You are on page 1of 37

TEMA 4 : NASIONALISME DAN

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

PERANG DUNIA II (1939-1945)


PEMBENTANG : NURUL ARIESYA FAIZZANIEY BINTI RUDY
PENDAHULUAN

• Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun
1945. Perang Dunia Kedua bukan hanya melibatkan negara di Asia dan
Kepulauan Pasifik.
• Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi
ini dikatakan lanjutan daripada Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun
1914 hingga 1918.
PERISTIWA PERANG DUNIA KEDUA
PEPERANGAN BERMULA
• Menjelang awal tahun 1939, tentera Jerman menawan seluruh Czechoslovakia.
• Jerman menuntut agar Bandar Raya Daniz di Poland diserahkan kepada mereka.
• Jerman juga menuntut sebidang tanah terletak di antara Jerman dan Prusia.
• Pada 1 September 1939, Jerman menyerang Poland, menyebabkan Britain dan Perancis mengishtiharkan
perang ke atas Jerman pada 3 September 1939.
SERANGAN BLITZKRIEG

• Selepas peperangan diisytiharkan, Hitler menunjukkan kekuatannya melalui serangan kilat (Blitzkrieg) .
• Heinz Gudderlan dan Erwin Rommel (panglima-panglima perang Jerman) telah menggunakan taktik ini dengan
berkesan di medan peperangan.
• Serangan akan dilancarkan pada awal pagi apabila kapal-kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh.
• Disusuli dengan serangan kereta-kereta kebal dan motosikal untuk membinasakan musuh yang terselamat.
• Pada 27 September 1939, pasukan tentera Jerman Berjaya menawan Poland.
• Selepas penaklukan Poland, keadaan senyap seketika antara Oktober 1939 hingga April 1940.
• Tempoh waktu ini dikenali sebagai Sitzkrieg (Phoney War) .
• Ketika itulah, Rusia mengambil kesempatan menawan Latvia, Lithuania, Estonia dan beberapa bahagian Finland.
PERTEMPURAN BRITAIN
• Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) membuat keputusan untuk menentang Jerman habis-habisan.
• Hitler melancarkan serangan bagi melumpuhkan kekuatan tentera laut Britain.
• Pada masa itu, tentera Jerman juga melancarkan serangan udara terhadap Britain ( Ogos 1940 hingga Jun 1941) .
• Pasukian tentera udara Jerman (Luftwaffle) dikendalikian oleh Hermann Goering, kapal-kapal terbang Jerman
menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain.
• Kapal selam U-Boat dan kapal terbang Jerman menyerang dan memusnahkan kapal-kapal laut Britain.
• Amerika Syarikat memberi bantuan kepada Britain dengan mengawal Kawasan perairan serta memaklumkan
kedudukan kapal selam Jerman.
• Alat pengesan (radar) yang terdapat di sepanjang pantai telah memberi amaran akan serangan-serangan Jerman dan
membolehkan tentera Britain melancarkan serangan balas terhadap tentera Jerman.
• Kegagalan serangan udara tersebut telah menyebabkan Hitler menangguhkan usaha tersebut.

OPERASI BARBAROSSA
• Hitler melancarkan serangan besar-besaran bagi menawan Rusia dikenali sebagai Operasi Barbarossa.
• Pada 22 Jun 1941, Hitler melancarkan serangan besar-besaran bagi menawan Rusia dikenali sebagai Operasi
Barbossa.
• Tentera Jerman Berjaya menawan sebuah pelabuhan di bahagian utara Poland yang dikuasai oleh orang Rusia.
• Tentera Rusia mara jauh ke Rusia menghampiri bandar raya Leningrad.
• Di bahagian tengah pula, tentera Jerman Berjaya menawan Smolensk.
• Tentera Jerman menakluk Ukraine dan mara hingga ke Rostov.
• Di bahagian selatan, tentera Jerman Berjaya menguasai Crimea.
• Percubaan tentera Jerman untuk menawan Moscow gagal kerana mereka tidak bersedia untuk menghadapi
peperangan pada musim sejuk
• Tentera Rusia di bawah pimpinan Zhukov Berjaya menyerang dan mengundurkan tentera Jerman dari Moscow.
• Tentera Jerman melakukan percubaan untuk menguasai lombong-lombong minyak di Cucasus (1942) .
• Hitler mengarahkan Von Paulus (Panglima Tentera) untuk menawan Stallingrad. Namun, gagal kerana tentera
Rusia menyerang daripada bahagian utara dan selatan bandar tersebut.
• Tentera Rusia berjaya mengepung tentera Jerman menyebabkan von Paulus menyerah diri.
• Peperangan ini telah menyebabkan pasukan tentera Jerman kehilangan 250 000 anggota tentera.
• Selepas tentera Rusia menawan Rostov, tentera Jerman berundur dari wilayah Caucasus.
Perjanjian Versailles
yang berat sebelah
Kegagalan Liga Kemunculan Adolf
Bangsa Hitler

