You are on page 1of 16

KONSEP ASAS NILAI

KUMPULAN 3
ANNIE TAN JING NI
WOO GUI XUAN
TAN KAI YI
NILAI OBJEKTIF
• Nilai objektif merujuk kepada kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas
daripada pilihan peribadi.
• Nilai ini merupakan bentuk nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan satu set
kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.
• Contoh 1: Kegiatan pemerdagangan manusia perlu dibanteras. Jika dianalisis dari
contoh ini didapati wujud kriteria nilai, iaitu kegiatan pemerdagangan perlu ditolak.
Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa kegiatan ini perlu dihapuskan bagi
kesejahteraan manusia.
• Contoh 2: Perhambaan buruh kanak-kanak melanggar hak asasi manusia. Orang
perseorangan atau mana-mana organisasi yang menjadikan kanak-kanak sebagai
buruh paksa adalah salah. Semua orang bersetuju bahawa kriteria nilai menjadikan
kanak-kanak sebagai buruh paksa adalah melanggar nilai kemanusiaan.
NILAI SUBJEKTIF
• Nilai subjektif boleh didefinisikan sebagai pandangan seseorang tentang sesuatu perkara
berdasarkan persetujuan atau penolakan sesuatu nilai atas sebab suatu peristiwa. Pandangan
ini bersifat dalaman yang terhasil dari pemikiran sedar dalaman seseorang individu.
• Nilai subjektif boleh memberi gambaran terhadap minat, keinginan dan harapan terhadap
kualiti nilai yang dibincangkan.
• Contoh 1: Isu hukuman rotan pelajar di khalayak ramai. Terdapat pihak yang mencadangkan
supaya hukuman rotan di khalayak ramai dikuatkuasakan kembali bagi memberi pengajaran
kepada murid yang membuat salah dan pengajaran kepada murid lain. Namun begitu, ada
pihak tidak bersetuju dan berpendapat bahawa hukuman rotan akan memberikan kesan
negatif, seperti memalukan pelajar dan melanggar hak asasi kanak-kanak.

Contoh ini menunjukkan dua isu nilai, iaitu satu pandangan hukuman rotan untuk
mendidik tetapi di satu pihak melihat hukuman ini merupakan tindakan yang memberi kesan
negative kepada murid.
• Contoh 2: Penggunaan buku teks di Institut Pendidikan Guru bagi mata pelajaran
Ilmu Pendidikan. Jika dilihat dari satu sudut, didapati penggunaan buku teks ini
akan memudahkan guru pelatih untuk belajar dan membuat latihan. Namun
begitu, didapati penggunaan buku teks menjadikan guru pelatih malas untuk
membaca dan mencari rujukan daripada buku lain bagi tujuan menghadapi
peperiksaan dari sudut lain, kerana mereka terlalu bergantung kepada buku teks.
Contoh ini menjelaskan dua nilai yang berbeza, iaitu buku teks sebagai alat
untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Satu pendapat pula
melihat ia memberi kesan yang negative terutama menjadikan pelajar kurang
inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan.
• didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai
itu sendiri merupakan matlamat akhir.

• Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat


baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.

• Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order


value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan
NILAI sebagainya.
INTRINSIK
• Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah
menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan.

• Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan


amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan.
Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam
Contoh Biru.
Dia menjadi pengadil dalam pertandingan banner
Nilai antara kelas.
Intrinsik Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi
markah yang tinggi kepada kelas mereka atas
statusnya.
Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia
menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa
dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya.
Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja
supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal
Zaini sedang menunggu bas di sebuah pondok bas.
Contoh Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam
keadaan takut dan menyembunyikan diri di
Nilai belakang pokok.
Intrinsik Kemudian, terdapat tiga orang pemuda garang
muncul dan bertanya kepada Zaina sama ada
ternampak gadis itu.
Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah
menaiki teksi beberapa saat yang lalu.
Tindakan Zaini ini adalah ingin menolong gadis
melepaskan diri daripada kesusahan.
Contoh ini dapat menerapkan nilai menghulur
bantuan dengan tanpa keraguan dalam kalangan
remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja
supaya mereka mengetahui bahawa kadang-kala
pembohongan juga boleh membantu orang.
• Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang
memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat.
• Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat
mencapai sesuatu matlamat.
• Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua
(second order value), misalnya berani, rajin, dan
NILAI hormat-menghormati.
INSTRUMENTAL • Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian
/EKTRINSIK kepada apa yang dilaksanakan serta membentu
adalam menunjukan arah dan menjadi penentu
dan dalam membuat pilihan dan tindakan.
• Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh
beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Albert suka membantu rakan-rakannya
Contoh menyelesaikan masalah matematik
Instrumental/ bukannya mengharapkan sebarang balasan
daripada rakan-rakannya tetapi untuk
Ektrinsik memantapkan kemahirannya dalam
menyelesaikan masalah matematik pada
diri sendiri.
Contoh ini dapat membantu remaja
mengamalkan nilai baik dan diberi
pengetahuan bahawa memberi bantuan
juga boleh mendatangkan kelebihan pada
diri sendiri.
Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang pelajar yang
gagal dalam Bahasa Cina.
Contoh Akan tetapi, sekirannya dipandang secara positif bagi
Instrumental/ tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk
meningkatkan semangat memajukan diri dan
Ektrinsik mengharapkan prestasinya akan bertambah baik pada
ujian yang akan datang.
Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat
niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki
atau benci antara murid dengan guru.

Selain itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah


mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok
demi menjaga tatatertib para pelajar.

Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah


laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai
moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.
FUNGSI NILAI
Sebagai Halangan/ Peraturan Yang Ditetapkan
Supaya Seseorang Individu Serta Masyarakat
Mematuhinya
• Batasan kepada perlakuan/ tingkah laku
• Mengelakkan individu melibatkan diri dalam perlakuan negatif.
• Contoh 1: Murid perlu sentiasa menghormati dan mematuhi arahan guru
• Contoh 2: Adap kepada ibu bapa
• Contoh 3: Setiap individu perlu sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa.
Sebagai Kriteria / Piawai (Standard) Yang Konsisten
Dan Kukuh Untuk Bertindak Supaya Tindakan
Baik, Betul Dan Boleh Diterima
• Membenarkan individu dan masyarakat menjadi agen dan penkritik moral
• Setiap individu adalah sama di bawah piawai yang konsisten.
• Membantu setiap individu untuk membezakan perkara yang betul dan salah.
• Contoh: Undang-undang dadah di Malaysia. Ia berfungsi menjadi Batasan
supaya masyarakat sentiasa mengamalkan nilai yang baik berkaitan dadah. Hal
ini dapat mengelakkan kes penyalahgunaan dadah berlaku.
Sebagai Panduan, Rujukan Dan Tunjuk Arah Untuk
Merealisasikan Konflik Moral
• Suatu panduan dari nilai sendiri untuk menyelesaikan konflik.
• Contoh: Zabidi perlu membuat keputusan sama ada mengutamakan kerjaya atau
menjaga ibunya yang sakit. Dengan adanya nilai, Zabidi sedar bahawa beliau
mempunyai tanggunjawab untuk menjaga ibunya. Dengan itu, Zabidi dapat
membuat keputusan untuk menjaga ibunya.
Menjadi Piawai Untuk Mengukur Elemen
Pengekalan Ketamadunan Sesebuah Masyarakat
• Pelbagai perubahan nilai berlaku terhadap manusia namum nilai baik dan buruk
tetap sama walaupun berlaku perubahan.
• Contoh 1: Nilai menghormati orang tua (+)
• Contoh 2: Nilai kehidupan berkeluarga (+)
• Contoh 3: Merompak dan mencuri (-)
• Contoh 4: Membunuh anak perempuan (-)
TERIMA KASIH

You might also like