You are on page 1of 12

AYAT TUNGGAL SUSUNAN BIASA,

AYAT SONGSONG

TATABAHASA
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen iaitu


SUBJEK dan PREDIKAT. Ayat tunggal
mempunyai dua bentuk susunan iaitu:
1. Susunan biasa
2. Susunan Songsang
AYAT TUNGGAL
SUSUNAN BIASA
Ayat tunggal susunan biasa
mempunyai unsur subjek
mendahului unsur predikat.
CONTOH AYAT TUNGGAL SUSUNAN BIASA
SUBJEK PREDIKAT

1. Guru itu telah memenangi hadiah pertama.


2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
3. Negeri-negeri Pantai Timur masyhur dengan perusahaan kerajinan tangan.
4. Penyalahgunaan dadah melemahkan tenaga pekerja kilang itu.
5. Setengah-setengah bangunan lama itu masih kukuh lagi.
Ayat tunggal Susunan Songsang mengalami proses penjudulan atau
pendepanan ke atas unsur predikat sehingga unsur predikat, sama ada
keseluruhannya atau sebahagiannya, dikedepankan mendahului unsur
subjek. Ada dua jenis pendepanan yang boleh berlaku terhadap predikat
iaitu:
1. Pendepanan seluruh predikat
2. Pendepanan sebahagian daripada predikat

AYAT TUNGGAL SUSUNAN SONGSANG


PENDEPANAN SELURUH
PREDIKAT

Pendepanan seluruhan predikat ialah proses yang


meletakkan seluruhan predikat di hadapan subjek.
CONTOH AYAT PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT

PREDIKAT SUBJEK

1. Cemerlang sungguh keputusan peperiksaan sekolah kita pada tahun


ini.
2. Untuk ibu bapa saya semua barangan di dalam kotak ini.
3. Guru yang sangat kami sanjungi Puan Khairiah.
4. Angkasawan pertama Negara kita lulusan bidang perubatan.
PENDEPANAN SEBAHAGIAN DARIPADA
PREDIKAT

Pendepanan sebahagian daripada predikat ialah proses yang meletakkan


bahagian-bahagian tertentu daripada predikat mendepani subjek. Ada tiga
bahagian predikat yang boleh dikedepankan iaitu:
1. Pendepanan frasa adjektif
2. Pendepanan frasa kerja
3. Pendepanan frasa sendi nama
SEKIAN, TERIMA
KASIH..

You might also like