Kebangkitan Golongan FAKTOR-FAKTOR Kepentingan


Tentera di Jepun TERCETUS Imperialis
PERANG DUNIA
KEDUA

Penolakan Perjanjian
Masalah Wilayah Saar

Kemelesetan Kemunculan Ideologi


Ekonomi Baru
PERJANJIAN VERSAILLES YANG BERAT SEBELAH

• Jerman yang kalah dalam Perang Dunia Pertama menganggap syarat Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman
menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.
• Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah
bertindak;
i. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
ii. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.
iii. Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.
iv. Memasukkan Austria ke dalam Jerman.
v. Menyerang dan Berjaya menakluki Czechoslovakia.
vi. Menyerang Poland. Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain mengisytiharkan
perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan Perang Dunia Kedua.
KEMUNCULAN ADOLF HITLER

• Selepas Perang Dunia Pertama, keadaan politik di Jerman menjadi tidak stabil.
• Jerman tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak yang memenangi
peperangan tersebut.
• Keadaan politik Jerman tidak menentu ekoran perebutan kuasa oleh pergerakan
pelampau nasionalis.
• Situasi ini memberi peluang kepada Adolf Hitler untuk mengukuhkan kedudukan dan
kuasa di Jerman.
• Parti Sosialis Kebangsaan pinjaman Adolf Hitler membentuk kerajaan baru di Jerman
(1993)
• Parti ini berjaya mengatasi masalah pengangguran dan memulihkan keadaan ekonomi
di Jerman dan semangat kebangsaan rakyat Jerman dengan menghapuskan syarat-
syarat Perjanjian Versailles.
• Beliau bertindak membangunkan Jerman sebagai kuasa besar dan menubuhkan
angkatan tentera darat, laut dan udara yang dilengkapi dengan peralatan yang
canggih.
KEPENTINGAN IMPERIALIS

• Jerman, Itali dan Jepun ingin mengukuhkan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan.
• Mereka ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas.
• Kebangkitan imperialism mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan.
• Tentera Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland (1936)
• Jerman telah menguasai Austria dan menawan Czechoslovakia (1939)
• Pada bulan Oktober 1935, Itali menyerang Habsyah dan Berjaya menguasainya (1936)
• Itali Berjaya menguasai Albania (1939)
• Tentera Jepun tlah menyerang Manchuria dan Berjaya menawannya (1932)
• Jepun menyerang China (1937)
MASALAH WILAYAH SAAR

• Selepas tamat perang, Wilayah Saar (kawasan Jerman yang kaya dengan arang batu) telah diserahkan kepada
Perancis.
• Wilayah Saar diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
• Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah berkenaan bagi tempoh tersebut.
• Selepas tamat tempoh, kedudukan Wilayah Saar akan ditentukan menerusi pungutan suara.
• Isu penyerahan Wilayah Saar telah menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
KEMUNCULAN IDEOLOGI BARU

