Bab8pemerkasaanpendidikan 140405160428 Phpapp02

You might also like

You are on page 1of 69

1

1) Memahami sejarah pendidikan komuniti


etnik sebelum merdeka.
2) Menerangkan dasar-dasar pendidikan yang
digubal sebelum dan selepas merdeka.
3) Menghayati kepentingan sistem pendidikan
sebagai alat memupuk perpaduan.
 Sebelum campurtangan pihak penjajah (British), komuniti Melayu, Cina
dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi.

 Dasar pecah perintah (British) – mengukuhkan lagi sisitem pendidikan


vernakular.

 Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga


peristiwa Malayan Union (1946)

 Peristiwa Malayan Union (1946) ~ pengukuhan usaha ke arah


pembinaan negara bangsa.
 Dua bentuk sekolah telah dibina di peringkat
awal:
 (1) Persekolahan secara tidak formal (sekolah

pondok) – bahasa Melayu dan bahasa (bahasa


pengantar).
 Sekolah ini membabitkan sekolah agama,

sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan


madrasah.
 Sukatan pelajaran pengajaran lebih menekankan
pembacaan al-Quran, al-Hadis dan hal ehwal
keagamaan yang dibiayai oleh individu tertentu.

 Sekolah ini bebas daripada pemantauan


kerajaan British dan turut menyediakan
pengajaran di peringkat rendah dan menengah.
 Pelajar cemerlang diberi peluang untuk

melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan


Mesir.
 Kedua - sekolah vernakular Melayu yang
didirikan oleh kerajaan British.
 Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa

pengantar.
 Tumpuan lebih kepada perkara asas seperti

membaca, mengira, menulis, ilmu


pertukangan, anyaman dan pertanian bagi
memenuhi kehendak kehidupan luar bandar
(Chelliah 1940).
 Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan
akan menyambung pelajaran
ke Maktab ke Perguruan
Sultan Idris (MPSI).

 Mereka tidak berpeluang menjawat jawatan


tinggi disebabkan kelayakan yang rendah
berbanding mereka yang berkelulusan
sekolah Inggeris.
 Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah

berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat


dalam pentadbiran British (Roff 1975).
 Penghijarahan komuniti Cina ke Tanah Melyu bermula sejak abad ke-3
Masihi.
 Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah
disebabkan aspek ekonomi (pencarian harta, kesusuhan kehidupan),
pergolakan politik, bencana alam dan populasi penduduk padat khususnya
di Selatan China (Lynn 1990; Purcell 1967).
 Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran
Konfusius (menekankan pendidikan peringkat
rendah dan tinggi) – majoriti komuniti Cina
mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di
negara baru yang diduduki mereka.

 Kepercayaan Konfusius ~ hanya menerusi


pendidikan dan harta, mereka mampu
mengubah nasib dan status ke tahap
lebih baik (Wang, 1991).
 Sebelum tahun 1900, komuniti Cina telah
menubuhkan sistem pendidikan tersendiri
yang lebih menjurus kepada pendidikan Cina
klasik.
 Sekolah vernakular Cina menerapkan nilai-
nilai kecinaan seperti bahasa Cina dikekalkan
sebagai bahasa pengantar, sukatan pelajaran,
guru dan buku teks adalah berdasarkan
negara China.
 Tujuan penubuhan sekolah berkenaan
adalah untuk mengekalkan identiti komuniti
Cina di Tanah Melayu agar tidak terpisah
dengan negara asal.
 Sekolah berkenaan ditubuhkan secara
persendirian dan dibiayai Persatuan Peniaga
Cina (Chinese Chambers of Commerce) dan
dilindungi oleh persatuan Cina (Huatuan).
 Sekolah itu juga turut menyediakan pelajaran
di peringkat sekolah rendah dan menengah
(Thock 2005).
 Sekitar tahun 1920-an, kebangkitan
semangat nasionalisme di China seperti
fahaman Kuomintang dan Komunis telah
meresap masuk ke Tanah Melayu menerusi
sekolah vernakular Cina.
 British bertindak tegas dengan menggubal
Enakmen Pendaftaran Sekolah bagi
membolehkan mereka mengawal pendidikan
vernakular Cina dan mengurangkan campur
tangan sepenuhnya dari Persatuan-
persatuan Cina.
 Justeru, bermula tahun 1924, sebahagian

besar sekolah berkenaan menerima bantuan


kewangan dan dipantau oleh kerajaan (Tan
1987; Chai 1977).
 Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu – semakin meningkat sekitar
tahun 1880-1890 – memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah
Barat – kebanyakan berasal dari Selatan India – terdiri daripada subetnik
Benggali dan Tamil (Chai, 1964).
 Komuniti India – tidak mempunyai dana
kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.

