You are on page 1of 30

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNYIKAN

SUKU KATA KV DAN MEMBACA GABUNGAN SUKU


KATA KV+KV DALAM KALANGAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN

PENYELIDIK :
MOHD SHAHRUL BIN SULIMAN

PENSYARAH PEMBIMBING :
CIK SITI FATIMAH BINTI SALLEH
Pengenalan
• Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang penting untuk
diperolehi walaupun kanak-kanak masih lagi berada pada peringkat awal.
Kebolehan berkomunikasi dan belajar melalui bahasa adalah satu ciri
unik manusia yang hidup bermasyarakat. Oleh itu, perkembangan bahasa
seorang kanak-kanak akan secara langsung mempengaruhi pertumbuhan
intelektual dan seterusnya menentukan kejayaan mereka.

• Gulliford (1972) dalam Koh (1980), yang menegaskan pertalian yang


rapat antara perkembangan bahasa seorang murid dengan pertumbuhan
pemikirannya kerana bahasa merupakan alat pendidikan yang terpenting
sekali. Tambahnya lagi, kerencatan dalam bahasa dan kesulitan
menguasainya merupakan satu punca kegagalan pembelajaran murid-
murid.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Lalu
• Semasa berpraktikum fasa III di sebuah sekolah daerah
Pasir Mas, Kelantan. Murid kurang memberikan
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

• Semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya dapati


murid sukar membunyikan suku kata KV dengan betul.
Malah murid juga sukar membaca gabungan suku kata
KV+KV melalui kad perkataan.

• Murid juga kelihatan bosan dan jemu untuk mengeja


perkataan berulang kali.
Fokus Kajian
• Fokus utama dalam kajian ini ialah meningkatkan
kemahiran membunyikan suku kata KV dan kemahiran
membaca gabungan suku kata KV+KV

• Saya telah mengenalpasti masalah melalui proses


pengajaran dan pembelajaran yang lepas dimana
masalah dalam membunyikan suku kata KV dan
membaca gabungan suku kata KV+KV amat ketara.

• Murid juga sukar untuk mengingat suku kata yang telah


dieja dan kurang memberi perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Dan Persoalan Kajian
OBJEKTIF

• Meningkatkan kemahiran membunyikan suku kata KV dalam


kalangan murid bermasalah pembelajaran

• Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dalam


kalangan murid bermasalah pembelajaran.

PERSOALAN

• Adakah kemahiran membunyikan suku kata KV dapat


ditingkatkan?

• Adakah kemahiran membaca perkataan KV+KV dapat


ditingkatkan?
Kepentingan Kajian
• Kepentingan kajian adalah untuk mengatasi
masalah yang telah difokuskan oleh pengkaji.
Antara kepentingan kajian ini ialah:

• Membantu murid meningkatkan kemahiran membunyikan


suku kata KV dan kemahiran membaca gabungan suku kata
KV+KV.
• Meningkatkan kemahiran berbahasa secara berperingkat.
• Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
Sorotan Literatur
Krick (1993) dalam buku Menjadi Guru Pendidikan Khas yang ditulis oleh K.A. Razhiyah
(2008) murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-
kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan
otot, tingkah laku sosial ataupun emosi dan sebagainya. Masalah dalam kemahiran membaca
yang sering dialami oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini ialah masalah dalam
mengenal dan mengecam abjad, menyebut abjad, membatangkan suku kata dan
membunyikan perkataan.

Dr. Syukri (2007) dalam kajian Sarah (2011) menyatakan ramai pelajar sama ada di
peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh membaca dengan
lancar. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru malah pada
peringkat pemimpin tertinggi negara kerana perkara ini boleh menjejaskan masa depan
generasi tersebut malah masa depan negara.

Menurut Raghir Kaur (2007), bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana
mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira mereka. Menurut beliau juga,
kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa
kepada pembelajaran. Proses bermain juga merupakan pembelajaran semula jadi bagi kanak-
kanak.
Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
• Untuk kajian tindakan ini saya telah memilih dan
mengadaptasikan model kajian tindakan Kurt Lewin (1946;
1948).

