You are on page 1of 22

MALAYAN UNION

. N U R FAT IN R A IH A N A B IN T I
MOHD ZAIBIDI
. NU R AT H IR A H H IDAYA H B INT I
A B R A S IB
MALAYAN UNION
 TUJUAN DITUBUHKAN

 REAKSI PENDUDUK TERHADAP MALAYAN


UNION

 CARA DAN FAKTOR PENENTANGAN


TERHADAP MALAYAN UNION

 KESAN PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN


UNION
PENUBUHAN MALAYAN UNION
 Ketika Perang Dunia Kedua masih di kemuncak, dalam tahun
1942 iaitu kurang setahun daripada tarikh kekalahan Tentera
Berikat di Tanah Melayu, kerajaan British di London telah
merangka satu kertas cadangan untuk membina semula Tanah
Melayu selapas perang yang dinamakan Malayan Planning
Unit (MPU) yang diketuai oleh Sir Ralph Hone.

 Melalui perancangan yang dibuat oleh MPU, negeri-negeri di


Tanah Melayu dicadangkan untuk disatukan di bawah satu unit
politik yang dinamakan sebagai Malayan Union.
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN
UNION
1. Menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu
unit politik

- Sebelum berlakunya perang, terdapat 3 unit politik di Tanah


Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB
- Dengan wujudnya MU, semua negeri di Tanah Melayu
kecuali Singapura disatukan di bawah satu unit politik.
- Hal ini dapat melicin dan mewujudkan sebuah pentadbiran
yang cekap di Tanah Melayu.
- Walaubagaimanapun, Singapura yang merupakan salah sebuah
negeri dalam NNS diasingkan pentadbirannya disebabkan
hasrat British yng ingin mengekalkan taraf Singapura sebagai
pelabuhan bebas British di Selat Melaka.
2. Menjimatkan Kos Pentadbiran British

- Kewujudan beberapa unit politik di Tanah Melayu telah


menyebabkan kerajaan British di Tanah Melayu terpaksa
menanggung kos mengurus dan mentadbir yang tinggi
terutamanya dalam menggaji para pegawai di pelbagai jabatan
kerajaan.
- Oleh itu, dengan wujudnya MU, kos pentadbiran dapat
dikurangkan.
- Selain itu, hasil-hasil dari seluruh Tanah Melayu dapat
dipusatkan di peringkat MU dan perkara ini dapat membantu
British menyalurkan wang kepada negeri-negeri yang kurang
maju dengan mengambilnya daripada negeri yang maju seperti
Selangor dan Perak.
3. Mengurang dan mengawal kuasa politik Orang Melayu.

- MU juga bertujuan untuk mengurangkan kuasa yang ada pada


orang Melayu terumanya Raja-Raja Melayu yang hanya
diletakkan di bawah gabenor MU
- Hal ini bermakna, Gabenor MU berkuasa mengawal tindakan
Sultan di Tanah Melayu dengan kuasa yang diberikan
kepadanya.
- Di bawah MU, fungsi Sultan hanyalah bertanggungjawab
terhadap hal ehwal agama Islam dan adat Melayu semata-mata.
Malah pungutan zakat juga terletak juga terletak di bawah
kuasa Gabenor.
4. Membentuk satu bangsa Malayan Union

- Selama ini, taraf golongan imigran di Tanah Melayu dianggap


sebagai pendatang walaupun sebahagian daripada mereka lahir
dan menetap di Tanah Melayu.
- Golongan imigran telah menjadi nadi utama pembangunan
ekonomi di Tanah Melayu semenjak bermulanya era kolonial
di Tanah Melayu.
- Oleh itu, British berhasrat untuk memberikan kerakyatan
kepada golongan imigran melalui prinsip jus soli kepada
golongan imigran ini atas nama rakyat Malaya Union.
- Hal ini bertujuan untuk membentuk taat setia golongan imigran
terhadap Tanah Melayu supaya pembangunan ekonomi dapat
diteruskan.
- Melalui kerakyatan tersebut, bangsa Malayan Union akan
terdiri daripada masyarakat Melayu sebagai golongan asal di
Tanah Melayu dan golongan imigran mempunyai taraf yang
sama sebgaai warganegara yang dijamin dalam Perlembagaan
MU.
5. Mengukuhkan pertahanan British

- Kemaraan mudah Jepun ke Tanah Melayu dalam Perang Dunia


Kedua menunjukkan pertahanan British di Tanah Melayu
adalah lemah dan mudah dibolosi.
- Hal ini kerana, kekuatan tentera British tertumpu di tempat-
tempat strategik sahaja terutamanya Singapura dengan
mengabaikan pertahanan di negeri lain.
- Contohnya, ketika Perang Dunia Kedua, pertahanan Tanah
Melayu di sebelah utara adalah lemah sehingga mampu
dibolosi oleh tentera Jepun dengan mudah.
- Oleh itu, penubuhan Malayan Union adalah bertujuan untuk
menubuhkan satu bentuk tentera yang berpusat dan tersusun di
Tanah Melayu dalam menghadapi sebarang ancaman.
REAKSI PENDUDUK TERHADAP MU
- Sambutan rakyat tempatan terhadap cadangan penubuhan MU
adalah berbeza-beza.
- Sebahagian besarnya telah menentang penubuhan MU
manakala sebahagian kecil yang lain menyokong penubuhan
MU tersebut.
- Penentangan masyarakat Melayu terhadap MU telah
menyaksikan satu gelombang penentangan yang besar yang
tidak pernah berlaku dalam sejarah di Tanah Melayu
sebelumnya.
FAKTOR PENENTANGAN
TERHADAP MU
1. Ancaman terhadap kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu

- Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa


mereka dikurangkan
- Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa
pentadbiran di tangan Gabenor mempunya kuasa veto (pembatal)
- Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan
maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam
menjadi pengerusi.
- Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak
keistimewaan tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri
mereka sendiri. Kehilangan Sultan akan menyebabkan status TM
bertukar menjadi tanah jajahan British.
2. Cara pemerolehan kerakyatan

- Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment


benci orang bukan Melayu terutamnya kaum Cina.
- Syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang
bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
- Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana
sebelum perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka
terarah ke negara asal masing-masing.
- Kerakyatan golongn imigran dilihat menghapuskan status quo
orang Melayu sebagai golongan majoriti di Tanah Melayu.
3. Ancaman terhadap kedudukan Islam

- Tindakan Gabenor Malayan union menjadi Pengerusi Majlis


Agama Islam telah membangkitkan kemarahan orang Melayu
- Hal ini ditambah pula dengan tindakan yang memberikan
kuasa kepada gabenor untuk memungut zakat atas nama
Gabenor Malayan Union sedangkan zakat adalah satu bentuk
ibadah dalam Islam.
4. Ancaman terhadap kedudukan orang Melayu

- Di bawah Malayan Union, semua rakyat adalah sama tanpa


mengira sama ada mereka merupakan rakyat asal di negara ini
mahupun olongan imigran.
- Hal ini adalah bertentangan dengan kenyataan bahawa Orang
Melayu memiliki keistimewaan disebabkan mereka adalah tuan
di Tanah Melayu.
- Malah, pemberian kerakyatan secara terbuka kepada golongan
imigran telah menghakis kuasa politik orang Melayu di Tanah
Melayu.
CARA PENENTANGAN TERHADAP
MU
1. Peranan Dato’ Onn
- Dalam menentang MU, Dato’ Onn Jaafar, Pegawai Daerah di
Batu Pahat yang juga merupakan salah seorang yang dekat
dengan kerabat diraja Johor telah menggesa semua pertubuhan
Melayu di seluruh Tanah Melayu bersatu agar mendapat
kekuatan dalam memelihara kepetingan orang Melayu
- Hasilnya, Dato’ Onn telah berjaya menyatukan persatuan-
persatuan Melayu di Johor di bawah Ikatan Melayu Johor dan
kemudiannya Gerakan Melayu Semenanjung.
• Dato’ Onn juga memainkan peranan penting bersama-sama
Persatuan Melayu Selangor bagi menjayakan Kongres Melayu
seMalaya sebagai respons terhadap usaha menentang MU.
2. Demonstrasi

- Tunjuk perasaan dan demonstrasi secara besar-


besaran juga telah diadakan di seluruh Tanah Melayu sebagai
tanda bantahan terhadap MU.
- Antaranya, Persatuan Melayu Kelantan telah berjaya
mengumpul 10 ribu orang Melayu ketika MacMichael tiba di
Kelantan dalam usaha mendapatkan tandatangan Sultan
Kelantan.
- Di Kedah, Persatuan Melayu Kedah berjaya menganjurkan
demonstrasi yang dihadiri hampir 15 ribu orang.
3. Peranan Akhbar

- Antara akhbar yang telah menyatakan penentangan mereka


terhadap MU termasuklah akhbar Utusan Melayu (Singapura),
akhbar Majlis (Selangor) dan akhbar Warta Melaya ( Pulau
Pinang)
- Akhbar-akhbar ini telah menyeru dan membangkitkan
semangat orang Melayu untuk menentang MU dengan
menjelaskan kesan-kesan buruk apabila MU diisytiharkan.
- Utusan Melayu telah mempertikaikan cara MacMichael
memperoleh tandatangan Sultan Melayu manakala Warta
Malaya menyeru orang-orang Melayu menubuhkan sebuah
pertubuhan kebangsaan bagi menentang MU.
• Menggesa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri memulau majlis dan
menarik diri dari sebarang perlantikan ke dalam mana-mana
jawatankuasa.
4. Kongres

- Sebagai tanda penentangan terhadap MU, satu kongres


tergempar diadakan pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur yang dihadiri oleh
pertubuhan-pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu.
- Antara ketetapan kongres dalam menetang MU ialah :

• Bersetuju menubuhkan UMNO dan membentuk satu


jawatankuasa yang terdiri daripada Dato’Onn, Dato’ Panglima
Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahamad Kamil dan Za’ba yang
ditugaskan untuk merangka Perlembagaan UMNO.
• Memulaukan upacara berhubung dengan MU.
• Berkabung selama 7 hari tanda bantahan terhadap MU degan
melilitkan kain putih pada songkok.
KESAN PENENTANGAN TERHADAP
MU
• Tentangan hebat masyarakat Melayu terhadap MU telah
menyebabkan Perdana Menteri Britain, Clement Atlee
menghantar dua orang wakilnya pada bulan Jun 1946 bagi
meninjau penentangan masyarakat Melayu ke atas MU.
• Hasil tinjauan mereka, telah mendapati tentangan hebat
masyarakat Melayu terhadap MU menyebabkan kerajaan
British bersetuju untuk mengkaji semula pelaksanaan MU di
Tanah Melayu.
• Hasilnya, satu Jawatankuasa kerja mulai 1946 dibentuk bagi
menggantikan MU yang diketuai Sir Malcolm MacDonald.
• Antara syor yang dikemukanakan oleh Jawatankuasa Kerja
terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
dibentuk termasuklah:

 MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu


 Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu dipulihkan
Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu akan dikembalikan
Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum-
kaum bukan Melayu.

You might also like