 Kebanyakan komuniti India enggan memasuki


sekolah vernakular Melayu walaupun telah
disediakan oleh Kerajaan British (Loh, 1975).

 Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan


oleh pihak pengurusan estet – penerapan nilai-
nilai ketamilan menjadi keutamaan.
Nilai-nilai ketamilan yang menjadi keutamaan:
 (a) Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
 (b) Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar
diambil dari India.

 Namun, dengan persekitaran yang serba


kekurangan dan lebih penekanan kepada sekolah
rendah – para ibu bapa telah kurang memberi
sambutan (Loh, 1975) –
 Kesannya: tiada peluang berjawatan tinggi dalam
pentadbiran British di Tanah Melayu.
 Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah
Melayu setelah penubuhan Penang Free
School (1816).
 Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh

Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa


pengantar utama.
 Kerajaan British telah mengambil alih sekolah

ini dengan tujuan mengeluarkan pegawai


tadbir rendah bagi memenuhi keperluan
kuasa pentadbiran British.
 Komuniti Cina dan India - kebanyakan yang
menetap di bandar berpeluang memasuki
sekolah vernakular Inggeris.

 Komuniti Melayu – golongan kelas atasan


lebih diberikan keutamaan berbanding kelas
bawahan untuk memasuki sekolah tersebut.
(Chelliah, 1940)
 Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan
universiti (dalam atau luar negara).

 Mereka juga boleh memegang jawatan


tertentu dalam pentadbiran British dan
dipandang tinggi oleh masyarakat.
Sehingga tahun 1920 - dua bentuk pendidikan
menjadi keutamaan British:

 (1) Pendidikan Inggeris disediakan oleh British


(free schools) dan golongan mubaligh Kristian
- Majoriti diberikan kepada kelompok Melayu
kelas atasan dan komuniti bukan Melayu.
 (2) Pendidikan vernakular difokuskan kepada
kelompok Melayu kelas bawahan -
ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh setelah
berjaya mendapatkan peruntukan kewangan
untuk membina Sekolah Vernakular Melayu di
Melaka, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada
tahun 1862.

 Sekolah berkenaan diasaskan mengikut dasar


pendidikan British di Negeri-negeri Selat
(Chelliah 1940).
 Sekolah ini lebih menumpukan kepada
perkara asas seperti membaca, mengira,
menulis dan pertanian bagi memenuhi
kehendak kehidupan luar bandar, tetapi tidak
berupaya memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi pada masa itu.
 Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan
Inggeris adalah berdasarkan sistem pendidikan
vernakular dengan menekankan empat bahasa,
iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

 Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan


komuniti yang berbeza mengikut etnik dan
budaya masing-masing.
 Tempoh pendudukan Jepun (1942-1945) -
bahasa Jepun digunakan sebagai bahasa
perantaraan dalam bidang pendidikan,
manakala sistem pendidikan berdasarkan
bahasa Inggeris dan Cina disekat.

 Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan


inisiatif untuk mengganggu sistem
pendidikan Melayu (Fennell 1968).
 Tempoh 1945 -1970 ~ peringkat ke arah
pemupukan semangat kesepaduan sosial dalam
bidang pendidikan.

 Namun usaha kurang berhasil kesan daripada


latar belakang budaya dan warisan peradaban
yang berbeza.

 Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem


pendidikan dan bahasa ibunda masing-masing.
Inti pati utama Dasar Cheeseman 1946
 (1) Peruntukan pendidikan peringkat rendah
secara percuma dan dibenarkan penggunaan
bahasa ibunda masing-masing.

 (2)Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada


peringkat rendah – yang berkelayakan boleh
meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.