a) Ideologi Fasisme di Itali


• Selepas tamat Perang Dunia Pertama, muncul pelbagai masalah di itali. Antaranya :
i. Pengangguran
ii. Harga barang naik (inflasi)
iii. Mogok dan tunjuk perasaan
iv. Peladang-peladang enggan membayar sewa kepada tuan tanah
• Telah mencetuskan kemunculan gerakan politik radikal iaitu Gerakan Fasis yang dipimpin oleh Benito Mussolini
yang menubuhkan Parti Fasis (1919) .
• Menjelang tahun 1921, parti tersebut mempunyai 300 000 orang ahli.
• Pada Oktober 1992, Benito Mussolini telah membentuk Kerajaan Fasis di Itali.
• Mussolini mula menjalankan pemerintahan dictator.
• Antara tindakan Benito Mussolini adalah :
i. Membubarkan parti-parti politik yang bukan fasis.
ii. Menyingkirkan orang-orang yang menentang pemerintahannya.
iii. Menindas akhbar-akhbar yang menentang pemerintahannya.
iv. Menjalankan pemerintahan secara mutlak.
v. Menghapuskan kuasa parlimen
vi. Membubarkan kerajaan-kerajaan tempatan.

• Mussolini menawan Habsyah di Afrika Utara (1936)


• Beliau juga menjalinkan hubungan rapat dengan Hitler sejak tahun 1936.
• Beliau juga menandatangani perjanjian persahabatan yang dikenali sebagai Axis Berlin-Rom dengan Jerman
(1936)
• Tentera Itali menyerang dan menguasai Albania.
b) Ideologi Nazisme di Jerman
• Hitler menubuhkan Parti Sosialis Kebangsaan (Parti Nazi) pada bulan September 1919 di Munich.
• Parti tersebut bermatlamat untuk membebaskan Jerman daripada Perjanjian Versailles.
• Hitler melancarkan pemberontakan untuk menawan Munich tetapi gagal (1923) dan beliau dipenjarakan.
• Ketika di penjara, beliau menulis buku “Mein Kampf”.
• Selepas dibebaskan, beliau menyusun Parti Nazi dan mengadakan rapat umum untuk mendapatkan sokongan
daripada orang ramai.
• Parti sosialis Rakyat menang dalam pilihan raya umum yang diadakan pada bulan November 1932.
• Parti Sosialis Kebangsaan telah membentuk kerajaan baru di Jerman (1933)
• Adolf Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman.
• Hitler bertindak menghapuskan pembangkang dan mengasaskan pemerintahan dictator.
• Beliau mengharamkan semua parti politik kecuali Parti Nazi untuk mencapai hasratnya, mewujudkan “satu bangsa,
satu parti dan satu pemimpin”.
• Parti Nazi berjaya menguasai segala aspek kehidupan dan pemikiran rakyat Jerman.
• Hitler melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesarkan angkatan tentera Jerman (1935)
KEMELESETAN EKONOMI

• Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali bertambah buruk ekoran kemelesetan ekonomi dunia (1929)
• Berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut.
• Berlaku masalah inflasi ekoran harga barangan dan makanan yang melambung tinggi.
• Ini menyebabkan pemimpin-pemimpin di Jerman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi
masalah ekonomi.
• Melalui dasar tersebut mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi keperluan penduduk
tempatan.
• Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan pihak tentera yang memperjuangkan dasar perluasan kuasa
mendapat sokongan daripada rakyat Jepun.
PENOLAKAN PERJANJIAN

• Langkah-langkah telah diambil dalam Persidangan Damai Paris untuk mengurangkan kekuatan tentera bagi
mengelakkan peperangan.
• Persidangan tersebut telah menetap dan mengehadkan kekuatan tentera bagi sesebuah negara.
• Negara-negara yang terlibat tidak dibenarkan menambah kekuatan tentera mereka.
• Selepas kebangkitan fahaman Nazi di Jerman, perkara ini tidak dipatuhi.
• Hitler telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menerima syarat-syarat dalam Perjanjian Versailles dan
Persidangan Damai Paris.
• Bangsa dan melancarkan serangan terhadap Czechoslovakia dan Austria.
KEBANGKITAN GOLONGAN TENTERA DI JEPUN

