You are on page 1of 22

QSE 1092

ISU KESELAMATAN DALAM


SUKAN DAN LATIHAN

FITTREYHAZWANN
FSSK
STAND

I
PENGENALAN

Amalan sukan latihan dan rekreasi di Malaysia


sangat popular dari aspek penyertaan dan
penglibatan masyarakat.
Rakyat Malaysia khususnya remaja dari pelbagai
lapisan masyarakat dan bangsa menyertai pelbagai
aktiviti sukan dan rekreasi (competition/leisure).
Kesan daripada aktiviti ini, pelbagai prasarana dan
kemudahan sukan telah dibaik pulih/dinaik taraf
mengikut kesesuai tempat dan arus perkembangan
tidak kira dibandar ataupun luar bandar.
Peningkatan dan pengaruh sukan latihan dan
aktiviti rekreasi yang semakin kuat telah sedikit
sebanyak membantu perkhidmatan sukan latihan
dan rekreasi ke seluruh pelosok tanah air.

Program “Malaysia Cergas” telah diperkenalkan


oleh mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada tahun 1983 kesan daripada
pengaruh sukan latihan dan rekreasi.

Kemudahan sukan latihan dan rekreasi tertutup


dan terbuka mula dibina dan dinaiktaraf bagi
keselesaan masyarakat umumnya.
Sekendiz (2011) dan Laroche & Corbelt (2010)
berpendapat bahawa sukan kini telah bertukar daripada
aktiviti senggang kepada aktiviti profesional termasuk
sebagai industri, atlet dan jurulatih profesional.
Sesiapa sahaja yang berada dalam profesion sukan
termasuk atlet, pengurus pasukan, jurulatih sukan,
pegawai sukan, penganjur temasya sukan mahupun
pengeluar barangan sukan terdedah kepada risiko
berkaitan isu keselamatan.
Statistik menunjukkan 38% ialah risiko kecederaan yang
dialami semasa sukan kompetitif dan 62% ialah risiko
kecederaan yang berkaitan amalan jurulatih dan semasa
latihan.
Menurut Lewis (2000), pengurusan penyelenggaraan
bangunan bertanggungjawab mengawasi keselamatan
dan kesihatan terhadap operasi dan penyelenggaraan
bagi setiap fasiliti di bawah kawalannya.
Reese (2004) penyelenggaraan bangunan merupakan
komponen utama bagi keselamatan dan kesihatan.
Kualiti kerja yang rendah dan penyelenggaraan yang
tidak mencukupi bagi sesebuah bangunan boleh
menjadi faktor penyebab kemalangan, kecederaan
atau kematian.
Kepentingan penyelenggaraan bukan sahaja untuk
memanjangkan jangka hayat sesuatu sistem atau
peralatan tetapi ia juga mampu mencegah sebarang
kemalangan atau penyakit daripada berlaku.
Reese (2004) berkata dalam menjalankan penyelenggaraan yang selamat dan
sihat, kakitangan penyelenggaraan semestinya mengikut panduan seperti
berikut:-

* Menyediakan halangan sekitar kawasan bahaya.


* Tidak menghalang laluan menyelamatkan diri atau laluan keluar kecemasan.
* Tidak meninggalkan hazard di sekitar kawasan laluan (contoh: peralatan dan
bahan).
* Tidak meninggalkan pengalir tenaga elektrik terdedah. Tidak meninggalkan
peralatan beroperasi tanpa jagaan.
* Menggunakan prosedur sekat masuk/tanda keluar.
* Membersihkan semua tumpahan bahan kimia dengan segera.
* Melindungi penghuni dari hazard di atas kepala.
* Menggantikan semua pengadang yang telah dipindahkan.
* Memindahkan kesemua hazard yang dikenali.
* Tidak meninggalkan atau membiarkan kawasan berbahaya tidak selamat.
* Tidak meninggalkan peralatan tanpa jagaan.
* Menyimpan semua tangga bila tidak digunakan.
* Memperingati orang ramai terhadap sebarang bahaya
NEGARA-NEGARA MAJU
TELAH MENGGUNA PAKAI
KERANGKA PENGURUSAN
RISIKO YANG STANDARD.
AUSTRALIA

* Sejak 1999 telah mewujudkan kerangka pengurusan


risiko yang standard, iaitu :

