You are on page 1of 27

BAB 1

PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANAN

“SOMETIMES WHEN YOU INNOVATE, YOU


MAKE MISTAKES. IT IS BEST TO ADMIT
THEM QUICKLY, AND GET ON WITH
IMPROVING YOUR OTHER INNOVATIONS”.
Steve Jobs
OBJEKTIF BAB
• Mengetahui sejarah dan asal-usul keusahawanan dari sudut pelbagai
bidang
• Mengetahui definisi usahawan dan keusahawanan daripada pelbagai
perspektif dan tokoh-tokoh terkemuka.
• Mengetahui kepentingan aktiviti keusahawanan dalam kehidupan
seharian kita
• Memberi takrifan mengenai siapa yang dikatakan sebagai usahawan
dengan disertai ciri-ciri tertentu
• Memberi takrifan mengenai siapa yang dikatakan sebagai usahawan
menurut perspektif Islam.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


PENGENALAN
• Usahawan dan keusahawanan adalah di antara istilah yang seringkali
disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu.
• Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut
bidang atau kefahaman individu masing-masing.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN
• Dari sudut pemikiran pengurusan, ianya lebih menjurus kepada sains
pengurusan dan proses membuat keputusan.
• Kemunculan semula bidang keusahawanan kini telah mengambil tempat
yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.
• Bank Dunia mula memperkenalkan bidang keusahawanan sebagai satu
galakan yang utama bagi ekonomi negara-negara membangun.
• Sumbangan kepada pendapatan negara.
• Mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan
yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru, teknologi
baru dan inovasi.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


KONSEP KEUSAHAWANAN
• Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi
keusahawanan.
• Tiada satu definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan.
• Berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud
memikul tugas atau mencuba.
• Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya
dalam pertengahan tahun 1970-an.
• Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan
manakala peniaga pula orang yang berniaga.
• Umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang
mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif
memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang
strategik untuk terus berjaya.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


KONSEP KEUSAHAWANAN
• Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish
dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang
memperkenalkan konsep keusahawanan.
• Kamus Webster's New World:
Seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, men
gandaikan risiko untuk demi keuntungan.
• Hull, Bosley dan Udel (1980) :
Individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada
dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.
• Meredith, Nelson dan Neck (1982):
Usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai
peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber
untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi
memastikan kejayaan.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN
KONSEP KEUSAHAWANAN
• Sexton dan Bowman-Upton (1991):
Satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun
sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya
mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi
dalam tempoh jangka masa panjang.
• Kao (1995)
satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif)
bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai
kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses
penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-
idea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnya melaksanakannya.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


KONSEP KEUSAHAWANAN
• Coulter (2000)
• Satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan
usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan
pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu
melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada
yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta
dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.
• Hisrich dan Peters (2002)
• Satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan
usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta
menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan
kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan
corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru,
pengorganisasian industri baru atau pengambilalihan sesetengah aktiviti
inovatif.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


KONSEP KEUSAHAWANAN
• Kuratko dan Hodgetts (2004)
• Satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat
dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh
jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Teori-Teori dan Model Keusahawanan (Mengikut ahli
ekonomi)
• Joseph A. Schumpeter - satu model keusahawanan dalam tahun 1934.
Menekankan inovasi atau ubahsuai merangkumi semua kegiatan atau
usaha yang membawa kepada satu pembaharuan.
• Alfred Marshall - satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan
dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Hayat sesebuah
perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya mati.
• Israel Kirzner - soal ketidaktentuan atau uncertainty. Usahawan itu
adalah berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala
peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Teori-Teori dan Model Keusahawanan (Mengikut ahli
sosiologi)
• MaxWeber- model keusahawanan pada tahun 1958 dengan
memasukkan elemen keagamaan . Weber menyatakan bahawa kejayaan
golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh
etika agama.
• EverettHagen - Teori bahawa proses melahirkan usahawan akan
berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati di dalam
sesebuah masyarakat. Layanan atau tekanan yang diterima. Teori
keusahawanan berdasarkan kepada kajian kes sejarah di negara Jepun,
Columbia, United Kingdom dan Rusia.
• Gibb and Ritchie – 1981- satu model keusahawanan yang dipanggil
model pembangunan sosial. Kandungan sebenar dalam model ini ialah
peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan
usahawan baru.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Teori-Teori dan Model Keusahawanan (Mengikut ahli
psikologi)
• Model Baka – usahawan sebagai seseorang yang mempunyai identiti
tersendiri iaitu dapat membezakan di antara usahawan dan bukan
usahawan. Pendokong utama model baka ini ialah McClelland, Lynn dan
Schrage.
• Teori kehendak pada pencapaian - Menurut Mc Clelland (1961),
melalui penyelidikan & penerbitan bukunya “ The Achieving Society”
(1961) individu yg ada kehendak pencapaian yg tinggi merupakan
golongan yg lebih suka mengambil tanggungjawab utk mencapai sesuatu
matlamat hingga berjaya dgn usaha sendiri.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


