You are on page 1of 28

Sejarah Dunia

Khairul Anwar b. Rozuli


Tajuk: Konflik Antarabangsa
4.2 Perang Dunia Pertama
Pengenalan
4.2.1 Perang Dunia Pertama
1.Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914 hingga 1918 dan
hanya dalam kalangan negara- negara Eropah

2.Negara Eropah yang terlibat ialah Jerman,Britain ,Rusia,Austri-


Hungary,Serbia ,Itali,Belgium dan Turki

3.Negara-negara Afrika dan Asia turut dilbatkan apabila wilayah di kedua-


dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan
tanah jajahan

4.Perang Dunia Pertama melibatkan dua pihak iaitu Triple Alliance(Perikatan


Tiga Kuasa) dan Triple Entente(Pakatan Tiga Kuasa) .Triple Entente yang
dipimpin Rusia berjaya menewaskan Tripple Alliance yang diketuai Jerman
Sebab Meletusnya Perang Dunia
Pertama
Kegagalan Sistem Pakatan
1.Kegagalan sistem pakatan berfungsi untuk mewujudkan
keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara di Eropah

2.Sistem pakatan di Eropah wujud selepas Prusia(Jerman)


mengalahkan Perancis pada tahun 1870.

Eropah terbahagi kepada kepada dua blok


a) Jerman mengetuai satu blok yang turut disertai Austria-
Hungary dan Itali bagi mewujudkan Triple Alliance(Perikaan Kuasa
Tengah) b)Satu blok lagi dipimpin oleh Rusia yang turut
disertai Perancis dan Britain yang dikenali sebagai Tripple
Entente(Pakatan Bertiga)
 Britain hanya memberi sokongan kpd sekutunya (Rusia
dan Perancis) pada bulan Ogos 1914 setelah Jerman
menyerang Belgium. Belgium adalah negara berkecuali
negara eropah
 Tujuan pakatan ini untuk menyekat mana-mana kuasa
atau blok menjadi lebih kuat daripada lawanya. Selepas
tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya
peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah
sehingga 1900
 Sistem Pakatan atau perimbangan kuasa tidak lagi
sesuai pada abad ke-20
 A) Persaingan negara-negara empayar Turki Uthmaniah
 B) Kebimbangan Britain terhadap pembesaran tentera
laut Jerman
 C) Harapan Perancis menggunakan bantuan
Rusia(dengan cara peperangan) untuk mendapatkan
semula Alsace-Lorraine
 Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yg berterusan
di Eropah.Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di
negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas
menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal
negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
 Selepas tahun 1908 negara seperti Serbia yg disokong Rusia begitu bebas
bertindak dengan menggunakan ketenteraan sehingga sistem pakatan
tidak dapat mengawal negara-negara yg melanggar peraturan yg
dipersetujui
 Perkembangan ini disulitkan lagi dengan minat Austria-Hungary dan
Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing –masing dalam kalangan
bangsa Slav .Austri-Hungary memulakan usahanya pada tahu 1908
dengan menakluki Bosnia-Herzegovina dan berhasrat menakluki Serbia
 Rusia perlu berusaha menari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut
Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporous dan Istanbul
Imperialisme Ekonomi
 Pada penghujung abad ke-19 negara Eropah seperti
Jerman,Britain ,Perancis dan Itali percaya utk menjadi kuasa
besar,sesebuah negara perlu mempunyai tanah
jajahan..bersaing utk mendapatkan tanah jajahan di Asia ,Afrika
dan Kepualuan pasifik
 Pada 1890 Jerman memulakan tindakan dengan merampas
tanah jajahan di Afrika drpd negara yg dianggap lemah seperti
Perancis dan Portugal
 Itali cuba mendapatkan tanaha jajahan Turki Uthmaniah
dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikan tanah
jajahan yg di kenali sebagai Libya
 Apa shj yg dilakukan Jerman diperhatikan serius oleh jiranya
iaitu Britain dan Perancis. Jerman memperbesarkan tentera
lautnya ,Britain pula bimbang kerana tanah jajahan di seberang
laut merupakan tonggak kemakmuran negara
 Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi yg melebihi
jiranya, pada tahun 1865 Britain mengeluarkan besi melebihi
Jerman ,bagaimanapun tahun 1900 jika digabungkan keluaran
besi Britain dan Perancis tidak mampu menyaingi keluaran
besi Jerman
 Pedagang British sering melihat pedagan Jerman menjual
barangan yg murah drrpd pedagang lain di pasaran
antarabangsa, pegawai-pegawai Jerman juga terlibat dalam
dalam persaingan merebut wilayah di beberapa kawasan di
Afrika , Timur Tengah dan Asia Timur
 Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun
1911. Kehancuran Turki Uthmaniyah menyebabkan
munculnya negeri-negeri Slav. Semangat nasionalime yg
melampau menghalau Turki keluar dari Eropah pada tahun
1908-1913
 Pada tahun 1870,Perancis menyerang Jerman
utk menghalang pernyatuan tersebut, namun
mengalami kekalahan . Kesanya Perancis
terpaksa menyerahkan Alsace-Lorraine kpd
Jerman
 Pada tahun 1908 ,Austria-Hungary berjaya
menakluki Bosni-Herzegovina dan sasaran
seterusnya ialah mengatasi Serbia .Serbia
berjaya dpt sokongan Rusia yg bercita-cita
menguasai Selat Bosporous dan sebahagian
wilayah Turki
Perlumbaan Senjata dan
Mobilisasi Ketenteraan
 Perlumbaan sentaja ini menguntungkan pengeluar senjata seperti Syarikat
Krupp di Jerman dan Coventry Ordnance Work di Britain
 Pada tahun 1906 Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought, sebuah
kapal canggih
 Kuasa besar Britain ,Jerman Rusia dan Austria-Hungary dikatakan telah
menambahkan lebih 50% perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908-1914

 Golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran


di sesebuah negara

a) Golongan tentera bertanggungjawab terus kpd Kaiser/raja


b) Nilai-nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman
c) Pengisytiharan perang yg dibuat kerajaan pd tahun 1914 mendapat sekongan
daripada rakyat
Idea dan Pendidikan
 Seorang pemikir Jerman, Frendrich Nietzsche dalam tulisannya menyelar
nilai-nilai masyaratkat borjois eropah. Bagi pengikutnya, friendrich
menawarkan pembebasan diri daripada nilai liberal dan rasional yang di
anggap mengongkong generasi baharu pada awal abab ke 20. Idea nya
apa popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, rusia dan Serbia.
Sistem pendidikan yang dilaksanakan dibeberapa nagara eropah turut
meniup semangan patriotic yang akhirnya menyemai bibit-bibit kearah
peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan
terhadap bahasa Jerman kerana para pemimpinnya berpendapat hanya
melalui bahasa sikap mencintai Negara dapat diwujudkan dalam kalangan
generasi muda.
  Dismping itu, persatuan belia di Jerman diasuh supaya mengagungkan
peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota di beritahu
bahawa mati dimedah pentempuran lebih baik daripda mati di atas katil.
Malahan rakyat Jerman dianggap mulia disisi masyarakat jika nama-nama
mereka yang terkorban dipahat di tugu peringatan.
   
 Di perancis, pendidikan sejarah yang dilaksanakan pada tahun
1912 mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya
perang. Secara tersirat kerajaan meminta rakyatnya membuat
persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar di beritahu kewajiban
mempertahankan Negara perancis yang paling cantik dan makmur
di dunia. Pelajar yang di beritahu sejak abab ke18 lagi, perancis
telah menyumbang kepada dunia idea-idea tentang keadilan dan
kemanusiaan serta menyebut perancis merupakan Negara paling
adil di dunia.
Pembunuhan Archduke franz
Ferdinand
  Peristiwa pembunuhan beliau dan isterinya di sarajeva pada 28 jun 1914
menjadi sebab serta merta seluruh eropah terjerumus dalm perang dunia
pertama. Dengan tidak menghiraukan amaran anti – Austria oleh golongan
nasionalis bosnia berketurunan serb, bakal raja Austria dan isterinya
mengunjungi bosni. Mereka di tembak oleh seorang pemuda Serbia yang
merupakan ahi kongsi gelap black hand. Kerajaan Austria mengambil
kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan
serbia. Kerajaan Austria menganggap Serbia sudah lama menghsut rakyat
Austria yang berbangsa serb supaya berusaha membebaskan diri
daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan
Jerman.

