You are on page 1of 50

SISTEM

REPRODUKTIF
Pengenalan
SISTEM REPRODUKTIF
 Pengenalan
 Sistem pembiakan manusia terdiri daripada organ2
yang bertugas untuk memanjangkan zuriat manusia
didunia ini.
 Beberapa daripada organ ini menghasilkan hormon
untuk membolehkan tugas pembiakan ini berlaku
dengan cekap.
 Secara amnya sistem pembiakan ini terdiri daripada
dua bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian
luar.
Sistem Pembiakan Lelaki
 Organ pembiakan lelaki terdiri daripada :
 Organ Luar
 Zakar atau pelir (penis)
 Keradut buah zakar (skrotum)
 Organ Dalam
 Buah zakar
 Salur sperma besar atau salur mani (vas deferens)
 Pundi sperma
 Kilang prostat
 Kilang Cowper
Gambarajah Organ Lelaki
KERATAN ORGAN
LELAKI
Sistem Pembiakan Perempuan
 Organ pembiakan perempuan terdiri daripada
struktur berikut :
 Organ Luar
 Tundun (mons veniris atau mons pubis)
 Bibir kemaluan besar (labia majora)

 Bibir kemaluan kecil (labia minora)

 Kelentit (clitoris)

 Selaput dara (hymen)

* Kesemua struktur ini membentuk kemaluan luar perempuan


yang dikenali sebagai faraj
Sambungan…
 Organ Dalam
 Rahim (uterus)
 Buah rahim (ovari)
 Salur Fallop
 Faraj
 Organ pembiakan ketiga
 Kilangmemari (memari glands) atau kilang
susu (payu dara)
Keratan Organ Perempuan
Keratan Organ Perempuan
FUNGSI ORGAN
REPRODUKTIF
Fungsi Sistem Reproduktif Lelaki

 Zakar
 Zakar adalah organ kemaluan luar lelaki. Ia
terdiri daripada mempunyai tisu istimewa
yang mempunyai daya boleh tegak.
 Tisu ini tersusun secara silinder dan tiap2
bahagian ini tertutup dengan tisu fiber.
Keradut Buah Zakar (skrotum)

 Keradut buah zakar ialah karung kulit yang


mengandungi dua biji buah zakar.
 Dinding sekat memisahkan kedua-duanya.
 Kulit tubuh ini berkedut dan di dalamnya
terdapat fiber otot yang dinamakan otot dartos.
Keradut ini adalah perlu untuk menentukan suhu
yang tidak berbeza dengan berlebih-lebihan di
dalam ruangannya supaya penghasilan sel
sperma dari dalamnya tidak terganggu.
Buah Zakar (testis)

 Testis walaupun dikelaskan sebagai organ pembiakan


dalaman sebenarnya terletak di luar tubuh iaitu di dalam
karung kulit yang menbentuk skrotum.
 Tiap-tiap testis terdiri daripada lobula kecil mengandungi
binaan yang menghasilkan sel sperma. Kapsul yang
mengelilingi testis terbina daripada tisu2 fiber putih yang
dinamakan Tunika Albuginea.
 Kapsul ini membina dinding sekat untuk membentuk
beberapa copeng dalam testis.
Korda Sperma

 Apabila testis turun dari ruang abdomen ke


skrotum ia membawa bersama2 salur
darah,saraf,salur limfatika yang
membekalkannya.
 Di salur inguina salur mani dan struktur yang
disebut diatas semuanya terlintup didalam suatu
salur yang memelihara salur ini yang dinamakan
korda sperma
Tugas Testis

 Hormon kejantinaan lelaki iaitu hormon testosteron akan


berfungsi dan menjalankan tugas-tugas berikut :
 Mengembangkan sifat kejantinaan pada peringkat baligh seperti
perubahan suara,janggut,misai dan bulu tubuh serta
perkembangan organ jantina lelaki.
 Membantu ungkaibina protein dan membina otot2 jalur.
 Mengalakkan penyerapan natrium ke dalam salur halus kencing
buah pinggang.
 Menentang penghasilan hormon gonadotrofin iaitu hormon
perangsang folikula dan hormon perangsang sel celah.
 Ini kerana jika hormon ini terangsang, darah dalam testis akan
menghasilkan hormon testosteron.
Salur Sperma (vas deferens)

 Berukuran lebih kurang 18 inci panjang.