• Mulai tahun 1932, golongan tentera mula menguasai politik dan mempengaruhi dasar negara Jepun.
• Golongan ini menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah-tanah jajahan.
• Jepun melancarkan serangan terhadap Manchuria (1932) dan menawan negara tersebut.
• Jepun melancarkan serangan terhadap China (1937)
• Jepun juga ingin menguasai Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah serta bahan makanan seperti beras.
• Jepun merancang untuk menubuhkan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang meliputi Asia
Tenggara, Jepun dan China (1940)
• Amerika Syarikat mula bimbang dan menentang dasar perluasan kuasa Jepun.
KEGAGALAN LIGA BANGSA

• Persetujuan untuk menubuhkan Liga Bangsa dicapai dalam Perjanjian Versailles (1919)
• Matlamat utama Liga Bangsa adalah mengekalkan keamanan dunia dan memastikan syarat-syarat
perjajian damai dipatuhi.
• Namun, Liga Bangsa gagal menyekat peperangan apabila Jerman, Jepun dan Itali bertindak meluaskan
kuasa serta menakluk negara-negara lain.
POLITIK EKONOMI
KESAN
PERANG
DUNIA
KEDUA
KETENTERAA
SOSIAL N
PERUBAHAN
SEMPADAN NEGARA
EROPAH PENUBUHAN BANGSA-
BANGSA BERSATU

POLITIK
PERPECAHAN JERMAN
DEKOLONISASI

PERANG DINGIN
Memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan

PENUBUHAN BANGSA Memberikan bantuan kemanusiaan serta mencegah wabak


BANGSA BERSATU penyakit berjangkit

PBB menggantikan Liga Bangsa (ditubuhkan selepas perang


dunia pertama) – gagal menghentikan peperangan
Perang dunia kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan
penduduk di Asia dan Afrika – menentang percubaan penjajah – memperoleh
kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan bangsa mereka sendiri

Kos peperangan yang tinggi – Eropah mengalami masalah kewangan untuk


mengurus tanah-tanah jajahan mereka – Eropah memulakan proses dekolonisasi
dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka

DEKOLONISASI Ogos 1947 – India dan Pakistan mencapai kemerdekaan daripada Britain

Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan

Indonesia merdeka daripada Belanda, IndoChina merdeka daripada Perancis

1945-1970 – tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan


Amerika Syarikat dan Rusia - muncul sebagai kuasa besar dunia

Persidangan Yalta (1945) – hubungan Amerika Syarikat dan Rusia menjadi tegang

Persidangan Potsdam – Rusia menolak tuntutan Amerika Syarikat untuk


mengadakan pilihan raya bebas di negara-negara Eropah Timur
PERANG DINGIN

Amerika Syarikat – kerajaan bercorak demokrasi di Eropah Barat


Rusia – pemerintahan komunis di negara Eropah Timur

Bulgaria, Romania, Poland, Hungary dan Czechoslovakia – di bawah pemerintahan


komunis

Amerika Syarikat dan Rusia – mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing


Soviet Union meluaskan sempadan – meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
Czechoslovakia, Romania dan Jepun

Soviet Union menguasai 3 negara – Estonia, Latvia dan Lithuania

Negara-negara baltik yang diduduki oleh Rusia sebelum perang menerusi


PERUBAHAN perjanjian Molotov-Ribbentrop dengan Jerman dikuasai semula selepas perang
SEMPADAN NEGARA- pada tahun 1944
NEGARA EROPAH

Soviet Union – menubuhkan kerajaan yang berasingan

Perancis menguasai wilayah Saar dari Jerman ; Poland menguasai wilayah


Silesia dari Jerman – mendapat ganti rugi

Jerman kehilangan 1/4 daripada wilayahnya


KEMUSNAHAN
KEHILANGAN NYAWA
EKONOMI

EKONOMI

GANTI RUGI PERANG


Kawasan tanah perindustrian yang luas rosak ; pengeluaran hasil
pertanian merosot

Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah


(1946) – hanya 1/3 daripada hasil pertanian yang dikeluarkan (1938)

KEMUSNAHAN
EKONOMI Pengeluaran dalam sektor perindustrian terjejas – pulih semula pada
tahun 1938 dan tahun 1948

Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat, negara-negara Eropah


mengalami defisit sebanyak 4 billion dollar Amerika

Kos Perang Dunia Kedua dianggarkan hampir US$ 500 billion


keseluruhannya
Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan oleh wabak
penyakit, pembunuhan dan masalah kekurangan makanan