 Melihat keadaan tersebut, rusia yang merupakan sekuti Serbia memberi


amaran kepada Austria dan bersiap sedia menyerang Austria. Kerajaan
Jerman bimbang dengan perkembangan tersebut dan meminta rusia
menghentikan persiapanya. Rusia pula enggan menurut saranan Jerman
itu menyebabkan Jerman mengistiharkan perang terhadap rusia dan
sekuti-sekutunya
Kesan Perang Dunia Pertama
 Kesan politik
 Menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan Tsar
yg pernah memerintah Rusia selama 400 tahun
 Kerajaan juga kehilangan sekongan drdp petani dan pekerja tidak
membela nasib mereka dalam suasana murah selepas perang
 Pejuang revolusi yg terdiri drpd kelas menengah , pekerja dan
petani telah bepecah ekoran perbezaan kepentingan, bagaimanapu
Vladamir Lenin berjaya mendapat sokongan petani dan pekerja
 Vladamir Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan
membentuk sebuah kerajaan komunis yg pertama di dunia
 Bagi menamatkan perang Jerman dan Austria, Vladamir Lenin
menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Ma 1918 melalui
perjanjian tersebut Rusia kehilangan ¼ dan ¾ sumber batu dan
arang besi
 Wujud Golongan Kapitalis :
 Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan
berbanding dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan
kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan
diri dalam perniagaan.
 Kemunculan Golongan Pekerja Industri :
 Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang
dan jalan kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan
golongan pekerja industri yang miskin dan persekitaran kerja yang
kurang memuaskan. Jumlah pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10%
daripada penduduk Rusia pada tahun 1917.
 Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial :
 Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam
bidang politik. Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh
Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang kemudiannya
dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat,
maka parti ini berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang dipimpin
oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh Lenin
 Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :
 Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh
golongan pekerja, petani dan pemimpin parti-parti politik yang
akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar
melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
 Gerakan “ Tanah, Roti dan Keamanan ” :
 Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan
Bolsheviks meminta “tanah, roti dan keamanan”. Tanah untuk
diberikan kepada golongan petani  miskin manakala roti untuk
diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula
bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang
Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan,
khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi
terbesar berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai
St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan
politik dengan  menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma
mempunyai kuasa yang terhad.
Jerman dan Austria Hungary
 Keresahan Rakyat Bawahan :
 Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan
dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja dan
tentera.
 Tentangan Golongan Ahli Politik :
 Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan
ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong
penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
 Kaiser Wilhem II Turun Takhta :
 Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di
samping keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II
bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka politik di
Belanda.
 Kerajaan Republik Terbentuk :
 Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah
membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai
Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan
tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan
negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933
apabila semua pihak terpaksa mengikut semua
kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
 Dinasti Habsburg Tamat :
 Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan
apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan
oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech,
Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan
tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu
seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia,
Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.
Termeterainya Perjanjian
Versailles
 Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah
menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini dianggap
tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-
syarat yang berat sebelah. Jerman menerima hukuman yang
berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).
 Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:
 Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.
 Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi
dan 1/5 hasil arang batu.
 Membayar ganti rugi dan pampasan  perang yang tinggi.
 Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan
daripada 400,000 kepada 200,000 menjelang 30 September
1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.
 Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan
Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman
begitu marah dan terhina dengan syrat-syarat
tersebut. Perdana Menteri Jerman, Philip
Scheidemann meletak jawatan sebagai tanda protes.
Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa
menurunkan tandatangan mereka kerana yakin
Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.
Terbentuknya Liga Bangsa
 Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun
1919 bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap
sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara
anggota dapat diselesaikan melalui rundingan.
 Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat
menyertai pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada
Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini
berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan
Greece pata tahun 1926.
 Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai
anggota melemahkan pertubuhan ini kerana berhadapan dengan
masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan
Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga
ini telah dibubarkan pada bulan April 1945.
Kesan Ekonomi
 Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan :
 Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya
masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan
makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga
menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip
yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
 Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh
kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera.
Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
 Kejatuhan Nilai Mata Wang :
 Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun
hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914.
Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan
besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum
perang.
 Sistem Pengangkutan Terganggu :
 Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi.
Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera
Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal
dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
 Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar :
 Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam
belanjawan kerana terpaksa mengagihkan peruntukan dalam
bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan.
Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan
menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia
menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
 Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :
 Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok
yang melibatkan 3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan
seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap
pemerintahan Tsar.
 Beban Hutang :
 Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan
keupayaan pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi
arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah
perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar
yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian
Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar
terhadap Jerman.
 Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia :
 Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan
Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah
terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum
ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.
Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3
daripada perdagangan luarnya.
Kesan Sosial
 Korban Nyawa dan Kecederaan :
 Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5
juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi
harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang
bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu
9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke
bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta
orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta
tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya
yang cergas dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada
Perancis. Tambahan pula,Perancis mengalami kadar pertumbuhan
penduduk yang rendah.
 Pencemaran Udara/ Bumi :
 Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata
kimia yang meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.
Terima Kasih Kerana
Mendengar

You might also like