You are on page 1of 5

EKONOMI

Fungsi Bank Pusat

ANAS
BATRISYIA
SHUHADA
DANIESYA
1. MENGELUARKAN MATA WANG
-Bank pusat berkuasa untuk mengeluarkan mata wang, iaitu duit
syiling dan wang kertas serta mengawal bekalan wang dalam ekonomi.
-Semua mata wang yg dikeluarkan oleh bank pusat merupakn wang
sah.

2. JURUBANK KEPADA KERAJAAN


(a)Mengurus akaun kerajaan
-Bank pusat akan mengurus penerimaan hasil dan pembayaran
perbelanjaan kerajaan dgn mengeluarkan cek. Bank pusat juga
melibatkan diri dalam kegiatan pertukaran asing.
(b)Mengurus hutang kerajaan
-Apabila kerajaan berbelanja melebihi hasil, bank pusat akan
menguruskn pinjaman kerajaan. Bank pusat akan mengurus sumber
pinjaman kerajaan dri dlm negeri atau luar negeri.
-Pinjaman dlm negeri dibuat melalui penjualan bil perbendaharaan atau
surat jaminan kerajaan kpd institusi kewangan dan orang ramai.
-Pinjaman luar negeri dibuat melalui pinjaman antara kerajaan(pinjaman
pasaran)seperti pinjaman dgn kerajaan Jepun dan pinjaman projek
seperti pinjaman dgn Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia.
(c)Memberi pendahuluan kepada kerajaan
-Apabila kerajaan mengalami kekurangan dana, bank pusat akan memberi pendahuluan sementara
kepada kerajaan. Pendaahuluan ini mesti dibayar semula.

(d)Mengawal dan mengurus pertukaran asing


-Bank pusat memainkan peranan penting dlm urus niaga pertukaran asing antara pengimport dan
pengeksport. Emas dan cadangan mata wang asing disimpan di bank pusat. Bank pusat akan memastikan
kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dgn mata wang asing sentiasa stabil dengan mengawal
imbangan dagangan dan imbangan pembayaran.

3. JURUBANK KPD BANK PERDAGANGAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN


(a)Bank pusat sebagai penyimpan rizab
-Bank pusat akan menyimpan rizab berkanun dan rizab tunai bank perdagangan dan institusi kewangan
lain.
-Rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan dan institusi kewangan lain dalam bank
pusat pd kadar tertentu.
-Rizab tunai merupakan sejumlah wang tunai yg perlu disimpan berdasarkn jumlah deposit yg diterima
daripada org ramai. Rizab tunai boleh disimpan dalam bank itu sendiri, di dalam bank pusat atau
disimpan di dalam bank-bank lain.
(b)Menjelaskan hutang antara bank perdagangan
-Bank perdagangan & institusi kewangan lain diwajibkan membuka akaun penjelasan di bank
pusat. Ini bagi membolehkan cek dan hutang antara bank diselesaikan.

(c)Sumber pinjaman terakhir


-Bank pusat merupakan sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan apabila sumber
kewangan lain gagal diperoleh. Ia dilakukan dengan memberikan pinjaman bercagar atau
mendiskaunkan bil pertukaran.

4. MENGAWAL KESTABILAN NILAI MATA WANG


-Bank pusat akan memastikn mata wang tempatan mempunyai nilai sandaran emas dan pertukaran
asing. Bank pusat akan mengawal inflasi bagi memastikan nilai mata wang stabil.

5.MELAKSANAKAN DASAR KEWANGAN


-Bank pusat bertanggungjawab untuk melaksanakn dasar kewangan untuk mengawal inflasi dan
kemelesetan ekonomi. Dasar kewangan kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan akan dapat
memenuhi matlamat dasar makroekonomi bagi mencapai kestabilan harga, tingkat guna tenaga
penuh, pertumbuhan ekonomi dan imbangan pembayaran yang positif.
TERIMA KASIH

You might also like