Mereflek Merancang

Memerhati Bertindak
Merancang (Planning)
Setelah masalah dikenalpasti seterusnya ialah
perancangan. Pada peringkat ini saya telah
merancang kaedah permainan Sneaky Si Ular bagi
meningkatkan kemahiran membunyikan suku kata
KV dan kemahiran membaca gabungan suku kata
KV+KV. Malah pada peringkat ini saya memilih
instrumen bagi mengumpul maklumat iaitu
pemerhatian melalui borang senarai semak.

Mereflek (Reflection)
Bertindak (Action)
Refleksi bertujuan melihat kekuatan dan
Pada peringkat ini saya telah melaksanakan
kelemahan kajian yang telah dijalankan. Refleksi
perancangan yang telah dirancang. Selain itu
juga membantu dalam melakukan
proses pengumpulan data dilakukan pada
penambahbaikan terhadap sesuatu perkara yang
peringkat ini menggunakan instrumen
perlu diperbaiki. Selain itu, saya juga boleh
pemerhatian melalui borang senarai semak bagi
menceritakan apa yang saya perolehi dari kajian
objektif 1 dan objektif 2.
ini serta mencadangkan kajian lanjutan.

Memerhati (Observe)
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan pemerhatian telah dibuat dengan
menggunakan borang senarai semak pemerhatian
dan temu bual dijalankan. Malah data dianalisis
pada peringkat ini.
Kumpulan Sasaran
• Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 2 orang murid
bermasalah pembelajaran yang berada dalam kelas yang sama.
Kedua-dua murid ini mempunyai masalah yang sama iaitu
masalah lembam.

Ciri-ciri lain
Nama Jantina Jenis masalah Kelas

Pendiam, tidak banyak

berinteraksi dengan rakan-


Peserta kajian A Lelaki Lembam 4 Seroja
rakan.

Rendah diri, pendiam

Peserta kajian B Lelaki Lembam 4 Seroja pemalu


Instrumen Kajian
Pemerhatian
• Pemerhatian ini dijalankan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku dengan menggunakan borang
senarai semak bagi menentukan skor pemerhatian
kedua-dua murid. Skor yang diperoleh akan dianalisis.

Temu bual
• Temu bual dilaksanakan di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran. Temu bual ini dilakukan bagi melihat
sejauh mana kaedah permainan Sneaky Si Ular mampu
menarik minat mereka untuk belajar.
Dapatan Kajian
• Perbandingan skor pemerhatian bagi objektif 1.
40

36
35 34

30
30
28

25 24
Skor Pemerhatian

22
Pemerhatian Petama
20
Pemerhatian Kedua
Pemerhatian Ketiga
15

10

0
Peserta Kajian A Peserta Kajian B
• Perbandingan skor pemerhatian bagi objektif 2.

40

36
35 34

30
30
28

25 24
Skor Pemerhatian

22
Pemerhatian Petama
20
Pemerhatian Kedua
Pemerhatian Ketiga
15

10

0
Peserta Kajian A Peserta Kajian B
Temu bual
• Temu bual dilaksanakan di akhir proses
pengajaran dan pembelajaran. Temu bual ini
dilakukan bagi melihat sejauh mana kaedah
permainan Sneaky Si Ular mampu menarik
minat mereka untuk belajar
Transkripsi 1

Soalan Pengkaji Jawapan

Awak suka atau tidak belajar Peserta Kajian A : Suko cikgu..

membaca dan membunyikan suku suko cikgu.. sebak ado ula.

kata KV dan gabungan suku kata Peserta Kajian B : Suko... suko...

KVKV ini? Kenapa? sebak ula ni banyok kala.


Transkripsi 2

Soalan Pengkaji Jawapan

Adakah awak berasa seronok belajar Peserta Kajian A : Seronok sebak banyok

membaca dan membunyikan suku kata bolih main denga cikgu.