Guidelines for the Safe Conduct of Sport and Physical


Activity in Schools.
UNITED KINGDOM

* Sejak 1999 telah mewujudkan kerangka pengurusan


risiko yang standard, iaitu :
Safety in Sport: Guidance for UK National Governing
Bodies
* Mula digunapakai mulai 2005
The Management of Safety in Physical Education and
Outdoor Activities
* Mula digunapakai mulai 2010
Risk Management Guide for Community Sport
Organization
* Ini menunjukkan organisasi yang menawarkan atau
melaksanakan program atau aktiviti sukan menggunakan
kerangka pengurusan risiko sukan.
* Mereka mendapati kerangka berkenaan sangat penting
dan perlu ada dalam bentuk yang standard.
MALAYSIA
Di Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) ditubuhkan pada tahun 1878.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
atau dikenali sebagai National Institut of Occupational
Safety and Health (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember
1992.
Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(DOSH) 1994 pula bermatlamat untuk menghasilkan
budaya kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan
semua pekerja dan majikan.
Badan ini berperanan bagi mencegah risiko kemalangan
yang berlaku dalam industri (DOSH, 2012; JKKP, 2009).
Jaminan terhadap keselamatan risiko merupakan suatu
keperluan manusia berdasarkan Teori Motivasi Maslow, iaitu
setelah tahap keperluan asas seseorang itu dipenuhi,
seseorang itu berkeperluan terhadap aspek keselamatan
(Abdul Razak, Ismail, Panting, 2009).
Tuntutan terhadap keperluan keselamatan risiko ini
menyebabkan organisasi melakukan pelbagai perkara untuk
menjamin tahap dan standard keselamatan risiko.
Antara matlamat polisi ini diwujudkan adalah untuk
meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa
pengurusan risiko dan keselamatan hendaklah dijadikan
agenda utama dalam semua aspek.
KESAN
Hal ini jelas menuntut pihak yang berwajib untuk
membina,mengaplikasikan dan membuat penilaian
terhadap polisi pengurusan risiko yang sesuai.
Amalan pengurusan risiko yang baik sememangnya
bukanlah suatu platform yang dapat
menghapuskanjumlah kemalangan tetapi hanya
berfungsi sebagai pencegahan dalam
mengurangkan jumlahkemalangan yang berlaku.
Sharp, Moorman dan Claussen (2010) pengurusan
kemudahan melihat amalan pengurusan risiko
kemudahan sebagai sesuatu yang amat penting
dan sememangnya boleh memberi implikasi yang
besar kepada perkhidmatan.
Jurulatih perlu menyediakan bantuan perubatan
sokongan pada setiap masa. Lebih besar risiko
dalam aktiviti, semakin tinggi keperluan terhadap
tahap sokongan perubatan.
Kompetensi pengurusan risiko jurulatih melibatkan
pengetahuan dan kemahiran (ACICR, 2008; Liu,
2008; Zimmerman, 2007; Lachapelle 2004; SOCG,
2003) merangkumi aspek pengenalpastian,
penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan
seperti persediaan, peralatan dan persekitaran,
pengajaran dan pertandingan, kumpulan atlet,
penilaian, penyeliaan, risiko dan kerangka tindakan
kecemasan perlu mantap dan sempurna.
SUKAN
REKREASI
MODEL ANALISIS
KECEDERAAN DALAM SUKAN
DAN REKREASI
Menentukan
Memantau dan Memantau
program yang Mencari sebab
merekod data jenis data
sedia ada

Membangunkan Menentukan sumber


program
kawalan
kemalangan
MENILAI
dan kecederaan Melakukan modifikasi
IMPAK

SUMBER:MITCHELL, M.&FEIGLEY (2002)


Masalah berkaitan amalan pengurusan risiko ini
sememangnya secara tidak langsung mempengaruhi
penglibatan individu dan masyarakat dalam aktiviti
sukan dan rekreasi.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, kelak
dikhuatiri bahawa kempen kerajaan dalam
menggalakkan penglibatan masyarakat melalui
aktiviti sukan dan rekreasi akan tergendala dan
sekali gus menyumbang kepada pelbagai masalah
sosial yang lain.
Tahap keselamatan individu adalah berbeza-beza
antara satu sama lain dan bergantung mengikut
situasi dan persekitaran semasa.
MOHAMAD FITTREY HAZWANN
BIN MOHAMAD JAAFAR

012-9264828

You might also like