You are on page 1of 11

AL-QURAN SUMBER UTAMA

TAMADUN ISLAM
SEJARAH TAMADUN ISLAM
Definisi
• 114 surah,30 juzuk,60 hizb,6666 ayat.
• Maksud al-Quran dari segi bahasa :”bacaan”
• Dari segi istilah : kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya.
Nama dan Sifat Dalam Al-Quran
Antara nama-nama al-Quran ialah;- 
Al-Kitab(tertulis) – al-Quran wahyu Allah yang tertulis dan terkumpul.
Al-Tanzil(penurunan) – al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah
SWT. 
Al-Mushaf(helaian) – al-Quran dihimpun dan ditulis dalam bentuk helaian.
~Antara sifat-sifat al-Quran ialah;-
• al-Nur[bercahaya] 
• al-Huda[petunjuk] 
• al-Busyra[berita gembira]
• Syifa’[penawar]
Al-Quran Sebagai Mukjizat
• Maksud mukjizat(ajaza’) dari segi bahasa ialah lemah.dari segi
istilah pula ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat
melemahkan manusia dan diluar kemampuan mereka.
• Mukjizat terbesar ialah al-Quran yana merupakan kalam Allah
yang melemahkan musuh yang menentangnya.
• Isi kandungan al-Quran tidak pernah bercanggah dimana ayat
atau surah saling hubung kait antara satu sama lain
Al-Quran Sebagai Wahyu
• Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bentuk
wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril.
• Ketika menerima wahyu Nabi Muhammad mengalami pelbagai
keadaan dan pengalaman ,antaranya;-
• Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang
mengucapkan kata-kata kepadanya sehinggalah baginda
mengetahui dan menghafalnya.
• Malaikat menjelmakan dirinya dengan rupanya yang asal.
Sejarah Ringkas Turunnya Al-Quran
• Diturunkan secara beransur-ansur dalam masa lebih kurang 23
tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

• Para ulamak bersependapat menyatakan wahyu atau ayat


pertama yang diturunkan.

• Kepada Nabi Muhammad ialah 5 ayat daripada surah al-‘Alaq


(ayat 1-5).
Hikmah Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-Ansur
Supaya ia lebih mudah untuk di fahami dan dilaksanakan .
• Diantara ayat-ayat al-Quran ada yang “nasikh” dan yang “mansukh” iaitu sesuai dengan kemaslahatan.
• memudahkan proses penghafalan.
• Dari segi masa penurunannya,al-Quran dibahagikan kepada 2 fasa iaitu;-
1)Ayat-ayat makiyyah – yang diturunkan di Makkah iaitu sebelum penghijrahan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah.
2)Ayat-ayat madaniyyah – yang diturunkan di Madinah iaitu selepas penghijrahan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah.
• Antara perbezaan ayat-ayat makiyyah dan madaniyyah ialah;-*ayat makiyyah >pendek
• mengandungi hal-hal berkaitan keimanan,ancaman dan pahala.
• ayat madaniyyah>panjang.
• mengandungi hukum hakam dan kemasyarakatan.
Pengumpulan,Penulisan Dan Pembukuan Al-Quran
A) Zaman Rasulullah SAW
• pengumpulan:kaedah penghafalan
• penulisan:bergantung kepada kebenaran Nabi Muhammad serta dengan cara dan
peralatan yang sesuai(contohnya seperti kulit-kulit binatang)
• pembukuan:tidak tersusun dan teratur (tidak dihimpun dalam satu mashaf)
B) Zaman Umaiyyah dan sekarang
• pengumpulan:melengkapkan al-Quran dengan tanda-tanda bacaan bagi memudahkan
bacaan.
• penulisan:mengandungi tanda-tanda wakaf dan sebagainya.Bentuk penulisan yang
digunakan ialah khat kufi,khat Raihani,khat Thuluth,dan khat Nasakh.
• pembukuan:mashaf al-Quran yang ditulis dalam khat Nasakh telah dicetak buat
pertama kalinya.
Keistimewaan Al-Quran

• Diwahyukan kepada Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada semua


kitab sebelumnya.
• Al-Quran merupakan kitab suci terakhir dimana segala isi kandungannya
bersesuaian dengan semu keadaan,tempat dan masa.
• Ia diturunkan secara beransur-ansur bagi memudahkan proses
pembacaan. ~Al-Quran mempunyai susunan dan gaya bahasa yang
menarik .Selain itu ia juga merupakan sumber rujukan dan jalan
penyelasaian yang terbaik kepada semua masalah yang dihadapi oleh
manusia sejagat.
Kandungan Al-Quran
A) Tauhid

• Manusia diperintahkan supaya menyembah Allah SWT semata-mata


yakni tidak mensyirikkannya.Tanpa tauhid nescaya manusia berada
didalam kesesatan.Para nabi dan rasul diutus bagi mengejar dasar-dasar
tauhid dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup didunia dan
akhirat.

B)Janji dan ancaman Allah SWT


• Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat kepada
setiap orang yang beriman dan mematuhi segala perintahNya.Allah SWT
mengancam sesiapa yang ingkar kepada perintahNya dan mereka yang
memusuhi para nabi serta rasulnya dengan azab yang pedih.
Sambungan
C) Ibadah
• Konteks ibadat dalam islam sangat luas kerana ia tidak terbatas kepada
upacara ritual semata-mata.Semua aktiviti yang dilakukan dengan niat
bagi mendapat keredhaan Allah dikira ibadat.
D) Jalan dan cara mencapai kebahagiaan
• setiap orang yang beragama pasti berhasrat mencapai kebahagiaan
hidup didunia dan akhirat.Oleh itu Allah memberi petunjukNya menerusi
al-Quran dengan cara menghayati segala ajaran yang disyariatkan.
E) Kisah-kisah dan sejarah umat terdahulu
• supaya menjadi iktibar dan pengajaran kepada umat Nabi Muhammad
tentang balasan bagi umat manusia yang taat dan yang ingkar.

You might also like