You are on page 1of 10

UNIFIELD INTERNATIONAL

COLLEGE

DES 2313
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH:
FATIN AMIRAH BT ABDUL RAHMAN
PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

■ Penilaian bermaksud perbuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud


penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya (Bloom, 1956)
■ Penilaian bermaksud satu proses yang menggambar, mendapa dan menyediakan
‘panorama’ yang berfaedah untuk menghakimi keputusan (Mehrens dan Lehmann,
1978)
■ Penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya (Phil Delta
Kappan, 1971)
■ Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak penilaian perlu dilakukan secara
berterusan mengenai kemajuan murid dalam domain kognitif, psikomotor dan juga
efektif.
CARA MENGESAN PERKEMBANGAN
DAN KEMAJUAN MURID

1. Tingkah laku kanak-kanak tersebut sama ada pasif atau aktif


2. Perlakuan kanak-kanak tersebut
3. Interaksi murid yang ingin dinilai sama ada dengan guru atau
dengan rakan sebayanya
4. Hasil kerja murid tersebut di dalam kelas.
TAHAP -TAHAP KETIKA
MELAKUKAN PENILAIAN
1. Tujuan penilaian dilakukan
2. Jenis maklumat yang diperlukan
3. Kaedah mendapatkan maklumat
4. Alat-alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
5. Kaedah maklumat yang diperoleh untuk dianalisis dan dirumuskan
6. Kaedah merekod maklumat supaya dapat digunakan sebaik mungkin.
PROSES MENILAI PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Merancang

Membina Instrumen

Melaksanakan Pentaksiran

Merekod Maklumat
MERANCANG

■ Mengenalpasti murid
■ Menentukan hasil pembelajaran
■ Menetukan instrumen
■ Menentukan aspek yang hendak dinilai
■ Menetukan tempoh masa
■ Menetukan bila (tempat / waktu)
MEMBINA INSTRUMEN

■ Jelas
■ Menapati apa yang hendak dinilai
■ Boleh diukur
■ Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
■ Dalam pendidikan prasekolah penilaian dibuat melalui PEMERHATIAN.

Apa yang diperhatikan

 Tingkah laku murid


 Perbualan / interaksi / lisan murid
 Hasil kerja murid
MEREKOD MAKLUMAT
■ Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid.
■ Cara mengumpul dan merekodkan maklumat adalah melalui
pemerhatian serta dihimpunkan dalam instrumen
1. Senarai semak
2. Skala kadar
3. Rekod Anekdot
4. Rekod berterusan
LATIHAN

1. TERANGKAN SECARA RINGKAS TENTANG DEFINISI PENILAIAN


PERKEMBANGAN KANAK=KANAK
2. SENARAIKAN CARA – CARA MENGESAN PERKEMBANGAN DAN
KEMAJUAN MURID
3. SENARAIKAN DAN TERANGKAN SECARA RINGKAS TENTANG PROSES
MENILAI PROSES KANAK-KANAK

You might also like