KV dan gabungan KVKV ini? Kenapa? Peserta Kajian B : Seronok. Cikgu

ngajar sedak.
Transkripsi 3
Soalan Pengkaji Jawapan

Adakah awak ingin melakukan aktiviti Peserta Kajian A : Bulih cikgu bulih!

ini lagi? Bilo nak buak, loni ko?

Peserta Kajian B : Nok!


Transkripsi 4
Soalan Pengkaji Jawapan

Antara 3 intervensi yang cikgu Peserta Kajian A : Sayo suko hok

lakukan, aktiviti manakah yang paling maso nyusong bade ula. Sebak kala

awak suka? dio comey.

Peserta Kajian B : Sayo suko hok

maso main dam ula.


Transkripsi 5
Soalan Pengkaji Jawapan

Jika cikgu minta awak baca dan bunyikan suku Peserta Kajian A : Bulih cikgu. Nok tera.. nok

kata KV dan gabungan suku kata KVKV, tera jawak..

adakah kamu boleh jawab atau tidak? Peserta Kajian B : Bulih.. Bulih.. Bulih... Nok

Mahukan kamu membaca dan membunyikan tegha jawak..

suku kata KV dan gabungan suku kata KVKV  

berdasarkan kad imbas ini? ( Peserta Kajian A boleh membaca dan

membunyikan suku kata kv dan gabungan

suku kata kvkv dengan baik. Manakala peserta

kajian B pada tahap sederhana.)


Kesimpulan
• Objektif 1 dan objektif 2 yang diinginkan telah dapat dicapai dengan
jayanya.

• Hal ini dibuktikan dengan peningkatan semasa pemerhatian pertama


hingga pemerhatian ketiga proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Peningkatan dilihat pada pemerhatian pertama hingga
pemerhatian ketiga yang menunjukkan peningkatan ketara melalui skor
kedua-dua peserta kajian.

• Peserta kajian menunjukkan minat serta fokus semasa proses pengajaran


dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini membuktikan bahawa kaedah
bermain sambil belajar merupakan salah satu kaedah yang mampu
menarik minat peserta kajian untuk belajar.
Apa yang telah saya dapat
– Kemahiran membunyikan suku kata KV dan kemahiran membaca
gabungan suku kata KV+KV dapat ditingkatkan

– Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mudah


diterima oleh murid-murid pendidikan khas.

– Tugas saya sebagai guru dalam menjadikan suatu pengajaran dan


pembelajaran lebih berkesan dan memberikan keseronokan kepada
murid serta menarik minat murid berkeperluan khas ini untuk belajar.

– Saya memperolehi ilmu dalam bagaimana untuk menarik perhatian,


fokus serta minat murid untuk belajar dimasa depan kelak.
Cadangan Penambahbaikan Amalan

• Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti dalam kajian

saya ini:

– Pertama ialah berkenaan badan ‘Sneaky Si Ular’ dimana badan ular tersebut agak kecil dan

perlu penambahbaikan dari segi saiz agar memudahkan murid untuk mencantum badan ular

tersebut.

– Kedua ialah penambahbaikan dari segi saiz papan dam yang digunakan. Penambahbaikan

yang dicadangkan ialah papan dam tersebut dibuat dalam saiz seperti saiz sebuah tikar atau

‘banner’. Dimana melalui saiz dam yang besar membolehkan murid menggunakan

pergerakkan motor kasar dan motor halus secara serentak.


Cadangan Kajian Lanjutan
• Menggunakan kaedah permainan Sneaky Si
Ular bagi membantu murid yang sukar
mengenal huruf A hingga Z.

• Menggunakan kaedah permainan Sneaky Si


Ular untuk mengajar perkataan VKV atau
KV+KVK
Rujukan
SEKIAN,
TERIMA KASIH
“Cari badan Sneaky”

Dam Sneaky
Borang Senarai Semak Pemerhatian
(Objektif 1)
Borang Senarai Semak Pemerhatian
(Objektif 2)

You might also like