Professional Documents
Culture Documents
Bab 7
Bab 7
Statistik Asas,
Analisis Item
dan Interpretasi
Data
Hasil Pembelajaran
90 70 60 40 70
60 20 80 30 50
30 50 50 60 60
60 70 40 70 80
20, 30, 30, 40, 40, 50, 50, 50, 60, 60, 60, 60, 60, 70,
70, 70, 70, 80, 80, 90
90, 80, 80, 70, 70, 70, 70, 60, 60, 60, 60, 60, 50, 50,
50, 40, 40, 30, 30, 20
Bagi set skor tidak terkumpul, min dapat dikira dengan menjumlahkan
semua skor dan membahagikan dengan bilangan skor.
Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set
skor.
Formula pengiraan sisihan piawai skor tidak terkumpul:
Akan tetapi, kadang kala, graf normal berpencong terhasil. Hal ini
kerana, soalan yang disediakan terlalu mudah atau murid terlalu
pandai. Dalam kes ini ini, graf berpencong negatif dihasilkan.
Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan
memusat, nilai min adalah paling kecil dan nilai mod paling besar.
Sebaliknya jika soalan ujian terlalu sukar atau murid kurang
pandai, graf berpencong positif akan dihasilkan.
Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan
memusat, mod mempunyai nilai terkecil manakala min
mempunyai nilai terbesar.
Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebaran yang baik bagi
keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam
julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60.
Ciri diskriminasi sesuatu item didefi nisikan sebagai keupayaan item itu
membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dengan murid
yang berpencapaian rendah.
Indeks diskriminasi, d bagi sesuatu item merupakan kadaran murid
berpencapaian tinggi yang mendapat item itu dengan betul menolak
kadaran murid berpencapaian rendah yang mendapat item itu dengan
betul. Nilai d terletak antara –1 dan 1.
Formula bagi indeks diskriminasi item:
Jika indeks kesukaran sesuatu item itu kurang daripada 0.20 atau lebih
daripada 0.80, maka item itu perlu diubah suai atau digugurkan terus.
Item yang mempunyai item diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima
manakala item yang mempunyai indeks diskriminasi kurang daripada
0.20 merupakan item yang kurang baik.
Kelebihan Kekangan
Menjimatkan masa
Proses pembinaan adalah
Tidak perlu menyediakan
rumit dan memakan masa
ujian secara tergesa- gesa
yang lama
Memastikan item yang
Memerlukan usaha yang
sama tidak diulangi dalam
cermat untuk memastikan
tahun yang berturut-turut
bahawa item-item di
Menambahkan
dalam bank bermutu
kepelbagaian item yang
tinggi dan pengendalian
diuji
bank item dapat berjalan
Mengizinkan pendidik
dengan lancar
berkongsi item