You are on page 1of 20

BAB 4

MENGENALI
TAMADUN
STANDARD KANDUNGAN

1.Maksud Tamadun
2.Konsep Tamadun
3.Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia
MAKSUD TAMADUN

Pencapaian Tertinggi masyarakat


dalam pelbagai bidang yang
didorong oleh daya kreatif dan
inovasi
MAKSUD TAMADUN
BAHASA HURAIAN
YUNANI • Berasal dari perkataan Civitas bermaksud bandar atau kota
• Masyarakat mencapai kemajuan dalam bidang sains, kebudayaan, system
kerajaan dan perindustrian

INGGERIS • Berasal dari perkataan civilisation


• Merujuk kepada tahap pembangunan manusia dan organisasi yang maju
MELAYU • Tamadun bermaksud peradaban, iaitu pencapaian kemajuan dari segi pemikiran
dan kebendaan
ARAB • Mulun, Madain, Madana yang merujuk kepada tinggi budi Bahasa dan
pembukaan bandar
• Hadharah bermaksud kawasan, daerah, kota, bandar, kampong dan kawasan
yang digunakan untuk bercucuk tanam
• Hadari bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap
kemajuan dan memperoleh kekayaan
KONSEP TAMADUN

KONSEP
TAMADUN

Sudut Sudut
Pandangan Pandangan
Islam Barat
KONSEP TAMADUN
BERDASARKAN PANDANGAN
ISLAM
PANDANGAN ISLAM

Dibina atas kerangka Islam sebagai Al- Din (cara hidup)

Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah

Berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan dalam al-quran,


hadis dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W
KONSEP TAMADUN BERDASARKAN
PANDANGAN ISLAM
TOKOH PENDAPAT TENTANG TAMADUN
Ibun Khaldun • Tokoh awal yang membicarakan tentang
tamadun
• Memperkenalkan konsep umran atau hadharah
yang digunakan dalam buku beliau
Muqqadimah
Syed Muhammad Naquib • Tamadun ialah keadaan kehidupan insan
al-Attas bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakatnya.
KONSEP TAMADUN BERDASARKAN
SUDUT PANDANGAN BARAT
Menggunakan istilah Civilisation
PANDANGAN BARAT

Menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang


kompleks

Diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur


politik, kemasyarakatan dan petempatan di bandar

Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah dalam bidang


kebudayaan seperto kesenian, penulisan, undang-undang dan
pembandaran
KONSEP TAMADUN BERDASARKAN
SUDUT PANDANGAN BARAT
TOKOH PENDAPAT TENTANG TAMADUN
Arnold J. Tonybee • Istilah Cavilisation digunakan merujuk
kepada tahap sesuatu masyarakat atau
budaya yang kompleks
• Masyarakat bertamadun dapat dilihat
melalui pencapaian ilmu dan teknologi,
ekonomi, struktur politik,
kemasyarakatan, dan petempatan di
kawasan bandar
CIRI –CIRI TAMADUN AWAL
DUNIA
Tulisan dan Pertanian &
Agama & Kepercayaan
Penyampaian Rekod Perdagangan

Sistem Pemerintahan Organisasi Sosial


CIRI-CIRI
TAMADUN AWAL
Pembentukan Bandar DUNIA Kesenian &
Kesusasteraan

Teknologi Pengkhususan Pekerjaan


PERTANIAN DAN
PERDAGANGAN
◦ Kegiatan pertanian mendorong perkembangan kehidupan
masyarakat

◦ Kegiatan pertanian berkembang kerana penciptaan


pelbagai peralatan, pembinaan saliran, pembinaan kincir
angin dan pembinaan teres

◦ Perkembangan kegiatan pertanian membawa


kepada kewujudan kegiatan perdagangan
SISTEM PEMERINTAHAN
◦ Kerajaan dibentuk untuk menguruskan
pemerintahan di kota yang berkembang
dengan pesat

◦ Pada peringkat awal, pendeta mengetuai


pemerintahan negara kota. Kemudian,
peranan pemerintahan diambil alih oleh raja
PEMBENTUKAN BANDAR
◦ Penempatan kekal dibina kesan daripada perkembangan dalam bidang
pertania
◦ Petempatan kekal bermula dengan kewujudan kampong
◦ Ciri-ciri bandar
1. Pelan susun atur bangunan dan petempatan menarik
2. Rumah kediaman mempunyai kediaman bilik mandi, tandas dan perigi
3. Terdapat kemudahan prasarana seperti rumah ibadat, pasar dan
kawasan kediaman
4. Terdapat system pembentungan dan perparitan
5. Kota dibina untuk menjadi sempadan da berlindung daripada serangan
musuh luar
PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
◦ Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada pengkhususan
pekerjaan

◦ Pengkhususan pekerjaan dilakukan oleh golongan seperti


1. Pegawai dalam bidang pentadbiran
2. Pengutip Cukai
3. Jurutera yang mengawal sistem pengairan
4. Tentera
5. Petani
6. Artisan yang melakukan kerja mengukir, menempa besi dan
tembikar
7. Pedagang dan saudagar
TEKNOLOGI
◦ Masyarakat tamadun awal mempunyai
kemahiran dalam bidang teknologi

◦ Kemahiran ini Berjaya menghasilkan


penciptaan barang dan monument serta
hasil pertukangan yang memberi
keselesaan kepada masyarakat
ORGANISASI SOSIAL
◦ Kemunculan institusi dan golongan
pekerja telah mewujudkan kelas social

◦ Jenis pekerjaan, pengaruh, dan


kekayaan menjadi asas kelas social
seseorang
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
◦ Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak
tuhan seperti tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan
sungai dan tuhan ibu

◦ Upacara keagamaan diuruskan oleh institusi


keagamaan

◦ Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda


penghormatan kepada tuhan
TULISAN DAN PENYIMPANAN
REKOD
◦ Zaman Prasejarah dan zaman Sejarah
dapat dibezakan melalui penciptaan
tulisan

◦ Manusia mencipta system tulisan dengan


menggunakan abstrak simbol bagi
mewakili pelbagai idea
KESENIAN DAN
KESUSASTERAAN
◦ Masyarakat tamadun awal Berjaya
menghasilkan seni bina dan hasil
sastera yang mengagumkan

◦ Para artis menggunakan daya dan


teknik yang dapat mencerminkan
budaya tamadun masing-masing
TAMAT

SELAMAT MENGULANGKAJI

You might also like