 (3) Peluang pendidikan yang sama kepada


golongan wanita.
 Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan
British untuk merangka pendidikan tahap
universiti di Tanah Melayu.

 Matlamat penyatuan menerusi penggunaan


bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sukar dicapai kerana komuniti bukan Melayu
melihat langkah berkenaan dapat menggugat
kedudukan bahasa mereka.
 Komuniti Cina - berpendapat penekanan kuat
terhadap bahasa Melayu akan menggugat
kedudukan mereka di peringkat pengajian tinggi.
 Komuniti India - lebih menekankan kepentingan

bahasa Hindi ataupun bahasa Tamil untuk


diketengahkan di Jabatan Pengajian India.

 Kedua-dua komuniti berkenaan mengusulkan


agar bahasa dan sistem nilai budaya mereka
terus dilindungi (Fennell 1968).
 Komuniti Melayu - percanggahan pandangan
berlaku antara golongan berpendidikan
Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris.

 Lulusan daripada sekolah Melayu menolak


cadangan tersebut kerana tahap pendidikan
masih rendah.

 Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal


menjaga hak kebajikan komuniti Melayu.
 Bagi kelompok berpendidikan Inggeris,
cadangan berkenaan dipersetujui bagi
menyediakan komuniti Melayu dalam bidang
pentadbiran.

 Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan


agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu
untuk memasuki pendidikan Inggeris (Fennell
1968).
 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
ditubuhkan pada Januari 1949, dengan
matlamat untuk memupuk penyatuan dalam
masyarakat majmuk bagi membina sebuah
negara bangsa baharu yang merdeka.

 Ahli jawatankuasa diwakili oleh etnik yang


berbeza iaitu Dato’ Onn bin Jaafar (Melayu), Tan
Cheng Lock (Cina) dan Thuraisingham (India).
Kaedah Mencapai Perpaduan Yang Diusulkan
 (1) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib

diajar di sekolah rendah.


 (2) Sekolah kebangsaan ditubuhkan bagi

menyatukan komuniti etnik yang berbeza.


Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa perantaraan.
 (3) Bahasa ibunda masing-masing boleh

diajar.
 Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk

dicapai - setiap komuniti etnik masih


mempertahankan sistem pendidikan diwarisi.
 Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa
Laporan Barnes - ciri-ciri ke arah kesepaduan
sosial telah dibentuk oleh kerajaan.

 Pengerusi laporan - L.J. Barnes dari Universiti


Oxford.
 Matlamat - menyemak dan memperbaiki
bentuk pendidikan Melayu.
 Mencadangkan agar satu corak pendidikan

dirangka bagi memenuhi bentuk masyarakat


di Tanah Melayu.
 Hasilnya - penggunaan bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa


perantaraan di sekolah rendah bagi
memupuk semangat perpaduan dan integrasi
antara etnik.
 Laporan tersebut menganjurkan sekolah vernakular
dimansuhkan - digantikan dengan sistem pelajaran
kebangsaan sekolah rendah dan wajib
menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
 Peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal
digunakan sebagai bahasa pengantar (Fennell
1968).
 Laporan dilihat kurang berupaya memupuk
kesepaduan sosial antara komuniti etnik kerana
wujud penentangan daripada komuniti bukan
Melayu, terutamanya etnik Cina.
1) Menerangkan dasar-dasar pendidikan yang
digubal oleh kerajaan sebelum dan selepas
kemerdekaan.
2) Menjelaskan usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan untuk
menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik
di negara ini melalui sistem pendidikan.
3) Memahami cabaran dalam pendidikan dan
bahasa.
 Pengerusi Jawatankuasa Laporan Fenn- Wu
1951 - William P. Fenn, merupakan ahli
Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan
Wu Teh-Yao, pakar daripada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 Tujuan - menyemak semula sistem


pendidikan komuniti Cina.
Tiga usul Laporan Fenn- Wu 1951:

 (1) Mempertahankan kedudukan sekolah Cina


dan mendesak pihak kerajaan memberikan
bantuan kewangan.

 Rasional - pendidikan vernakular mampu


memberi sumbangan ke arah pembentukan
bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan
menggalakkan kesedaran kebangsaan.
 (2) Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu
bahasa terbesar dunia.
 Justeru- sekolah vernakular tidak boleh

dihapuskan sehinggalah komuniti Cina


merasakan pendidikan tersebut tidak diperlukan.

