You are on page 1of 14

MASYARAKAT INDUSTRI :

JERMAN
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN
MASYARAKAT INDUSTRI
JERMAN
PERUBAHAN PENGGUNAAN SUMBER
TENAGA MANUSIA KEPADA PENGGUNAAN
MESIN
 Antara faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman ialah revolusi
perindustrian ini menyaksikan perubahan penggunaan sumber tenaga manusia
kepada penggunaan mesin. Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada
tahap kedua di Eropah,iaitu selepas revolusi perindustrian di England.Revolusi
di Jerman bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914.Revolusi tersebut
meninggal kesan mendalam di Jerman yang merangkumi aspek
politik,ekonomi,dan sosial.
PERTAMBAHAN PENDUDUK
 Selain itu, pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang murah
dalam sektor perkilangan. Pada abad ke-19,jumlah penduduk Jerman
meningkat daripada 23 juta orang kepada 56 juta orang.Pertambahan penduduk
Jerman ini memperlihatkan bahawa satu pertiga daripada penduduknya
merupakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.Kesannya membawa kepada
penawaran buruh kanak-kanak tinggi dalam pasaran perindustrian.
PERTAMBAHAN PENDUDUK YANG
BERHIJRAH
 Tambahan pula, pertumbuhan perindustrian turut digalakkan dengan
pertambahan penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar-bandar
utama di Jerman. Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawansan
Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.Penduduk di kawasan ini bertambah sekali
ganda dan membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan.
KEKAYAAN BAHAN MENTAH
 Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah turut menyumbang
kepada perkembangan perindustrian di Jerman. Sumber bahan mentah
yang ada ialah arang batu,bijih besi,bijih timah di Ruhr,Lorraine dan
Silesia pada tahun 1870.kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada
peningkatan pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0 juta tan
kepada 15.5 juta tan.Jerman juga terkenal dalam industri tekstil.Industri
ini telah berkembang sejak tahun 1870 di Saxony, barat Bavaria,
Wurttemberg ,dan Rhineland.
KESAN–KESAN MASYARAKAT
INDUSTRI JERMAN
KESAN EKONOMI
Kemajuan Teknologi

Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara
perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti penggunaan tenaga elektrik untuk
membekalkan cahaya dan mengendalikan jentera; penggunaan petroleum menggantikan arang
batu untuk mengendalikan enjin; dan penggunaan keluli menggantikan besi sebagai galian
utama.

Selain itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah
penciptaan dan wujud ciptaan baharu bagi kegunaan industri.

Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk


menghasilkan ciptaan baharu oleh saintis yang terlatih dan berpengalaman. Sebagai contoh,
ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat.
Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang
kejuruteraan elektrik.

Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan
elektrik di dunia.
Kemajuan Penyelidikan

Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengara giat untuk


memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan
kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan.

Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga
perosak juga dihasilkan.
Pengeluaran Besar-Besaran

Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-­besaran berlaku. Antara


barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal, dan
kereta. Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji
pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli
barangan yang dihasilkan

Kuasa Imperialisme Baharu

Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara


industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini
menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan
pengaruh mereka terutama di Asia dan Afrika, akhirnya munculnya imperialisme
baharu.I
mperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai
Afrika dan mendapatkan konsesi di China melalui penggunaan teknologi senjata
untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai
sebuah negara indutri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.
Peningkatan Peranan Kerajaan

Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan


sokongan kerajaan. Oleh itu kerajaan telah memainkan peranan dalam
meningkatkan sektor perindustrian.

Antara peranan kerajaan ialah mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import
supaya barangan import tidak bersaing dengan barangan tempatan; mengekalkan
nilai mata wang; mengubal undang-undang untuk mengawal buruh; menyediakan
pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional; meningkatan kuasa
politik dan tentera untuk menghancur negara pesaing; dan menyediakan pasaran
baharu bagi menjamin bekalan bahan mentah mencukupi. 
KESAN SOSIAL
Kemelesetan Ekonomi

Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-­kilang menghentikan


pengeluaran. Secara tak langsung kilang juga mengambil langkah untuk mengurangkan
pekerja. Ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami
kesukaran hidup.

Kebajikan Pekerja

Undang-Undang Insuran Sosial yang dilakukan oleh Bismark pada tahun 1883, sebagai
langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan golongan pekerja. Undang-undang ini bertujuan
untuk menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.

Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen
Jerman bagi membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang ditanggung oleh
majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang diberhentikan kerja akibat
penyakit.

You might also like