 Bermula di ekor lingkar sperma, naik ke atas menerusi salur inguina
dan sampai ke ruang pelvis.
 Dalam ruang pelvis, salur sperma melalui permukaan atas pundi
kencing sebagai ampulanya.
 Salur dari bahagian ampula sperma bersatu dengan salur dari pundi
sperma.
 Kedua2 salur ini membuka ke dalam salur pemancut dan salur
pemancut ini membuka ke dalam salur kencing bahagian prostat.
 Salur sperma membawa sperma dari testis ke dalam salur kencing.
Pundi Sperma

 Terletak di hadapan usus hujung.


 Ruang dalam pundi sperma menunjukkan beberapa
kantung kecil.
 Pundi sperma menghasilkan satu bendalir pekat yang
bercampur dalam air mani.
 Bendalir ini mengandungi zat makanan yang membantu
ungkai bina sel sperma.
 Salurnya bersatu dengan salur sperma untuk
membentuk salur pemancut yang membuka ke dalam
salur uretra.
Kilang Prostat

 Terletak di dasar bawah pundi kencing iaitu


disekelilingi salur kencing bahagian prostat.
 Bendalir prostat memelihara sel sperma dari
tindak balas di dalam salur kencing lelaki dan
juga apabila sel2 sperma itu berada di dalam
faraj, bendalir prostat melindungi sel sperma dari
tindak balas asid di dalam faraj perempuan.
 Tindakbalas asid yang kuat boleh
memusnahkan sel sperma di dalam liang faraj.
Sperma

 Sel kejantinaan lelaki ialah sperma.


 Sel ini mempunyai bahagian kepala, badan dan ekor.
 Ekornya membantu dalam pergerakannya.
 Pada tiap2 pemancutan bilangan sperma bagi setiap
sentimeter padu(cm2) ialah lebih kurang 100 juta sel.
 Sperma yang terpancut dalam liang faraj pada masa
persetubuhan bergerak dengan kuasanya sendiri masuk
ke dalam ruangan rahim dan sampai ke dalam salur
fallop.
Sambungan….

 Di sini berlaku persenyawaan, Air mani


mengandungi sejenis enzim hialuronidse
yang boleh mencairkan sel yang membina
karung ovum dan ia membantu sel sperma
menembusi sel ovum itu.
 Sel sperma yang terpancut ke dalam liang
faraj boleh hidup lebih kurang 24 jam.
Fungsi Sistem Reproduktif
Perempuan.
 Vulva (bibir faraj)
 Struktur yang membentuk organ kemaluan
luar perempuan di kenali sebagai vulva.
 Struktur ini ialah pubis, labia majora, labia
minora, kelentit, pintu salur kencing, pintu
liang faraj serta selaput dara yang
menutupinya dan kilang Bartholin.
Mons Veniris (tundun)

 Terletak di bahagian hadapan sendi ari ari


dan terdiri daripada tisu lemak dan kulit
tubuh. Pada peringkat baligh bulu ari ari
menyelubunginya.
Labia Majora

 Tisu ini terbina dan terdiri daripada lemak dan


kulit.
 Tiap2 lipatan bermula daripada bahagian mons
veneris, melengkung di sekelilingi bahagian
kemaluan dan bertemu di bahagian salapaha.
 Permukaan sisi luarnya terdiri daripada kulit
tubuh yang berpigmen dan mengandungi bulu,
tetapi permukaan sisinya dalamnya licin dan
bebas daripada bulu.
Labia Minora

 Bibir ini terdapat di sisi dalam bibir kemaluan besar.


 Lapangan yang terkandung di antara labia minora
dinamakan fisura labia minora atau vestibula.
 Salur kencing membuka di bahagian atas fisura dan
pintu liang faraj di bahagian bawahnya.
 Bibir2 labia minora bertemu di bahagian bawah lalu
membentuk satu lipatan kecil yang dikenali sebagai
fourcheet. Di bahagian atas bibir2 ini bertemu lalu
membentuk kelentit (clitoris).
Kelentit (clitoris)

 Kelentit adalah satu binaan kecil yang terdapat


di bahagian atas pertemuan labia minora.
 Bibir2 kemaluan ini menyelubungi kelentit lalu
membentuk kulit atau sarungnya yang
dinamakan kulup kelentit.
 Binaanya seakan akan binaan zakar, dan tisu
menegak yang mendirikanya dibekalkan dengan
salur darah dan urat saraf.
 Apabila ia terangsang, tisu tegak itu akan
dipenuhi dengan darah dan kelentit akan tegak.
Selaput Dara (hymen)

 Suatu selaput makosa yang dinamakan selaput


dara mengelilingi pinggir pintu liang faraj.
 Selaput dara menutupi separuh bahagian sahaja
di pintu liang faraj.
 Ini perlu untuk membenarkan pengeluaran darah
haid.
 Kadang2 selaput dara itu, menyekat keluarnya
darah haid. Keadaan ini dipanggil ‘selaput dara
tidak berlubang’
Kilang Bartholin