Sekurang-kurangnya 600 000 orang daripada rakyat Jerman terkorban

Dalam kalangan pihak Berikat – Rusia ialah negara yang kehilangan nyawa
yang tinggi

KEHILANGAN Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta anggota tentera terkorban
NYAWA

Britain dan negara-negara komanwel mencatatkan kehilangan 445 000 orang


tentera. Lebih kurang 60 000 orang awam terkorban dalam serangan bom dan
roket

Perancis – 500 000 orang


Amerika Syarikat – 325 000 orang tentera

Pada keseluruhannya, anggota tentera – melebihi 17 juta orang dan orang


awam – sekurang-kurangnya 15 juta orang
Perjanjian Damai Paris – Hungary, Finland dan Romania dikehendaki
membayar ganti rugi sebanyak $300 000 000 kepada Soviet Union

Itali pula membayar ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Greece,
Yugoslavia dan Soviet Union

Soviet Union – jentera-jentera dan mesin daripada kilang perindustrian


di wilayah Jerman – sebagai kos ganti rugi peperangan
GANTI RUGI
PERANG
Negara-negara Eropah Barat seperti Britain dan Perancis – menuntut
ganti rugi daripada Jerman

Britain dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara percuma –


ganti rugi daripada Jerman

Amerika Syarikat alih semua asset milik syarikat-syarikat Jerman


sebagai ganti rugi dan mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua
jentera dan mesin-mesin – bernilai $10 billion
Perubahan peranan wanita Masalah pelarian

SOSIAL

Perbicaraan jenayah perang


PERUBAHAN PERANAN WANITA

Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan –


masalah kekurangan pekerja di sektor perindustrian dan
perkilangan

Kaum wanita mula mengambil alih kerja di sektor


perindustrian, Kebanyakan mereka menjadi pekerja buruh di
kilang-kilang
MASALAH PERLARIAN

Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di


Czechlovakia dan Hungary menjadi pelarian

Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak


mahu kembali ke nagara asal mereka tekad menjadi
pelarian
PERBICARAAN JENAYAH PERANG

Perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang telah diadakan


di Nuremberg selepas tamat Perang Dunia Kedua

Antara tahun 1945 hingga tahun 1947, sebanyak 13 perbicaraan telah


diadakan terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah
perang

Perbicaraan ini dikendalikan pleh para hakim dari Amerika Syarikat,


Britain, Perancis dan Rusia

Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah


Kemajuan teknologi perang Teknologi nuklear

KETENTERAAN

Teknologi persenjataan
KEMAJUAN TEKNOLOGI PERANG

Perkembangan teknologi
peperangan telah Menjelang peringkat akhir
menyebabkan negara Persaingan ini Perang Dunia Kedua,
berlumba-lumba untuk menyebabkan muncul era peluru berpandu turut
mencipta kapal terbang peperangan udara digunakan dalam
menggunakan teknologi peperangan
terkini
TEKNOLOGI NUKLEAR

Semasa Perang Dunia Saintis Amerika Syarikat


Kedua, Amerika dan Britain di bawah
Syarikat menggerakkan pimpinan Robert
para saintis bagi Oppenheimer Berjaya
menjalankan kajian mencipta bom atom
dalam bidang menerusi Projek
persenjataan nuklear Manhattan
TEKNOLOGI PERSENJATAAN

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa


besar yang terlibat dalam peperangan mula
melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang
canggih
KESIMPULAN

• Umumnya dapat dikatakan bahawa peperangan dimulai saat Jerman


menginvasi Poloandia pada 1 September 1939, dan berakhir pada 14 Ogos
1945 pada saat Jepun menyerah kepada tentera Amerika Syarikat.
• Secara rasmi Perang Dunia Kedua berakhir ketika Jepun menandatangani
dokumen Japan Instrument of Surrender di atas kapal USS Missouri pada 2
September 1945, 6 tahun setelah perang dimulai Perang Dunia Kedua
meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik.
• Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa
besar dunia.
• Hubungan tegang anatara kedua-dua kuasa besar dunia menyebabkan tercetus
Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like