SEJARAH PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Pendidikan Keusahawanan di Malaysia
• Peranan kerajaan dan agensi swasta dalam kemajuan pendidikan serta
latihan keusahawanan secara formal di sekolah, kolej dan universiti.
• Di Malaysia terutamanya, minat kepada pembuat polisi dalam
menyediakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semakin meningkat
sejak tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI),Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan, Pertubuhan
Pengeluaran Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Malaysia (DpM),
SIRIM, permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank
Pembangunan Malaysia dan pelbagai pihak lagi.
• Membudayakan keusahawanan ialah melalui pengenalan program
keusahawanan di kedua-dua peringkat iaitu di sekolah dan universiti.
• Kebanyakan universiti tempatan telah menawarkan kursus
keusahawanan atau perniagaan kecil dan sederhana.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Pendidikan Keusahawanan di Malaysia
• Untuk menggalakkan pendidikan keusahawanan yang berkesan di
peringkat institusi pendidikan tinggi, beberapa cabaran perlu
dilaksanakan. Di antaranya adalah:
1. Menggalakkan penyertaan usahawan atau peniaga kecil dan sederhana
ke dalam proses keusahawanan di institusi pendidikan untuk menjadi role
model dan membuka peluang kepada pelajar dan pensyarah melihat
situasi sebenar.
2. Memberi peluang kepada pensyarah dan kakitangan melibatkan diri
dalam bidang keusahawanan, melakukan kesilapan, menjalani
eksperimen, diberi masa dan jadual yang fleksibel serta mencipta situasi
tidak menentu (uncertainty).
3. Membentuk mekanisme kepada pelajar yang tidak mempunyai latar
belakang keusahawanan agar mendampingi usahawan atau peniaga kecil
dan sederhana yang ada di sekitar tempat pengajian untuk tujuan
pembelajaran-tindakan (action learning).

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Pendidikan Keusahawanan di Malaysia
4. Menggalakkan persekitaran pembelajaran yang kurang berstruktur rigid
di samping menggunakan saluran komunikasi tidak formal.
5. Membentuk institusi pendidikan tinggi yang memberi penghargaan
kepada pelajar dan pensyarah mengikut keputusan, kreativiti dan inisiatif
masing-masing.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Keusahawanan Menurut lslam
• Keusahawanan merupakan_satu bidang kerjaya yang murni dan mulia
sebagaimana riwayat At-Tirmizi, daripada Abu sa‘id Khudriy r.a., Rasulullah s.a.w
bersabda:
• "AhIi perniagaan yang benar lagi jujur dibangkitkan bersama para Anbiya‘,
Siddiqin dan Syuhada'.
• Bidang keusahawanan tidak wajar disalahertikan dan dilihat hanya untuk
mengejar keduniaan semata-mata sebaliknya meninggalkan akhirat.
• Sejarah telah membuktikan bahawa bidang keusahawanan tidak diketepikan
dalam Islam malah Rasulullah s.a.w sendiri merupakan usahawan yang berjaya
sebelum diangkat menjadi Rasul
• Baginda telah mula mencari pengalaman dengan membantu siti Khadijah
menjalankan perniagaan di Mekah.
• Menjalankan perniagaan juga merupakan sebahagian daripada tugas khalifah
Allah.
• Islam menuntut agar peniaga sentiasa jujur, amanah, benar dan bertimbang"rasa
kepada orang lain.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN
Keusahawanan Satu Cabang Jihad dan Amal Soleh
• Dianggap sebagai jihad fi sabilillah.
• Menerusi bidang keusahawanan, usahawan berpeluang
memperbanyakkan amal soleh. Antara perkara yang boleh disifatkan
sebagai amal soleh dalam bidang keusahawanan ialah:
1. Mencipta produk yang dapat dinikmati manfaatnya berpanjangan
sehingga turun- temurun. Umpamanya penciptaan kenderaan, mesin dan
jentera
2. Memasarkan produk dengan efisien dan penuh keberkesanan kos serta
dengan memudahkan pemanjangan manfaat kepada seramai pengguna
yang mungkin. Umpamanya rangkaian kedai runcit dan pasar raya.
3. Menjana peluang pekerjaan dan sumber rezeki kepada anggota syarikat
dan tanggungan mereka.
4. Peluang peningkatan kerjaya dan berterusan meningkatkan pendapatan
untuk mereka yang terlibat.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Keusahawanan Satu Cabang Jihad dan Amal Soleh
5. Meningkatkan taraf hidup sehingga kehidupan menjadi lebih sempurna.
6. Memperteguhkan taraf ekonomi dan sosial serta meningkatkan maruah
bangsa, agama dan negara.
7. Menguatkan pertahanan ekonomi bangsa.
8. Membantu membina khairun ummah.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Garis Panduan Utama Keusahawanan dalam lslam
1. Melakukan apa yang disuruh
• Usahawan masih perlu melaksanakan amalan fardu seperti solat, puasa dan
sebagainya. Meskipun berhadapan dengan kesibukan dalam menguruskan
perniagaan, amalan yang wajib tidak harus ditinggalkan.
2. Menjauhi apa yang dilarang
• Amalan yang dilarang oleh Islam seperti riba dan gharar perlu dijauhi kerana
amalan sebegini menimbulkan kemudaratan dan menzalimi orang lain.
3. Mengamalkan sifat-sifat yang baik
• Seseorang yang ingin menjadikan keusahawanan sebagai ibadat perlu
mengamalkan sifat "mahmudah" dan menjauhi sifat "mazmumah" dalam
semua urusan.
4. Perancangan dan strategi perniagaan
• Usahawan perlu mempunyai perancangan strategi yang rapi dan mengatur
strategi yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN
Garis Panduan Utama Keusahawanan dalam lslam
5. Mengetahui hukum hakam perniagaan
• Usahawan perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu berkaitan hukum
muamalah agar aktiviti keusahawanan yang dijalankan tidak bercanggah
dengan peraturan muamalah Islam.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kesimpulan
• Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta
perspektif yang sangat luas.
• Konsep keusahawanan dan usahawan adalah satu bidang yang begitu
luas tafsiran menurut pelbagai perspektif serta pandangan tokoh-tokoh
terkenal.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

You might also like