You are on page 1of 36

GWP1092

WACANA PENULISAN
Topik 2:
Keutuhan Wacana
Pensyarah:
IZWANUM BT. ABDUL WAHID
Pedu_00@yahoo.com
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Perkara yang akan dibincangkan
2.1 Keutuhan semantik
2.2 Keutuhan leksikal
2.3 Keutuhan gramatikal
2.4 Keutuhan fonologi
2.1 语义完整性
2.2 词法完整性
2.3 语法完整性
2.4 语音完整性
Perbincangan
Berdasarkan perbincangan pada kuliah
yang lalu apakah ciri-ciri wacana yang
baik?
Pengenalan
1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk
penulisan yang mempunyai dua ciri utama iaitu:
a. kesatuan
b. pertautan

2. Kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai


hubungan idea dengan tajuk atau judul.
Pengenalan
3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan
antara unsur-unsur bahasa seperti kata hubung,
penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya
yang berfungsi sebagai penyambung bahagian-
bahagian dalam wacana.

4. Sebuah wacana yang baik dikenali sebagai


wacana yang utuh.
 
Pengenalan
5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang
penting kerana akan memastikan sama ada
sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana
atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.

6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada


wujudnya kaitan-kaitan aspek semantik,
fonologi, leksikal, dan gramatikal

 
Keutuhan Wacana daripada empat domain;

1. Keutuhan Semantik
2. Keutuhan Leksikal
3. Keutuhan Fonologi
4. Keutuhan Gramatikal

 
Keutuhan Semantik

Bagaimana melihat hubungan dari segi


keutuhan simantik?

 
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi
iaitu :
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana.
b. Hubungan semantik yang dilihat
dari segi konteks atau latar wacana.

 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
i. Hubungan Sebab dan Akibat .
Contoh :

Amir tidak bersungguh-sungguh semasa


belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.


Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
i. Hubungan Sebab dan Akibat .
Contoh :

Amir tidak bersungguh-sungguh semasa


belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.


Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan.
Contoh :

Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya


dalam pelajaran.

Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang


cemerlang.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
iii. Hubungan Sebab Dan Hasil
Contoh :
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah.

Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja.


Pendapatannya melebihi pendapatan
seorang menteri.
 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
iv. Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh :

Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya


M.Nasir yang menciptanya.

 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
v. Hubungan memperkuatkan isi
Contoh :

Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal


mayang, berlesung pipit dan hidung
mancung.

 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi konteks
atau latar wacana
i. Kesatuan tajuk atau topik
Contoh :

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira


sekarang. Perubahannya sungguh-
sungguh di luar dugaan. (Orang yang
dimaksudkan itu dahulunya muram dan
sering bersedih.)

 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi konteks
atau latar wacana
ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan
Pendengar. Contoh :
A. Sudah siap?

B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.


(Kedua-dua penutur memahami apa
yang dimaksudkan walaupun orang lain
mungkin tidak memahaminya)
 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi konteks
atau latar wacana
iii. Laras Bahasa yang bersesuaian.
Contoh:
Laras bahasa dalam iklan.
Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara
terputus-putus tetapi kita dapat
memahaminya dan dapat
menganggapnya sebagai wacana kerana
itu adalah cara penyampaiannya.
 Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat
daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi
suara.
 Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di
antara bahagian wacana.
 Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan
pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya
seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman.


a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)
b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)
Keutuhan Fonologi
 Hubungan wacana dari aspek fonologi
berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara.
Unsur-unsur tersebut dapat membezakan
sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata,

“ Dia sudah pergi ? ”


“Dia sudah pergi”

Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui


nada suara semasa penutur menuturkannya.
Keutuhan Fonologi
 Unsur-unsur para linguistik juga
membantu pemahaman tentang sesuatu
wacana.

 Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para


linguistik ini ialah alat-alat yang
digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana.
Keutuhan Fonologi
 Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut
ialah tanda baca seperti noktah, koma,
tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.

 Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah ,


iaitu keadaan air muka serta gerakan
tangan dan badan merupakan alat-alat
untuk membantu memahami ujaran.
Berdasarkan pemilihan dan penggunaan
perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

a.Antonim
Contoh

Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang


negara.
Keutuhan Leksikal
b. Sinonim
Contoh

Ali seorang yang rajin. Kegigihannya


belajar membolehkan dia
melanjutkan pelajaran ke universiti.
Keutuhan Leksikal
c. Hiponim
Kata yang maknanya terangkum dalam
makna kata lain. Contoh,

Dia menanam pokok melur, cempaka,


bunga raya dan bunga kertas di halaman
rumahnya. Jadi halaman rumahnya
nampak indah dengan pokok-pokok
bunga tersebut.
Keutuhan Leksikal
d. Homonim
Kata yang bunyinya sama, tetapi
mempunyai erti yang berlainan

Contoh
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat
tinggi . Aku berasa letih kerana
mengeluarkan banyak peluh sehingga
badan ku dipenuhi daki.
Keutuhan Leksikal
e. Pengulangan kata yang sama

Contoh :

Aminah memang mudah menangis .


Disebabkan perkara kecil pun dia
menangis. Semasa gembira pun dia
menangis .
Keutuhan Leksikal
f. Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-
masing merupakan perkataan tersendiri ,
tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu
sama lain. Contoh :

Pembalakan haram itu menggugat habitat


flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti
harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain
kehilangan tempat tinggal.
Keutuhan Leksikal
g. Unsur bersambut

Contoh :

Pihak kerajaan mengemukakan hujah


manakala pihak pembangkang membidas
hujah tersebut.
Wacana berkualiti mesti memperlihatkan
hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat
dilihat daripada penggunaan penanda gramatis
seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat


dengan ayat atau perenggan dengan perenggan
yang lain.
 
i.berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya,
selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan
lain-lain.
Keutuhan Gramatikal
ii. berfungsi sebagai pengembangan idea:
seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana,
dengan dan lain-lain

iii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum,


selepas, kemudian, berikutnya, pada
masa, ketika itu dan lain-lain
Keutuhan Gramatikal
b. Kata rujukan
Kata yang boleh menggantikan sesuatu,
sama ada benda atau manusia.

i. kata ganti nama : saya, dia, mereka,


kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain
Keutuhan Gramatikal
c. Peleburan dan penggantian
Untuk mengelakkan pengulangan
terhadap sesuatu maklumat daripada
penyataan yang diberikan.
Contoh:

Ali menendang bola dengan laju,


manakala Hasan menendang dengan
perlahan.
Sekian
Terima Kasih
Nota ini disediakan oleh;
Norhayati Ayit
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana,
dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal.
11-25 dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran
Wacana. Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online],
[Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/
2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

You might also like