 (3) Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan


bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan dari
negara China kerana mereka telah pun mendiami
Tanah Melayu (Thock 2005).
 Laporan menunjukkan bahawa usaha untuk
menjadikan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem
pendidikan agak sukar.

 Keadaan berlaku kerana sentimen yang kuat


untuk mempertahankan bahasa masing-
masing begitu tinggi dan tindakan
sedemikian telah menyulitkan usaha ke arah
kesepaduan sosial.
 Tujuan digubal untuk menggantikan beberapa
laporan sebelumnya dengan menetapkan sama
ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris
sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah.

 Sekiranya jumlah pelajar bukan Melayu melebihi


15 orang - kemudahan disediakan untuk
menggunakan bahasa Cina dan Tamil.

 Manakala bahasa Inggeris digunakan di peringkat


menengah.
 Tujuan menjadikan sistem pendidikan sebagai
teras penyatuan adalah sukar kerana setiap etnik
berusaha memartabatkan warisan bahasa
masing-masing.
 Komuniti Melayu - penekanan terhadap bahasa

Inggeris dilihat akan menggugat kedudukan


mereka selaku penduduk asal - mereka mahukan
kerajaan mengangkat kedudukan bahasa Melayu.
 Komuniti Cina dan India menolak usul berkenaan

- dilihat akan menggugat bahasa dan budaya


diwarisi (Simandjuntak 1969).
 Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar
Pendidikan pertama setelah Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 Dasar ini lebih berpengaruh dalam


memartabatkan peranan bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan dan seterusnya
dalam pembinaan negara bangsa.
Laporan Razak 1956 mengusulkan:
 (1) Bahasa Melayu - bahasa pengantar di

sekolah rendah dan sekolah menengah.


 (2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan

menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan


bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
 (3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem

peperiksaan, latihan perguruan dan sistem


nazir yang sama.
 (4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses
pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu
dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua
pelajar.

 (5) Pendidikan dengan menggunakan bahasa


Melayu dilanjutkan ke peringkat menengah
dan universiti.
 Dengan laporan ini, sekolah vernakular
beransur-ansur berubah kepada sekolah
kebangsaan yang akan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.

 Walaupun timbul penolakan daripada komuniti


bukan Melayu, namun kerajaan bertolak ansur
untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda
di sekolah masing-masing (Fennell, 1968).
 Laporan Rahman Talib berperanan untuk
memantau Ordinan Pelajaran 1957 (Md Jadi
1990, Ong 2000).

 Laporan berkenaan telah diluluskan pada


bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam
Akta Pendidikan1961 pada Oktober 1961.
 (1) Bahasa kebangsaan - medium
perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan
bukan setakat di peringkat sekolah rendah
tetapi juga di peringkat menengah dan
universiti.

 (2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan


persekolahan, walaupun berbeza bahasa di
peringkat rendah dan menengah.
 (3) Memberi penekanan terhadap pendidikan
teknik dan vokasional.
 Tujuannya adalah untuk membuka peluang

kepada komuniti Melayu berkecimpung


dalam bidang berkenaan.
 (4)Memberi penekanan terhadap pendidikan

moral dan keagamaan bagi mengukuhkan


semangat saling menghormati antara etnik
yang berbeza.
Dua jenis sekolah rendah
(dibiayai oleh kerajaan)

 (1) Sekolah Kebangsaan


(Bahasa Pengantar - Bahasa Melayu)

