You are on page 1of 15

Kanser

Paru- Paru
KANSER
Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu
proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel
membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk
suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada
tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia
menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel
sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan
atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara
normal.
PATOFISIOLOGI
Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar
berdekatan atau menular ke anggota lain melalui
perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.

Apabila kanser paru-paru merebak atau


bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil
tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain
dikenali dengan tumor sekunder atau tumor
metastatik.
Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari
bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan
tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan
kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser
prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia
adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan
kanser paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu
berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor
metastasis adalah malignan. Ini bermakna ia
merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di
sekelilingnnya dan boleh merebak ke seluruh badan
Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari
bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan
tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan
kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser
prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia
adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan
kanser paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu
berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor
metastasis adalah malignan. Ini bermakna ia
merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di
sekelilingnnya dan boleh merebak ke seluruh badan.
ETIOLOGI
Jenis Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar
bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:
“Non-small cell lung cancer” (NSCLC) yang boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu:
Adenocarcinoma (30-40%)
Squamous cell carcinoma (30%)
Large cell cancer (10%)
Small cell lung cancer” (SCLC) (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi
sel-sel kanser membiak secara sangat pantas dan telah merebak ke
bahagian badan yang lain semasa didiagnos.Jenis-jenis lain kanser
paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid
tumor” dan “lymphoma” (5%)
Penyebab Kanser Paru-Paru
Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah
penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun
1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser
paru-paru.
Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak
daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga
25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan
dengan mereka yang tidak merokok.
Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser
paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun
berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan
sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok.
Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap
kanser paru-paru.
Sebab-sebab lain kanser paru-paru ialah:
Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser
paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok
dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda.
“Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru)
adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive
pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko
seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada
uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel,
hidrokarban aromatik dan eter juga boleh meningkatkan risiko
kanser paru-paru.
TANDA DAN GEJALA
Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami
batuk yang kronik akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang
bertambah teruk adalah satu gejala penting.
Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika
menarik nafas panjang.
Nafas berbunyi.
Sesak nafas.
Suara serak.
Batuk berdarah.
Bengkak di bahagain leher atau muka.
Hilang selera makan dan badan susut.
Berasa terlalu letih dan lemah
Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.
PENYELIDIKAN
Routine blood investigation
Biopsy
Chest x ray
MRI
Bronchoscope.
Setelah mendapatkan simptom dan mendapatkan riwayat, doktor akan
melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian-ujian akan dijalankan
untuk memastikan diagnosa dan juga untuk mengenalpasti komplikasi-
komplikasi yang terdapat
Ujian-ujian itu adalah seperti berikut iaitu pemeriksaan:
Darah
Kahak
X-ray dada –tidak semua yang abnormal di dalam x-ray dada adalah
kanser, misalnya parut, jangkitan kuman dan pengumpulan kalsium
Scan bahagian dada (thorax) – ujian ini boleh melihat paru-paru secara
tiga dimensi, ia juga boleh mengukur saiz kanser selain dari itu ia boleh
mengesan penularan kanser ke organ-organ lain seterusnya memberi
gambaran tahap atau stage kanser paru-paru
Bronkoskopi adalah satu prosidur di mana satu tiub fleksible di mana di
hujungnya terdapat sebuah lampu yang disambung ke sebuah kamera.
Ini membolehkan doktor melihat di dalam saluran pernafasan dan jika
terdapat sesuatu bonggol atau tumbuh, ia akan dibiopsi untuk
mengenalpasti jenis sel kanser paru-paru
Pleuroskopi – Ini Adalah Satu Prosidur Yang Dilakukan Apabila
Terdapat Cecair Berlebihan Dalam Selaput Paru-paru Yang Boleh
Disebabkan Oleh Kanser Paru-paru, Samada Primari Atau
Metastatic. Pleuroskop Adalah Satu Tiub Dan Di Hujungnya
Terdapat Lampu Disambungkan Ke Kamera. Selain Daripada
Mengeluarkan Cecair Belebihan Untuk Dihantar Ujian, Biopsi Juga
Boleh Dilakukan Untuk Mengenalpasti Jenis Sel Kanser.
“Positron Emission Tomography” (Pet) Scan Dilakukan Bukan
Sahaja Untuk Mengelpasti Kanser Tetapi Boleh Mengesan
Metastasis.
Imbasan Tulang Sekarang Jarang Dilakukan Setelah Adanya Ujian-
ujian Lain Seperti Di Atas.
Mediastinskopi Dahulunya Dilakukan Untuk Mengenalpasti
Metastas Tetapi Sekarang Jarang Dilakukan Kerana Terdapat
Ujian-ujian Seperti Di Atas Yang Kurang Invasif.
Ujian Paru-paru Dilakukan Untuk Mengukur Fungsi Pernafasan
Seseorang.
RAWATAN ( PEMBEDAHAN)
Pembedahan – untuk kanser peringkat awal
Kimoterapi
Radioterapi
Kemoterapi dan radioterapi
Terapi secara target (targeted therapy) untuk kanser paru-paru
yang di mana, sel-sel kanser terdapat “epidermal growth factor
receptor (EGFR)”. Untuk kanser jenis ini rawatan secara
pengubatan diberikan dengan ubatan “tyrosine kinase
inbihitor” (TKI). Contoh-contoh ubat ini ialah gefitinib dan
erlotinib. Ia akan diambil oleh pesakit secara oral sekali sehari.
Paliatif untuk peringkat kanser yang sangat teruk

You might also like