You are on page 1of 17

PERSPEKTIF TEORETIS : Fungsionalis

Auguste Comte - adalah seorang ahli falsafah Perancis yang mana hasilan kajian
beliau selalu dirujuk bag doktrin positivisme dalam kajian masyarakat moden.

Comte mengembangkan falsafah positivis dalam usaha untuk mengatasi


kecelaruan sosial yang disebabkan oleh Revolusi Perancis - satu peralihan dari
masyarakat feudal kepada masyarakat kapitalis (bentuk masyarakat yang baru).

Fungsionalisme merupakan satu perspektif teoretis yang menafsirkan


masyarakat secara keseluruhan dari segi fungsi institusi-institusi moden yang
berkembang dengan begitu pesat pada abad ke 18. 

Satu latar belakang yang penting ialah tumpuan perspektif Fungsionalisme lebih
memberi perhatian kepada institusi-institusi yang unik dan berkembang untuk
masyarakat kapitalis perindustrian – kewujudan masyarakat massa semasa
Perindustrian Revolusi ke 2.
PERSPEKTIF TEORETIS : Fungsionalis
• Persoalan pokok yang menjadi fokus ialah bagaimana untuk
mengekalkan orde sosial

• Mengandaikan bahawa masyarakat sebagai satu sistem yang


mengandungi bahagian/unit yang saling berkait/bergabung.

• Setiap bahagian mempunyai fungsi berbeza, tetapi bertindak


bersama-sama.

• Institusi, seperti keluarga, pendidikan, agama, media dan


keselamatan adalah bahagian dalam sistem sosial, dan
bertindak untuk mengekalkan orde atau keteraturan.
PERSPEKTIF TEORETIS Fungsionalis: Émile
Durkheim
Sistem dan Bahagian-bahagiannya
• Setiap bahagian, menjalankan fungsi yang berbeza,
berkerjasama mengekalkan kestabilan keseluruhan
sistem.

• Sarjana fungsionalis, berminat bagaimana setiap


bahagian memainkan peranannya kepada
kelangsungan sesebuah sistem sosial. Persoalan yang
sering ditanya ialah “apakah fungsi
bahagian/tersebut”
PERSPEKTIF TEORETIS Fungsionalis: Émile
Durkheim
• Integrasi setiap bahagian penting. Apabila setiap
bahagian bekerja sama, keseimbangan akan
wujud dan orde keseluruhannya akan tercapai.

• Fungsi asas setiap bahagian ialah memastikan


konsensus.

• Struktur sosial mempromosi integrasi, stabiliti,


konsensus dan keseimbangan.
Functionalism | Society and Culture | MCAT | Khan Academy

https://www.youtube.com/watch?v=-83vVeSC2_g&t=12s
Émile Durkheim: 2 jenis fungsionalisme
• Fungsionalisme nyata (manisfest functionalism) sebarang fungsi
institusi atau gejala sosial lain yang dirancang dan disengajakan.

• Fungsionalisme terpendam (latent functionalism) merujuk kepada


sebarang fungsi institusi atau gejala sosial lain yang tidak
disengajakan dan sering tidak dikenalpastikan.

• Sebagai contoh, sekolah, media, agama ….

• Masalah/kepincangan (perpecahan, ketidakstabilan, persaingan dan


ketidakseimbangan) berlaku kerana ada bahagian tidak menjalankan
fungsi nyatanya.
Charles Wright (1960): Media
• Perspektif/Analisis functionalis adalah untuk
menguji/meneliti akibat fenomena sosial yang memberi
kesan kepada operasi normal, penyesuaian, atau
pengubahsuaian sistem yang sedia ada: samada individu,
kumpulan kecil, sistem sosial dan kebudayaan.

• Objek untuk kajian selalunya merupakan satu


standard/corak yang berulang seperti peranan sosial,
corak/budaya institusi, proses sosial, corak budaya,
kebiasaan sosial, kumpulan, organisasi, kawalan sosial,
struktur sosial dsg.
Menurut Charles Wright (1960)
• Persoalan pokok: apakah kesannya– bagi
individu, kumpulan kecil, sistem sosial dan
budaya – dengan kewujudan satu bentuk
komunikasi yang bersifat heterogenus
(berbeza-beza), penonton anomin yang
berkembang dengan cepat dan secara
terbuka, menggunakan institusi formal media
yang kompleks dan berkembang.
Perspektif Fungsionalis
• Perspektif Fungsionalis melihat peranan sosial yang
dimainkan atau perubahan yang dibawa oleh
komunikasi massa. Sebagai contoh, persoalan yang
selalu dikemukakan adalah tentang fungsi
suratkhabar? Fungsi filem/sinema? Fungsi dan
impak televisyen? Ataupun fungsi internet? Fungsi
media sosial? Adakah keperluan manusia,
organisasi atau sosial-budaya telahpun dipenuhi
dengan adanya sistem berkomunikasi yang komplek
ini?
Menurut Charles Wright (1960),
4 fungsi utama komunikasi –

• Pengawasan terhadap persekitaran (surveillance – news)


• korelasi satu bahagian masyarakat untuk bertindak balas
dengan persekitaran (correlation – editorial activity/
propagadist)
• pemindahan warisan sosial dari satu generasi ke
generasi yang lain (cultural transmission).
• Hiburan (entertainment)
• Pengawasan terhadap persekitaran – pengumpulan
maklumat yang tertentu berkenaan sesuatu persekitaran
(samada luaran dan dalaman) untuk penyebaran.

• Korelasi satu bahagian masyarakat untuk bertindak balas


dengan persekitaran - pentafsiran maklumat mengenai
persekitaran dan preskripsi untuk kelakuan tindak balas
kepada peristiwa-peristiwa tersebut – selalunya bersifat
propagandis dan editorial.

• pemindahan warisan sosial dari satu generasi ke generasi


yang lain – selalunya dikaitkan dengan pendidikan.
Menurut Charles Wright (1960),
• Memang keempat-empat fungsi ini wujud
sejak dulu, tetapi, yang harus diberi perhatian
ialah –

• Persoalan: Apakah kesannya kalau fungsi-


fungsi ini diambil alih oleh komunikasi massa
yang berkembang dengan cepat and berubah-
ubah dari semasa ke semasa?
Kritikan terhadap Fungsionalisme
Kepincangan (Dysfunctional)

• Perspektif yang melihat kepada kesan daripada


keruntuhan dalam orde sosial. Ia merujuk kepada kesan
negatif yang mengganggu perjalanan dan kelancaran
sistem.

• Ia juga bermaksud sesuatu fenomena sosial boleh


berfungsi di dalam sesuatu persekitaran dan menjadi
disfungsional/pincang di dalam persekitaran yang berbeza.
Kritikan terhadap Fungsionalisme

1. Menolak perubahan
Manusia dan masyarakat bukan organisme biologikal. Sistem sosial
boleh berubah

2. Fungsionalisme bersifat konservatif


• Perubahan sering ditanggapi sebagai negatif. Andaian bahawa
setiap bahagian/unit saling bergantungan di antara satu sama lain
di dalam satu sistem sosial, mengubah mana-mana bahagian
memberi impak kepada seluruh sistem sosial tersebut.
Kebimbangan mengenai berlakunya kecelaruan (disorder) memberi
justifikasi kepada mempertahankan status-quo.

You might also like