 Kilang ini terdiri daripada dua kilang berbentuk kacang


hijau dan tiap2 kilang terletak di sisi pintu liang faraj.
 Salur dari kilang ini membuka lapangan di antara selaput
dara dengan libia minora.
 Kilang ini menghasilkan bendalir untuk melicinkan liang
faraj.
 Sekumpulan kilang mukosa kecil yang dinamakan kilang
skene membuka melalui dua salur kecil ke dalam ruang
fisura dekat dengan salur kencing.
Pintu Salur Kencing dan Liang Faraj

 Kedua dua pintu ini membuka di lapangan


fisura salur kencing di bahagian atas dan
pintu faraj di bawah :
Organ Perempuan

Faraj Kilang Memari


Selapaha (perineum)
 Selapaha ialah bahagian di antara bibir faraj dengan
dubur (anus).
 Kulit tubuh di sini adalah longgar dan elastik untuk
menyenangkan lahirnya bayi.
 Walaupun dalam keadaan longgar dan elastik kadang2
bahagian selapaha terkoyak pada masa anak dilahirkan.
 Kekoyakan pada bahagian selapaha membahayakan ibu
keran kekoyakan yang dalam boleh berlanjut ke dubur
dan menganggu tindakan otot pencerut dubur.
Sambungan…

 Ini akan mengakibatkan najis yang keluar


dari dubur mencemarkan luka yang
terkoyak itu.
 Untuk mengelakkan daripada bahaya ini
suatu pembedahan di selapaha adalah
perlu terutamanya bagi kelahiran yang
pertama.
Faraj
 Faraj ialah satu salur lebih kurang 3 hingga 4 inci
panjangnya dan terletak di antara 2 hujung usus dengan
dubur dibelakangnnya dan pundi kencing di
hadapannya.
 Dari pintu di fisura bibir faraj salur ini berlanjut ke arah
atas dan belakang hingga bahagian lehir(serviks)
 Dinding faraj terbina daripada otot bebas bebas dan
permukaan dalamnya berlapik dengan tisu epitelium
berlapisan.
 Dinding faraj mengandungi banyak glikogen dan
ruangnya dibasahi dengan bendalir yang dihasilkan oleh
kilang mukosa.
Tugas Faraj
 Faraj ialah organ persetubuhan
perempuan, ia menerima sperma lelaki.
 Ia membenarkan perjalanan darah haid
 Faraj ialah sebahagian daripada salur
kelahiran anak.
Rahim (uterus)
 Rahim atau uterus ialah organ yang berongga
dan bagi dara, saiznya lebih kurang 3 inci
panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal.
 Ia terletak di ruang pelvis di antara usus panjang
dibelakangnya dengan pundi kencing
dihadapannya.
 Bahagian :
 Pangkal (fundus)
 Badan
 Lehir (serviks)
Dinding Rahim
 Dinding rahim terdiri daripada 3 lapisan :
 Pelapik rahim (endomentrium)
 Otot bebas (miometrium)
 Selaput selom (peritoneum)
Pelapik Rahim (endomentrium)
 Endomentrium terbina dari 3 lapisan tisu.
 Di bawah tisu epitelium turus, terdapat
selapis tisu pengikat longgar dan di antara
lapisan ini dan otot terdapat lapisan yang
ketiga iaitu lapisan tisu pengikat ketat
yang mengikat pelapik rahim kepada
dinding ototnya.
Otot Bebas (miometrium)
 Miometrium ialah otot bebas membentuk
bahagian utama dinding rahim.
 Fiber daripada otot ini terjulur ke seluruh dinding
rahim sebagai fiber bujur, lintang dan serong.
 Dinding otot di pangkal rahim lebih tebal jika
dibandingkan dengan bahagian2 rahim yang
lain.
 Susunan ini membantu bagi memudahkan
kelahiran anak.
Selaput Selom (peritoneum)
 Ia terbina daripada tisu serosa meliputi
dinding rahim.
Tugas Uterus
 Haid – perjalanan darah haid ialah keseluruhan
pelapik rahim yang disusuli oleh pendarahan
dari salur darah yang terkoyak.
 Kehamilan – sewaktu hamil, mudigah menanam
dirinya ke dalam pelapik rahim dan membesar
kemudian menjadi janin.
 Kelahiran bayi – otot bebas di dinding rahim
menguncup dengan kuat untuk mengeluarkan
bayi sewaktu bersalin.
Salur Fallop
 Salur fallop ialah saluran yang menghubungi
rahim kepada ovari dan ia bertindak sebagai
salur perjalanan ovum.
 Kedua-dua salur fallop terikat pada sudut atas
rahim dan liangnya membuka ke dalam ruang
rahim.
 Salur2 ini terletak di antara lapisan2 ligamen
lebar.
 Tiap2 salur fallop lebih kurang 4 inci
panjangnya.
Sambungan…

