarkan kajian Maslow.
6.2.2 Dengan memberi contoh-contoh yang
relevan, jelaskan masalah-masalah
tingkahlaku yang mungkin timbul sekiranya
keperluan dalam hierarki 1 hingga 4 tidak
dipenuhi serta kemukan cara- cara bagaimana guru
dapat membantu murid-murid memenuhi
keperluan-keperluan tersebut.
PENGASAS TEORI HUMANIS

ABRAHAM MASLOW
LATAR BELAKANG MASLOW
Abraham
 Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908.

Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose.

Abraham
 Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow

menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan

kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering

membandingkan Maslow dengan adik-adiknya yang lain, dan lebih

menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh

ibunya.

Pada
 zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke

atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan

menghadiri upacara pengkebumian ibunya.


 Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering
dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak.
Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.
 Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari
Universiti Wisconsin dalam tahun 1934.
 Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di
Brooklyn College (1937 - 1951).
 Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya dalam
bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts
 Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi
selama 10 tahun di universiti yang sama.
 Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel-
artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan
terhadap insan lain dan juga perasaan ke atas kesihatan
dirinya.
 Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan
beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit
serangan jantung.
Contoh-contoh artikel Maslow
HIERARKI MASLOW
LIMA KEPERLUAN MANUSIA BERDA
SARKAN KAJIAN MASLOW
Keperluan
Fisiologi
Keperluan
Kesempurn
aan Kendiri

Keperluan
Keselamat
an

Keperluan
Pengharga
an Kendiri

Keperluan
Kasih
Sayang
Keperluan Fisiologi
 Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk
hidup.
 Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat
tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan
utama ini.
 Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali
menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini tidak di
penuhi.
Keperluan Keselamatan
 Keperluan keselamatan amat di perlukan bagi
menjamin kesejahteraan hidup dan membebaskan
diri daripada segala bentuk ancaman.
 Setiap manusia akan mencari keperluan
keselamatan hidup pada tahap yang semaksimum
yang mungkin.
 Bagi kanak-kanak pula, keperluan kepada rasa
selamat amat perlu dalam kehidupan mereka.
 Kanak-kanak mudah merasa bimbang dan
terancam sekiranya berada di persekitaran yang
baru dan dikelilingi oleh orang-orang yang tidak di
kenali.
 Kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan
penyesuaian dengan persekitaran.
Keperluan Kasih Sayang
 Dalam konteks kasih sayang, kanak-kanak sangat
memerlukan hubungan dengan orang lain.
 Kanak-kanak sememangnya tidak boleh hidup
bersendirian.
 Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih
sayang anak-anak dipenuhi dengan baik.
 Maslow,1970, pernah berkata di dalam bukunya
bahawa kanak-kanak yang kekurangan kasih
sayang mungkin akan cuba sedaya upaya untuk
berlagak dengan keyakinan diri yang agresif.
Keperluan Penghargaan
Kendiri
 Pencapaian dalam keperluan penghargaan kendiri
ini akan meningkatkan lagi harga diri,
berkebolehan, berguna, dan boleh berjaya kepada
diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
 Pengahargaan kendiri yang lebih stabil dan sihat
adalah berasaskan penghormatan sepatutnya
daripada orang lain dan sanjungan yang berasas
dan bermakna.
Keperluan Kesempurnaan
Kendiri
 Keperluan Kesempurnaan Kendiri merupakan manusia
yang telah mencapai perkembangan personaliti yang
tertinggi dan telah dapat merealisasikan potensinya.
 Keperluan Kesempurnaan Kendiri ini dapat dipenuhi
dengan adanya ciri-ciri berikut :
Mempunyai pegangan
Mempunyai komitmen
Mempunyai komitmen hidup yang kukuh, jujur,
yang tinggi
yang tinggi terhadap
terhadap tugas
tugas bertindak berdasarkan
dan pekerjaan..
dan pekerjaan kepada apa yang
dipercayai.

Seronok dengan Bersikap optimistik dan


kehidupan yang mencabar
dan yang baru relevan.

Gemar bersaing secara


sihat.
Masalah yang akan timbul
dalam hierarki 1- 4 sekiranya
tidak dipenuhi
Keperluan Fisiologi.
 Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan
keperluan yang paling asas.

 Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan


sesuatu organisme, apatah lagi manusia. 

 Keperluan asas ini merangkumi apa yang


diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti
keperluan mendapatkan makanan, minuman dan
tempat tinggal. 
 Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks

pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang

makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang

sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.

 Hal ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini

akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau

terjejas.

 Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan

kurang bermotivasi atau tidak berminat terhadap

pelajaran.  
Keperluan Keselamatan
  Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa,
aspek keselamatan amat penting dalam hidup.
 Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan
keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang
berbeza-beza.
 Keperluan ini boleh jadi timbul masalah sekiranya
tidak dipenuhi iaitu keadaan anak-anak kecil yang
tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa
ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu
bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia

sentiasa dilindungi. 
 Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang
kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. 
Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau
bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi
menjaga keselamatannya.
 Sikap guru yang tidak toleransi terhadap para
pelajarnya juga merupakan keperluan keselamatan
yang tidak dipenuhi.
 Hal ini  pelajar-pelajar tidak akan berasa selamat
dan tidak membolehkan mereka dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
proses pembelajaran. 
Keperluan Kasih Sayang
 Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan
keperluan ini  untuk mendapatkan hubungan yang
mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri.
 Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi,  pelajar
kadang-kadang akan berasa terganggu apabila
terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu
sama lain.
 Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam
keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran
mereka. 

  Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau


mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda.  Situasi
ini akan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan
pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak
disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun
kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga
kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan
lenyap.  
Keperluan Penghargaan Kendiri
 Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, murid akan
berasa tersingkir dengan rakan-rakan mereka.
 Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai sifat
penerimaan iaitu memberi peluang kepada individu

belajar menerima diri mereka sendiri.


 Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai,
dikasihi dan bernilai
 Sekiranya, murid tidak diterima ,dihargai dan
dikasihi, ia mungkin tidak dapat berinteraksi secara
positif membincangkan masalah pembelajaran
dalam kumpulan.
Keperluan Penyempurnaan Kendiri
 Penyempurnaan kendiri bermaksud apa yang seseorang itu
boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan.

 Sekiranya penyempurnaan kendiri ini tidak dapat di penuhi,


maka pelajar tidak dapat memilih dan menetukan jenis
pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan
mereka juga tidak bebas menggunakan masa untuk
mengembangkan pengetahuan atau kemahiran yang mereka
ada. Di samping itu, para pelajar tidak dapat mengetahui had
aktiviti mereka.
Cara-cara guru dapat
membantu murid-murid
memenuhi keperluan-
keperluan hierarki 1
hingga 4
Keperluan Fisiologi
 Guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil
berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa
kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.  
 Guru juga perlu mengetahui perkembangan tahap
fisiologi pelajar-pelajar agar ia dapat membantu
untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam diri
mereka.
Keperluan Keselamatan
 Guru perlu memberikan keselamatan dalam bentuk disiplin.

 Guru juga perlu mengajar kanak-kanak akan disiplin ini


pada peringkat awal lagi.

 Guru perlu bertindak dalam keadaan konsisten mengenai


keselamatan pelajar. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan
dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat
mengetahui perasaan atau ‘mood’’ guru itu.  Contohnya,
cara seseorang guru itu memberikan arahan.  Semestinya
setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. 
 Di samping itu apa yang penting juga guru
seharusnya ada sikap toleransi terhadap para
pelajarnya.  Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa
selamat dan membolehkan mereka dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
proses pembelajaran. 
Keperluan Kasih Sayang
 Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-
ajar kepada mereka dengan menasihati atau
mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan
hubungan yang baik sesama mereka.
 Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara
hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar
dengan guru.  
 Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka
diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain
dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik
keanggotaan dalam komuniti tersebut.  Secara tidak
langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan
dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan  kerana
masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya.  
 
Keperluan Penghargaan Kendiri
 Menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan,
yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan
boleh dilaksanakan oleh pelajar.  
 Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila
sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya.  Ini dapat memupuk diri pelajar
untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan
minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin
meluap-luap.
 Seseorang guru juga perlu berusaha dan
memastikan  jangan ada pelajarnya yang gagal
atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan
penghargaan dirinya amat rendah.
Keperluan Penyempurnaan Kendiri
 Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang
seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu
potensinya dilahirkan.  Anggapan dan pendapat itu
adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran
tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran
itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas
atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan,
sosialisasi atau interaksi dengan individu lain.
 Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu
pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan,
bantuan dan sokongan kepada murid. 
 Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam
pembelajaran mereka.
 Ibu bapa dan pendidik juga perlu  menyediakan segala
jenis pengalaman hidup untuk membantu murid
mengembangkan bakat atau potensi mereka. 
 Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-
peluang yang diberi atau disediakan kepada
pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat
penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti
oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas
juga sesi bimbingan kaunseling.
 Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat,
juga kebolehan pelajar dengan menjadi
pembimbing atau fasilitator kepada mereka. 
Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan
dalam memenuhi satu matlamat.  Kesan daripada
itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat
ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat
kepada semua pihak.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like