You are on page 1of 17

PUSAT KESEJAHTERAAN MANUSIA & MASYARAKAT

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKPX 3013
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

TEORI PERSONALITI : MYERS-BRIGGS

Najwa Afiqa binti Roshaizad K.B, P.A


najwaafiqa@ukm.edu.my
PENGENALAN
• Teori ini asalnya dalah teori personaliti tetapi mula digunakan dalam
kaunseling kerjaya kerana kesesuaian aplikasi yang mudah.

• Diasaskan oleh : Carl Jung (1921). Diadaptasi oleh : Khatharine Briggs


(1922), yang seterusnya mengasaskan jenis personaliti Myers-briggs /
Indikatoir Myers-Briggs (MBTI) bersama anaknya Isabel Myers.
INDIKATOR MYERS-BRIGGS
• Tujuan : mengukur kecenderungan individu melihat dunia mereka dan bagaimana
mereka membuat keputusan.

• Berasaskan teori tipologi yang dibina oleh Carl Jung.

• Terdapat 4 asas fungsi psikologi seseorang iaitu sensation, intuition, feeling &
thinking. Salah satu fungsi psikologi ini bersifat dominan dalam diri seseorang pada
kebanyakan masa berbanding 3 yang lain.

• Hasil kerja Briggs & Myers telah menghasilkan 1 panduan kecenderungan psikologi
seseorang yang lebih dikenali sebagai Myers Briggs Type Indicator (MBTI).

• Dua matlamat MBTI :


• Pengenalpastian kecenderungan utama seseorang, iaitu satu daripada empat fungsi
psikologi
• Pengenalpastian & penerangan mengenai 16 jenis personaliti yang dihasilkan dari
interaksi
KECENDERUNGAN PSIKOLOGI
• Empat kecenderungan psikologi yang dikenalpasti oleh MBTI ialah seperti
berikut:

• Dunia pilihan : adakah fokus seseorang ialah kepada dunia dalaman / luaran? Indikator
ini dipanggil Introversion (I) – dunia dalaman atau Extraversion E - dunia luaran.

• Maklumat : adakah seseorang itu cenderung untuk merujuk kepada maklumat asas @
cenderung untuk membuat interpretasi & memberi pengertian. Indikator ini dipanggil
Sensing (S) atau Intuition (N).

• Penilaian @ membuat keputusan : apabila membuat keputusan adakah


kecenderungan berdasarkan logik & konsisten @ lebih cenderung kepada membuat
interpretasi dan makna? Indikator ini dipanggil Thinking (T) dan Feeling (F).

• Struktur : Apabila berurusan dengan orang luar, adakah kecenderungan lebih kepada
membiarkan orang lain membuat keputusan, @ bersifat terbuka kepada maklumat dan
pilihan yang baru? Indikator ini dipanggil Judging (J) dan Perceiving (P)
Perceiving (P) dan Judging (J)
• Teori Myers-Briggs menekankan bahawa individu memerhati dunia
sekeliling berdasarkan persepsinya.

• Selepas melakukan persepsi, individu akan membuat keputusan /


penghakiman terhadap apa yang dilihatnya.

• Proses penghakiman akan berlaku setelah persepsi dibentuk

• Dua cara persepsi terbentuk & dua cara penghakiman berlaku.

• Dua cara pembentukan persepsi adalah melalui :


• Sensing (S)
• Intuition (N)
*Cara pembentukan persepsi :
Sensing (S) dan Intuition (N)
• Individu yang memilih S biasanya :
• Bersifat rasional
• Melihat maklumat sebagai konkrit & boleh diukur melalui 5 pancaindera.
• Fokus : kejadian yang berlaku secara langsung / sekeliling mereka
• Suka bertanya lebih lanjut untuk memahami sesuatu
• Cepat membuat pemerhatian terhadap sesuatu.

• Individu berpesonaliti N :
• Cenderung melihat sesuatu & menganalisis pengertiannya.
• Kaitkan hubungan antara peristiwa & memberi makna kepada hasil
pemerhatian tersebut.
• Abstrak, suka imaginasi, & kreatif.
• Tidak begitu verbal kerana sifat berhati-hati dalam membuat penghakiman.
*Cara penghakiman:

Thinking (T) & Feeling (F)


• Selepas memerhati sesuatu peristiwa, individu kebiasannya akan
bertindak sama ada melalui pemikiran atau perasaan.

• Thinking:
• Membuat analisis dan berfikir secara objektif.

