You are on page 1of 14

GKK 1043 Kesihatan Diri

dan Kecergasan

Oleh:

PN. ERANA BINTI ABD SEMAN

JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK


IPGKRM
1. PENGENALAN KEPADA
PENSYARAH PJK IPGKBA

2. RINGKASAN MAKLUMAT
KURSUS (RMK)
- Kandungan RMK
- Kerja Kursus
Hasil Pembelajaran :

 Menjelaskan kefahaman kaitan kesihatan diri dan


kecergasan.
 Mempamerkan ciri-ciri kebolehan melaksanakan
tugas secara kumpulan melaksanakan dan
merancang ujian kecergasan.
 Mengaplikasi pelbagai pendekatan dalam
menyelesaikan masalah kesihatan dan kecergasan.
 Merancang aktiviti fizikal dan pengetahuan
kesihatan dalam kehidupan seharian.
Kerja Kursus
Tugasan

1.Pengelolaan Ujian Amali - 20%


2.Ujian Amali 1 : SEGAK (Pre/Post – 30 %
3.Ujian Amali 2 : Bleep Test – 30 %
4. Penulisan Refleksi : 20 %
Konsep Kesihatan Menyeluruh

Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai


keadaan kesejahteraan optimum yang
menyumbang kepada peningkatan
kualiti hidup.

• bukan sahaja tiada sebarang


penyakit

• Kesihatan optimum : Kesihatan


mental, sosial, emosi, rohani dan
fizikal
Kesejahteraan

Sebagai komponen positif kesihatan yang


optimum.

• Dibuktikan melalui rasa kepuasan


yang dicerminkan melalui kemampuan
berfungsi secara optimum, kualiti
hidup yang baik, kerja yang bermakna,
dan sumbangan kepada masyarakat.

• Membolehkan pengembangan potensi


seseorang untuk hidup dan bekerja
dengan berkesan dan sumbangan kpd
masyarakat.
KESIHATAN FIZIKAL

• Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal


mempunyai ketahanan terhadap sebarang penyakit
yang boleh menjejaskan fungsi tubuh.

• Organ tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik.


Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal
mempunyai tahap kecergasan yang optimum dan
berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik
dan berkesan.

• Deria tubuhnya pula mempunyai ketajaman untuk


berfungsi dengan baik.
KESIHATAN SOSIAL

• Keupayaan individu untuk memenuhi hubungan


interpersonal.

• Dapat berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan


masyarakat dengan baik.

• Individu yang mencapai tahap kesihatan sosial berupaya


untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya
dalam kehidupan seharian.
KESIHATAN MENTAL
• Merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang.
Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang
baik berupaya untuk belajar dan berfikir secara
rasional.

KESIHATAN EMOSI
• Melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya.

• Individu yang mempunyai tahap kesejahteraan emosi


yang baik berupaya menangani dan menghadapi pelbagai
tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.
KESIHATAN PERSEKITARAN

• Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran


mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran
luaran.

• Individu berupaya untuk memainkan peranan yang baik


dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan
keadaan persekitaran.
KESIHATAN ROHANI

• Dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti


falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri.

• Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani ini


mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-
prinsip hidup yang positif.
 Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas
daripada penyakit atau cacat cedera malah beliau juga
sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi,
persekitaran dan rohani.

 Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh.

 Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan


menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai
kesejahteraan hidup.
Komponen Kesihatan Menyeluruh
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like