You are on page 1of 25

TEKNIK SUMBANG SARAN

DEFINISI

 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan


fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan.
 Membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Kaedah ini sesuai terutamanya dalam
mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu
atau topik dalam masa yang singkat.
 Kaedah dan teknik sumbangsaran boleh
diaplikasikan untuk semua tahap keupayaan
murid dan dalam semua senario pengajaran

 Menekankan pengeluaran idea daripada


pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
TUJUAN SUMBANG SARAN

Mendapatkan seberapa banyak idea daripada murid


dalam masa yang singkat.

Semua idea yang disampaikan oleh semua murid


adalah diterima, sama ada betul atau salah.

Semua murid bebas mengeluarkan idea.

Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara


berasingan.
 Idea yang banyak dan baik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
 Aktiviti lebih menarik, cepat dan rancak. Ia
tidak menjemukan sesi pembelajaran.
 Sesuatu idea dapat diubah atau dikembangkan
untuk melahirkan satu idea yang baru.
 Melahirkan pemikiran kreatif dan suatu
penghasilan yang inovatif.
KAEDAH
PELAKSANAAN

 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat


murid.
 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.

 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah


dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-
betul layak.
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.
 Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah
diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah
patut dan mencukupi.
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who?
Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.

 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang


pelbagai kebolehan.
CONTOH TEKNIK SUMBANG SARAN

BERSTRUKTUR

KUMPULAN BERSTRUKTUR

TIDAK BERSTRUKTUR
SUMBANG SARAN BERSTRUKTUR
 Topik atau tajuk pelajaran akan diberikan kepada seluruh
ahli kelas dan setiap murid diminta untuk menyumbangkan
idea.
 Kebaikan

kesemua murid akan terlibat untuk meyumbangkan idea dan


tidak akan ada mana-mana murid yang mendominasi semasa
sesi sumbangsaran dilaksanakan.
 Kelemahan

seringkali perbincangan tidak berlaku secara bebas dan


mungkin membuatkan murid merasa kurang selesa kerana
belum sampai atau terlepas giliran untuk menyumbangkan
idea.
SUMBANG SARAN KUMPULAN
BERSTRUKTUR
Murid akan dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Setiap kumpulan akan diberikan subtopik yang berlainan untuk
dilakukan sumbangsaran dalam kumpulan dalam tempoh yang
ditetapkan.
 Setiap kumpulan itu seterusnya akan membentangkan hasil
sumbangsaran mereka kepada kelas.

Kebaikan
Cara ini dapat memberi ruang untuk murid mengemukakan idea
dengan lebih bebas dan cepat kerana beberapa aktiviti
sumbangsaran berlaku serentak.
 Cara ini juga akan menggalakkan sinergi dan komunikasi di
kalangan murid.  
SUMBANG SARAN TIDAK
BERSTRUKTUR
 Murid dibenarkan untuk menyumbangkan idea apabila
mereka merasakan demikian.
 Dengan cara ini idea akan dapat disumbangkan secara
lebih bebas tanpa perlu mengikut giliran.
Kelemahan
 terdapat murid yang langsung tidak menyumbang apa-
apa idea. 
TEKNIK SOAL JAWAB
DEFINISI

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang wajib


digunakan oleh setiap guru di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Digunakan untuk mengetahui tahap dan kemampuan


pelajar di dalam memahami pengajaran yang
disampaikan.
TUJUAN SOAL JAWAB

 Membantu murid meningkatkan kefahaman isi-isi


pengajaran dan pembelajaran.
 Membimbing dn menggalakkan murid berinteraksi antara
satu sama lain.
 Memenuhi kehendak murid yang berlainan tahap
pencapaian.
 Membantu guru untuk meningkatkan daya pemikiran
murid.
 Membantu dan menggalakkan pemikiran secara meluas
dan mendalam.
 Menilai peringkat kefahaman murid.

 Memberangsangkan murid untuk terus belajar.


TEKNIK MENYOAL

  Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.


 Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.
   Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu
tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat‘.
   Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan
pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih.
   Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada
pelajar yang tidak dapat menjawab.
    Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea
baru.
   Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila
mereka gagal menjawab soalan.
KAEDAH MENYOAL

Masa Sasaran Tujuan


menyoal murid menyoal

Kesediaan Kejelasan Pemilihan


murid soalan soalan

Taburan
soalan
Masa menyoal
 Soalan boleh dikemukakan pada awal, pertengahan atau akhir pelajaran
mengikut keperluan dan keadaan.
 Kebiasaanya, soalan pada awal pelajaran adalah sebagai pengenalan
untuk menimbulkan minat dan kesediaan murid.
 Soalan pada pertengahan pelajaran pula sebagai rangsangan untuk
menguji pemahaman murid.

Contoh:
(a)    Pernahkah anda melihat permainan tradisional? (Awal)
(b)   Bolehkah anda merumuskan kembali apa yang telah kita bincangkan
tentang sejarah wau di Malaysia? (Pertengahan)
(c)    Pada pendapat anda perlukah permainan tradisional diperkenalkan
kepada generasi akan datang? (Akhir/ Pengukuhan)
SASARAN MURID
 Soalan yang dikemukakan haruslah sesuai dengan peringkat murid. Oleh
yang demikian, guru perlu mempelbagaikan soalan. Soalan yang
dikemukakan hendaklah dalam pelbagai bentuk, jenis dan peringkat.

Contoh:
(a)    Apakah pengajaran yang boleh didapati darpada petikan ini?
(Pintar)
(b)   Apakah idea-idea penting yang terdapat pada setiap perenggan dalam
petikan ini?
(Sederhana)
 (c)  Siapakah kawan-kawan Salleh yang pergi ke Melaka bersama-
samanya?         
    (Lemah)
Tujuan Menyoal
 Melihat sejauh mana sesuatu soalan boleh
membantu pembelajaran murid.
 Soalan boleh membantu murid untuk
memahami konsep, fakta, urutan peristiwa
dan menggalakkan murid terus belajar dan
berfikir.
Kesediaan murid
 Sebelum mengemukakan soalan, guru hendaklah memastikan
bahawa murid telah bersedia dari segi pengetahuan dan
keadaan emosi murid itu stabil untuk belajar dan menjawab
soalan.
 Selain itu guru hendaklah mengambil kira keadaan
persekitaran yang membolehkan pelajar mendengar, berfikir
dan memberi jawapan; seperti keadaan disiplin murid, dan
suasana yang tenang dan selesa.
5. Kejelasan Soalan
 Soalan-soalan yang hendak dikemukakan oleh guru
mestilah jelas, mudah difahami dan tidak menimbulkan
kekeliruan kepada murid.
6. Pemilihan Soalan
 Pemilihan soalan haruslah terancang supaya sesuai
dengan objektif pengajaran.
 Soalan yang dikemukakan juga hendaklah mengikut
urutan perkembangan logis iaitu daripada yang mudah
kepada yang sukar, serta sesuai dengan tahap pencapaian
berbahasa dan pemikiran murid.
7. Taburan/Sebaran Soalan
 Soalan harus dikemukakan kepada seluruh kelas.

 Pemilihan murid untuk menjawab soalan hendaklah


secara menyeluruh iaitu tidak tertumpu kepada murid
tertentu atau kumpulan tertentu sahaja.
 Soalan tidak dikemukakan kepada murid barisan depan
dan murid tertentu sahaja.
8. Bila Menjawab?

 Guru haruslah memberi masa kepada pelajar untuk


berfikir bagi menjawab soalan.
Reaksi Terhadap Jawapan Murid

 Semua jawapan yang diberi oleh murid hendaklah mendapat


pertimbangan yang sewajarnya.
 Sekiranya jawapan yang diberikan itu betul dan tepat, guru
haruslah memberi ganjaran serta-merta seperti pujian.

You might also like