You are on page 1of 24

BAB 2: PA N GK A L A N

DA T A HU BU NG A N
APA ITU DATA?

• Himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entity.
• Boleh terdiri daripada angka, perkataan atau gambar
• Boleh menjadi fakta bermakna apabila diproses
• Contoh: Markah Ujian Bulanan
APA ITU MAKLUMAT?

• Hasil pengumpulan , pemprosesan dan penganalisisian data


• Maklumat menjadi lebih bermakna dan mudah difahami
• Contoh : Purata Markah
FAHAM TAK BEZA DATA DAN MAKLUMAT? MEH CIKGU
TERANGKAN SIKIT
• Contoh data Ujian Bulanan : Naim mendapat
markah BM, BI, Maths, Sej … So dari tiada apa
yang boleh kita tau dengan markah2 Naim ni.
Tetapi apabila diproses dengan data murid
lain, kita kira markah purata, kita tau ranking
murid dalam kelas. So purata dan ranking itu
adalah maklumat.
PANGKALAN DATA

• Fail data yang disimpan di dalam dalam format piawaian (standard format), dan direka khusus
untuk dikongsi dengan banyak pengguna secara efisien.

• Contohnya sistem SAPS, kalau dulu kita ada report card untuk catat maklumat markah kita every
exam. If hilang, kena ganti buku baru tapi result yang lama tak boleh dapatkan balik. Sekarang
kita ada SAPS, semua maklumat simpan dalam pangkalan data. Data Form 1 pun kita boleh
retrieve balik.
• Contoh lagi : Data covid 19, data-data seperti bilangan yang dijangkiti, jumlah kematian dan
jumlah yang pulih, boleh dilihat, update dan dimasukkan oleh semua hospital. Semua data
disimpan di dalam sebuah pangkalan data. Kesemua data-data tersebut mestilah boleh
dipercayai (valid), konsisten, dan tidak berulang(redundant) supaya maklumat yang diberikan
tepat dan cepat
2.1.1 CIRI-CIRI DATA (HAFAL)
1. INTEGRITI DATA
• -keyword: data validation (kesahan data)
• Maksud: kesempurnaan, ketepatam dan kesahan data serta merujuk kepada ketepatan data
yang sah.

• Contoh: Seorang murid mempunyai satu nombor ic. Nombor IC mesti unik – (meaning, beberapa
orang mungkin mempunyai nama yang sama tetapi tiada seorang pun mempunyai nombor ic
yang sama. )
KEPENTINGAN INTEGRITI DATA
2. KETEKALAN DATA
• -keyword: data consistency
• Maksud: keseragaman dan konsistensi data yang membawa kepada kebolehpercayaan data
• Contoh : Zain bagitau cikgu markah dia cikgu salah kira, lepas tu bila cikgu betulkan, cikgu
hanya betulkan pada rekod buku cikgu sahaja. Cikgu tak update pun markah yang sebenar tu
dalam sistem SAPS.. So situasi rekod data dah tak seragam. Cikgu sepatutnya update dalam
kedua-dua rekod yang cikgu ada.
KEPENTINGAN KETEKALAN DATA
3. KELEWAHAN DATA

• -keyword : pertindihan data (redundancy)


• Maksud: pertindihan data yang merujuk kepada salinan data yang berulang
• Contoh : Alia mendaftar untuk memasuki Pertandingan Coding dengan cikgu A, lepas tu, dia bagi
lagi nama dia untuk pertandingan yang sama pada cikgu B.
KESAN & KEPENTINGAN KELEWAHAN DATA
2.1.2 MODEL PANGKALAN DATA
• Terdapat beberapa model (jenis pangkalan data) yang perlu anda tahu. However, kita hanya guna satu
jenis modul sahaja iaitu Model Pangkalan Data Hubungan (Relational Database)
MODEL HIERAKI
• INDUK TU YANG LEVEL ATAS, CONTOH B
ADALAH INDUK KEPADA D, E , F. D,E,F ADALAH
ANAK KEPADA INDUK B
MODEL RANGKAIAN PANGKALAN DATA
• BEBERAPA JENIS REKOD DIHUBUNGKAN
BERSAMA. CONTOH REKOD A DAN B BOLEH
DIHUBUNGKAN DENGAN REKOD D. (DUA INDUK)
MODEL HUBUNGAN PANGKALAN DATA
• SETIAP JADUAL MEMPUNYAI ID YANG UNIK DAN
ID INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT
HUBUNGAN DENGAN JADUAL-JADUAL YANG LAIN.

• SO JADUAL-JADUAL INI BERHUBUNGAN ANTARA


SATU SAMA LAIN

• MODE;L POPULAR DIGUNAKAN


MODEL PANGKALAN DATA BERORIENTASIKAN OBJEK

• SATU GROUP DATA/ SATU SET DATA YANG


DIHUBUNGKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.

• HAMPIR SAMA DENGAN MODEL RANGKAIAN


TETAPI DIA MEMBAWA DATA SEBAGAI SATU
GROUP

• PRESTASI PENCARIAN YANG EFEKTIF


2.1.3 ENTITI , ATRIBUT, SET HUBUNGAN DAN
KEKARDINALAN DALAM PANGKALAN DATA

• Apa ni tajuk panjang sangat ni? So sebelum kita belajar dengan lebih mendalam pangkalan
data, kita mesti tahu terms yang digunakan untuk menyusun data. So mari kita tengok satu per
satu.
ENTITI
• Objek yang boleh menerangkan satu pesekitaran dengan tepat
• Menggunakan kata nama
• Contoh i. Kelas 4A, 4B, 4C, 4D… semua ini kita boleh kategorikan sebagai tingkatan
• > Entiti data contoh i : TINGKATAN
• Contoh ii. Cikgu Nasreen, Cikgu Lim, Cikgu Nadia… semua ini kita boleh kategorikan sebagai guru
• >Entiti data contoh ii : GURU
TINGKATAN
• Entiti dilukis dalam bentuk rectangle
ATRIBUT
• Data-data yang menerangkan kumpulan entiti tersebut
• Contoh : Entiti Murid. Untuk maklumat MURID, kita akan simpan data seperti Nama, No IC, Alamat,
NoTelefon. Semua ini kita panggil Atribut

• Atribut dilukis dalam bentuk oval


SET HUBUNGAN
• Perkaitan perbuatan antara entiti.
• Menggunakan kata kerja seperti mendaftar, membuat, mempunyai, belajar.
• Dilukis dalam bentuk diamond
KEKARDINALAN
• Menyatakan bilangan hubungan antara
entiti

• Ditulis berdekatan permulaan hubungan


dengan entiti

• Terdapat 3 jenis kekardinalan

You might also like