 Bahagian pertemuan ini di antara salur


fallop dan rahim adalah sempit.
 Bahagian ini dinamakan genting salur
fallop (isthmus).
 Disini ia menjulur keluar lalu membentuk
ampulanya.
Tugas-tugas Salur Fallop
 Salur fallop bertindak sebagai perjalanan
ovum dari ovari ke arah rahim.
 Persenyawaan biasanya berlaku di dalam
salur fallop.
 Persenyawaan ialah istilah yang
digunakan untuk menghuraikan proses
penyatuan sel pembiakan lelaki (sperma)
dengan sel pembiakan perempuan (ovum)
Ovari (Buah Rahim)
 Tiap-tiap perempuan mempunyai 2 buah ovari yang
terletak didalam ruang pelvis di antara lapisan-lapisan
ligamen lebar disisi rahim.
 Bagi perempuan dewasa besarnya sesuatu ovari lebih
kurang satu setengah inci dan ¾ lebar.
 Ligamen ovari mengikatnya pada dinding rahim.
 Terdapat juga kemungkinan kehamilan berlaku di dalam
ruang pelvis (bukan dalam dinding rahim) jika ovum
dipersenyawakan oleh sperma jatuh dalam ruang pelvis.
Tugas Ovari
 Menghasilkan ovum.
 Sel pundi ovum yang cukup umur memecahkan
dan menyingkirkan ovum ke dalam salur fallop.
 Proses ini dinamakan pengeluaran ovum
(ovulasi).
 Ovari menghasilkan hormon estrogen dan
progesteron.
Kitaran Haid
 Haid ialah pendarahan yang berlaku dari organ
pembiakan perempuan.
 Bagi kebanyakan perempuan pendarahan ini
berlaku tiap-tiap 28 hari.
 Pendarahan yang terkawal sekali (menarche)
bermula pada peringkat baligh dan berulang-
ulang pada tiap-tiap bulan.(kecuali hamil)
 Ini berlaku sehingga peringkat putus darah atau
berhenti haid.
Sambungan…

 Tiap-tiap pendarahan yang berlaku dari


salur darah pelapik rahim.
 Keseluruhan tisu pelapik rahim akibat
berhentinya bekalan hormon progestron
dari kurpus luteum yang telah merosot.
Edaran Haid
 Untuk menyediakan pelapik rahim supaya
lapisan ini sembuh bagi menerima ovum yang
telah disenyawa.
 Beberapa perubahan berlaku di pelapik rahim
dan di ovari menghasilkan hormon yang
menyembuhkan pelapik rahim.
 Hormon dari copeng depan kilang pituitari
mempengaruhi tisu di dalam ovari supaya
menghasilkan hormon perempuan.
Perubahan Semasa Edaran Haid
 Jika edaran haid itu mengikuti masa yang lazim iaitu 28
hari, peringkat-peringkat yang berlaku di pelapik rahim
boleh dibahagikan kepada :
 Peringkat lebih kurang lima hari. Haid atau pelapik rahim luruh
dan pengeluaran darah berlaku daripada salur darah yang
terkoyak.
 Peringkat 7 hingga 8 hari. Sel-sel baru pemulihan terbina lalu
membentuk pelapik baru. Kadar hormon estrogen dalam darah
meninggi dan hormon ini mempengaruhi pembiakan sel-sel baru
di pelapik rahim
 Sel-sel ini membiak dan menebal pelapik rahim (2 hingga 3mm
tebal).Kilang baru dan salur-salur baru terbina disitu.
Sambungan…

 Peringkat Rehat
 Pengeluaran ovum berlaku di dalam ovari dan korpus luteum
menghasilkan hormon progesteron.
 Progesteron melanjutkan tugas yang telah dijalankan oleh
estrogen.
 Pelapik rahim menjadi lebih tebal (4 – 6mm) dan kilang-kilang
membesar salurnadi melingkar dengan lebihan.
 Peringkat mengambil masa sepanjang 2 minggu dan masa yang
menyusulnya dikenali sebagai peringkat hampir kedatangan
haid atau peringkat prahaid mengambil 6 hari dari jumlah 14 hari
Alw a ys liste n to g o o d a d vic e ...

You might also like