• Feeling:
• Reaksi subjektif –sering dikaitkan dengan nilai yang dimiliki oleh diri si
pemerhati
• Cenderung menilai sesuatu secara mendalam kerana mamikirkan tentang
implikasi /impak terhadap penghakiman tersebut
Kombinasi Persepsi & Penghakiman
• Daripada 4 kombinasi iaitu 2 jenis pemerhatian & 2 jenis penghakiman,
terhasil kombinasi personaliti seperti berikut :

• 1) Sensing & Thinking : Membuat pemerhatian menggunakan sensing +


membuat penghakiman secara thinking = cenderung melakukan kesimpulan
berdasarkan fakta yang boleh dobuktikan melalui penghakiman.
• - Bersifat praktikal, pekerjaan yang sesuai adalah bidang perundangan, perniagaan,
perakaunan.

• 2) Sensing & Feeling : Menggunakan deria dalam persepsi mereka + perasaan


dalam penghakiman. Sedar tentang kepentingan menjaga perasaan diri dan
perasaan orang lain.
• - Sensitif dengan orang lain. Pekerjaan yang sesuai adalah bidang yang meibatkan
hubungan dengan manusia seperti guru, doctor & perhubungan pelanggan.
Kombinasi Persepsi & Penghakiman
• 3) Intuition & Feeling: Menggunakan lintasan hati (I) dalam membuat persepsi
+ perasaan (F) dalam penghakiman cenderung melihat kemungkinan masa
hadapan.
• - Kreatif & bukan bergantung kepada objek semata-mata. Pekerjaan yang sesuai ialah
dalam bidang pendidikan, ahli agama, pekerja sosial.

• 4) Intuition & Thinking: Menggunakan lintasan hati (I) dalam membuat


persepsi + pemikiran (T) dalam penghakiman.
• - Cenderung membantu orang lain menyelesaikan sesuatu isu dan meramal
kemungkinan masa hadapan dalam membuat keputusan. Pekerjaan yang relevan
ialah bidang computer & kajian sains.
Extraversion (E) & Intraversion (I)
• Maksud umum Extraversion dan Intraversion adalah BERBEZA dengan apa yang
dimaksudkan oleh Myers & Briggs.

• Menurut MBTI :
• Extraversion : cara bagaimana individu berhubung dengan orang lain atau
membuat persepsi berdasarkan dunia luaran.
• Intraversion : membuat penghakiman dan persepsi berdasarkan minat diri
Ekstrovert Introvert
Gemar bekerja dengan orang lain – Suka refleksi dan berfikir – berfikir lama
berinteraksi sebelum bertindak
Bersifat verbal – berterus terang, tidak suka Lebih pendiam tetapi tidak semestinya pemalu
berselindung
Bersifat aktif. Jika tidak aktif, motivasi Perlukan masa untuk proses maklumat secara
menurun internal
Pekerjaan – suka berurusan dengan orang Pekerjaan – yang membolehkan mereka
berfikir & proses maklumat, cenderung
bekerja bersendirian
Contoh : ahli perniagaan, pekerja sosial, Contoh : ahli sains, akauntan , ahli patologi
jurujual
Kombinasi 16 Jenis Personaliti
• Perbezaan cara menghakimi dan membuat persepsi,
• Kecenderungan membuat persepsi dan penghakiman dan
• Kecenderungan menjadi introvert atau ekstrovert

• Menghasilkan pula 16 jenis kombinasi personaliti yang menggunakan kod di


bawah

E – Ekstrovert I – Introvert T – Thinking F – Feeling


S - Sensing N - Intuition J - Judgement P - Perception
16 jenis kombinasi personaliti yang terhasil daripada kod-kod berkenaan adalah
seperti berikut :

Jenis Sensing & Introvert

ISTJ (Duty Fulfiller) : Serius, senyap, minat, pada suasana kehidupan


yang tenang, teliti, bertanggungjawab & boleh diharap. Kekalkan
tradisi, tersusun, rajin, terus bekerja.

ISFJ (Nurturer) : Senyap, baik hati, boleh diharap, meletakkan


kepentingan orang lain melebihi diri, menghargai nilai dan tradisi,
memerhati dengan berhati-hati & mendalam.

ISTP (Mechanic) : Senyap, berhati-hati. Berminat mengetahui kenapa &


bagaimana sesuatu berlaku, berani ambil risiko, jujur, berpegang
kepada nilai, tidak gemarkan undang-undang, cekap selesaikan isu.

