You are on page 1of 8

TAJUK 11:

Pengurusan
Pelbagai Budaya
Kepelbagaian budaya murid
PENGENALAN
 “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan, pengelolaan, dan
penyelenggaran. Fungsi pengurusan terdiri daripada merancang, menyediakan bajet,
mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat keputusan dan menilai.
 Perkataan ‘budaya’ berasal daripada perkataan Latin ‘cultura’ dan meliputi pelbagai
aspek yang berbeza seperti makanan, pakaian, percakapan, pergaulan, cara kehidupan,
cara berfikir dan sebagainya.
 Dalam konteks pendidikan pula, pelbagai budaya merupakan suatu proses dalam
pendidikan yang berasaskan prinsip kebebasan, keadilan, kesaksamaan dan nilai-nilai
kemanusiaan iaitu persekitaran dan peluang dalam pendidikan disediakan kepada semua
pelajar tanpa mengira perbezaan etnik, budaya, keupayaan mental atau fizikal mereka.
 Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih
daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras.
 Terdiri daripada pendidikan formal dan tidak formal.
ISI PENTING : Teori Sosial Pelbagai Budaya
JENIS BUDAYA SEKOLAH
 Budaya bukan sahaja merujuk kepada kepelbagaian etnik dan kaum tetapi juga merujuk kepada budaya
sekolah.
 1) BUDAYA PENYAYANG

Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi,
rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran
memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus
membendung salah laku murid.
 2)BUDAYA SALING MENGHORMATI

- Budaya saling menghormati harus diterapkan dalam diri pelajar di sekolah kerana dalam menuntut ilmu kita
para pelajar bukan sahaja harus menghormati guru tetapi mereka juga harus menghormati rakan-rakan mereka
di sekolah.
 3)BUDAYA MEMBACA

- Semua sekolah perlu menyediakan perancangan strategik dalam pembudayaan ilmu melalui pembacaan
dalam kalangan para pelajar dan guru. (NILAM)
 4)BUDAYA MENJAGA KEBERSIHAN

- Suasanan sekolah yang ceria dan bersih dapat mewujudkan suasana yang tenang untuk pembelajaran yang
berkesan. Oleh itu, sekolah haruslah menggalakkan budaya menjaga kebersihan sekolah dalam kalangan warga
sekolah.
CARA PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH

Program yang meningkatkan dan Penyusunan fizikal bilik darjah


melibatkan semua kaum pelajar yang mesra budaya seperti susunan
iaitu Program Rancangan Murid meja secara kumpulan yang terdiri
Untuk Perpaduan (RIMUP)/ Salam daripada kumpulan etnik yang
& Senyum (2 S) berbeza.

Galakan dan Motivasi oleh para


guru.
KESIMPULAN
 Secara rumusannya, kepelbagaian budaya dan latar belakang para pelajar masa
kini menyebabkan pihak sekolah harus merancang strategi terutamanya
melalui kurikulum sekolah dalam usaha untuk membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
 Kemahiran guru dalam menggunakan strategi, pendekatan, kaedah pengajaran
berkesan dan teknik yang bersesuaian dapat membantu guru dalam
menerapkan elemen-elemen yang signifikan dengan murid yang datangnya
daripada pelbagai budaya.
 Kebijaksanaan guru memilih metodologi pengajaran akan menjadikan
pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan.
RUJUKAN
 Suriani Othman, Fazrul Azdi & Fauziah Hassan. (2012) Kesedaran Budaya Dan

Tanggungjawab Media Di Malaysia: Satu Perbincangan Dari Perspektif Islam. Dimuat turun
daripada
https://www.researchgate.net/publication/305495524_kesedaran_budaya_dan_tanggungjawab
_media_di_malaysia_satu_perbincangan_dari_perspektif_islam

 Samsudin Suhaili. (2010). Masyarakat Multikulturalisme Malaysia:Semasa Dan Masa

Depan. Dimuat turun daripada


file:///C:/Users/Administrator/Downloads/3385-Article%20Text-8905-1-10-20200310%20(1)
.pdf

 

You might also like