 (2) Sekolah Jenis Kebangsaan


(Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin dan
Bahasa Tamil)
 Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah
pada keseluruhannya adalah sama.
 Cuma, sukatan pelajarannya sahaja yang

sedikit berbeza.
 Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di

Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah


berbanding dengan di Sekolah Kebangsaan.
 Pengekalan kepelbagaian struktur aliran
sekolah yang terdapat di negara ini lebih
kepada untuk menjaga kepentingan identiti
sesuatu masyarakat, yang merupakan khazanah
yang amat berharga bagi masyarakat
berkenaan.
 Pengekalan yang wujud tidak bermakna
struktur pendidikan masih berasaskan sistem
vernakular zaman kolonial Inggeris yang
mengguna pakai kurikulum mengikut negara
asal sesuatu etnik.
 Pengekalan sistem dan struktur pendidikan
jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil
daripada semangat tolak ansur dalam
kalangan pemimpin negara.
 Para pelajar yang tamat di peringkat sekolah
rendah khususnya dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) wajib ditempatkan
di kelas peralihan selama setahun sekiranya
mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan.
 Mengikuti kelas peralihan ini
merupakan satu proses
penyesuaian ke arah pemahaman
kepada asas bahasa dan budaya
kebangsaan.
 Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan:

1. Sekolah Menengah Harian


2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
3. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
4. Sekolah Kluster
5. Sekolah Teknik dan Vokasional
6. Sekolah Menengah Agama
7. Sekolah Seni dan Sukan.
 Pendidikan peringkat menengah - bahasa
pengantar utama - bahasa Melayu.

 Hak untuk meneruskan pembelajaran dalam


bahasa ibunda mengikut etnik seperti bahasa
Cina dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya
memenuhi syarat – maka pengekalan identiti
menerusi bahasa ibunda masing-masing
tidak akan terhakis.
 Kelas moral diwujudkan bagi pelajar bukan
Melayu menggantikan kelas agama Islam
yang diikuti oleh pelajar Melayu.

 Pada masa kini, Sekolah Berasrama Penuh


(SBP) termasuk Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) turut membuka ruang kuota kepada
pelajar bukan Melayu.
 Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira etnik
atau agama.

 Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah


sekolah rendah berlainan aliran akan
ditempatkan dalam kawasan yang sama.
 Setiap sekolah akan mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.

 Kebanyakan etnik Cina dan etnik India


membantah pelaksanaan Sekolah Wawasan
kerana mereka percaya bahawa Sekolah
Wawasan akan mengehadkan penggunaan
bahasa ibunda masing-masing di sekolah.
Matlamat Sekolah Wawasan

 (1) Mewujudkan perpaduan di kalangan


murid-murid pelbagai bangsa dan latar
belakang.

 (2) Memupuk semangat integrasi antara


murid-murid daripada pelbagai aliran.
(3) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu.

 (4) Menggalakkan interaksi yang maksimum


antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah.
Pilihan pelajar selepas menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah:
 (1) Tingkatan 6 ( tempoh dua tahun –

menduduki peperiksaan STPM)

 (2) Proram matrikulasi –mengambil masa


selama satu atau dua tahun.

 (3) Pengajian di peringkat diploma di pelbagai


institut pendidikan seperti politeknik.
 Terdapat dua kategori Institusi Pengajian
Tinggi iaitu :
1. Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
2. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

 Penubuhan universiti adalah selaras dengan


kehendak Perlembagaan yang meletakkan
Islam sebagai agama persekutuan dan hak
istimewa orang Melayu, seperti juga
kewujudan Sekolah Agama dan MRSM.
 Walau bagaimanapun kemasukan ke IPTA
adalah berasaskan meritokrasi iaitu satu
sistem yang membolehkan para pelajar
dapat bersaing secara sihat dan tiada etnik
yang akan mempertikaikan kemasukan
etnik lain ke institusi pengajian tinggi awam.
 Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan
di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap
menjadi kontroversi.

 Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong Jiao


Zong berkata sekolah vernakular sejak berpuluh
tahun lalu tidak pernah mengakibatkan
polarisasi kaum, malah telah mempertingkatkan
daya saing negara di peringkat antarabangsa.
 Kewujudan sekolah vernakular ini juga
dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan
kaum negara.

 Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang


mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan
pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul
dengan orang Melayu berbanding dengan para
pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.
 Kerajaan perlu mencari titik persamaan untuk
memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia.

 Persamaan itu hanya akan dapat dicapai


dengan memahami dan berkongsi matlamat
wawasan negara dalam kalangan rakyat dan
diterajui oleh barisan kepemimpinan
kerajaan.
 https://www.youtube.com/watch?v=qR1NNZv
LtvU

 https://www.youtube.com/watch?
v=yheGX1i2zik

You might also like