ISFP (Artist) : Senyap, serius, sensitif, baik hati, tidak gemar konflik,
tidak berminat menjadi ketua, fleksibel, terbuka
16 jenis kombinasi personaliti yang terhasil daripada kod-kod berkenaan adalah
seperti berikut :

Jenis Intuitive & Introvert

INFJ (Protector) : Sensitif kepada perasaan orang lain, berpegang teguh


kepada nilai, patuh dengan peraturan, individualistic, tidak berminat
menjadi ketua/menjadi pengikut.

INTJ (Scientist) : Berdikari, original, analitikal, dan kuat semangat.


Menghargai pengetahuab, kemahiran, berpegang kepada struktur.
Berfikir pajang dan menetapkan standard yang tinggi dalam pencapaian
diri serta diri lain.

INFP (Idealist) : Senyap, suka buat refleksi, ideal berminat beri khidmat
kepada orang lain, menghargai nilai. Cekap berfikir, ambil kira apa yang
mungkin berlaku pada masa hadapan serta minat bantu orang lain,
memahami orang lain.

INTP (Thinker) : Original, berfikir secara kreatif, cekap memahami teori


& tukar kepada praktik, cenderung bersifat individualistik, tidak
berminat menjadi ketua / pengikut orang lain.
16 jenis kombinasi personaliti yang terhasil daripada kod-kod berkenaan adalah
seperti berikut :

Jenis Sensing & Ekstrovert


ESTP (Doer) : Peramah, boleh sesuaikan diri, berorientasikan tindakan,
memfokuskan kepada hasil segera. Gemar ambil risiko, kurang sabar
mendengar, jujur, tetapi kurang gemar peraturan jika perlu selesaikan
sesuatu.

ESFP (Performer) : Suka kepada keseronokan, pengalaman baru,


berkhidmat kepada orang lain, pemerhati dalam sosial mereka.

ESTJ (Guardian) : Pratikal dan sangat tersusun, suka kepada teori


melainkan mereka nampak aplikasi praktikalnya. Rajin dan
bekeupayaan menganjurkan aktiviti.

ESFJ (Caregiver) : Baik hati, popular, celik akal. Utamakan orang lain
daripada diri sendiri, sangat bertanggungjawab, perlukan galakan
positif untuk menjaga kepercayaan kendiri.
16 jenis kombinasi personaliti yang terhasil daripada kod-kod berkenaan adalah
seperti berikut :

Jenis Intuitive & Ekstrovert


ENFP (Inspirer) : Bersemangat, ideal & kreatif, mampu melakukan
hamper semua perkara yang mereka minati. Patuh kepada nilai, suka
idea baru, tidak suka perkara terperinci. Fleksibel, bersifat terbuka, ada
banyak minat dan kebolehan.
ENTP (Visionary) : Kreatif, intelektual, jadi sumber rujukan. Suka
berdebat tentang sesuatu isu, minat idea dan projek baru, verbal. Tidak
gemar sesuatu yang rutin.

ENFJ (Giver) : Suka populariti, sensitif, berfokus luaran dan tidak suka
berseorangan. Lihat sesuatu daripada segala sudut, cekap tangani isu
kemanusiaan, utamakan keperluan orang lain daripada kepentingan
diri.

ENTJ (Executive) : Tegas, verbal, suka jadi ketua. Kemahiran tinggi


dalam memahami sesuatu masalah organisasi, kurang sabar dengan
ketidakcekapan. Tegas dan lantang, didorong untuk memimpin. Pintar,
berpengetahuan, cemerlang dalam pengucapan awam, menghargai
pengetahuan.
Kelebihan & Kelemahan Teori
Kelebihan Kelemahan
• Alat ujian terhasil daripada teori • Hanya memfokuskan kepada
– MBTI. Banyak digunakan dalam personaliti semata-mata – tidak
proses kaunseling & bole dianggap padanan yang
penyelidikan. Memudahkan tepat.
kaunselor fahami & aplikasikan • Faktor lain yang perlu
alat ujian bagi bantu klien buat dipertimbangkan :
pilihan kerjaya. • Gaji, peluang naik pangkat,
bakat, kemahiran, peluang
• Proses padanan dibuat latihan dll.
berdasarkan karakter personaliti
–pemilihan kerjaya dibuat
berdasarkan minat
/kecenderungan klien sendiri.
Klien faham diri & buat pemilihan
kerjaya yang dirasakan tepat.
Sekian, terima kasih

You might also like