You are on page 1of 17

MUHAMMAD

Frasa Adjektif NUR ALYAA


TASNIM
SAIFUDDIN
MUHAMMAD
DANIEL EMMELDHA
AIMAN JASSIEDA

NIK
MUHAMMAD
NIK NOR
ZIKRIN
SYUHADA
Frasa Adjektif

• Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri


daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
• Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa
tersebut.
• Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
• Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata
nama
Unsur pengisi frasa adjektif :
1. Binaan satu perkataan
2. Binaan dua perkataan (kata adjektif + kata adjektif) & (kata adjektif +
kata nama)

Binaan satu perkataan: Terdiri daripada satu kata Binaan satu perkataan: Terdiri daripada perkataan
dasar. berimbuhan.
Contoh: Rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, Contoh: Sepandai, kemerahan dan sekuat..
sederhana dan cemas. Contoh ayat: 1. Muka pengantin itu kemerahan
Contoh ayat: 1. Hati mereka cemas. 2. Awie tidak sekuat John.

2. Budak itu nakal.


3. Gelas situ kosong.
Binaan dua perkataan (kata adjektif + kata adjektif)
 Menekankan unsur keserasian makna.
 Mempunyai makna yang berlawanan.
 Digunakan oleh sebab unsur rima untuk mengindahkan bunyi.

Keserasian makna
Contoh: Riang gembira, letih lesu, lemak manis, kurus kering, penat lelah dan cantik molek.
 
Makna berlawanan
Contoh: Tinggi rendah, baik buruk, miskin kaya, kecil besar, pahit manis dan tua muda.
 
Keindahan bunyi:
Contoh: Tinggi lampai, gemuk gedempol dan kaya raya.
Binaan dua perkataan (kata adjektif + kata nama)

 kata adjektif sebagai inti frasa dan kata nama sebagai


penerangnya
 digunakan untuk membawa maksud keserupaan dan kiasan

1. Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan. Contoh: merah jambu, hijau daun dan biru
laut

2. Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Contoh: Panjang tangan, besar kepala dan
ringan tulang.
Unsur penguat dalam frasa adjektif

Penguat Bebas
Penguat hadapan Penguat belakang
- Perkataan yang
03
- perkataan yang - Perkataan yang
0 kedudukannya bebas sama
terletak di belakang
terletak di hadapan
2 ada di hadapan atau di
01 kata adjektif
-
kata adjektif
Contoh:
belakang kata adjektif
- contoh: - Contoh:
i. Perangai budak itu baik
i. Budak kecil itu i. Pemandangan di pantai itu
sekali.
terlalu nakal. ii. Kereta api itu lambat amat indah.
ii. Masakan ibunya benar. ii. Pemandangan di pantai itu
paling sedap. indah amat.
Nota tambahan

Dua unsur penguat boleh hadir secara berderetan sebelum kata adjektif.
Contoh:

1) Suaranya sungguh amat merdu.


2) Perangainya sungguh kurang sopan.
3) Bisanya terlalu amat pedih.
Kata bantu dalam frasa adjektif

Kata bantu Contoh ayat


Sudah Anak Akim dan Stacy sudah besar

Belum Dia belum cerdik lagi

Masih Anak Pattah dan Azura masih kecil

Semua pegawai harus pandai dalam


Harus
menyelesaikan masalah
Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat

 Anak-anak jiran saya belum bersekolah kerana masih amat


kecil.
 Kami dapat mengejar Ali kerana dia belum terlalu jauh.
 Pemain itu belum sangat pandai kerana belum lama dilatih.
 Kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat.
 Buah yang diperam itu tentu sudah masak.
 Sesudah mengikuti latihan berkali-kali, mereka benar telah
pandai.
Susunan Frasa" Adjektif dalam Ayat

Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan


biasa iaitu:
(i) Selepas subjek sebagai predikat.
(ii) Selepas frasa kerja sebagai keterangan.
(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.
Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir
selepas subjek, seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
Subjek Predikat
Rumah Ali sangat sederhana.

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi


sebagai predikat mendahului subjek, seperti yang berikut:
Predikat Subjek
Sangat sederhana rumah Ali
Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
• Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan.

Predikat
Subjek Keterangan
Frasa kerja
(kata adjektif)

Mereka Pulang segera


Sungai itu Mengalir Tenang
Syuhada Bergerak Cergas sekali
Frasa Adjektif Sebagai Penerang Utama
• Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada
kata nama
Kata nama Kata adjektif
Kopi Segera
Emas Tulen
Pangkat Rendah
bangunan tinggi
Dalam frasa adjektif unsur keterangan boleh hadir
selepas kata adjektif.

Subjek Predikat (Frasa Adjektif)


Pegawai itu Selalu sibuk dengan
pekerjaannya
Rumah harus bersih demi kesihatan
hidup kita
Keadaan Shahrul Tetap cergas pada bulan puasa
Buahnya Manis ibarat gula
Badan Harun Lemah dengan tiba-tiba
Golongan keterangan kata adjektif:
Jenis keterangan Contoh ayat
Keterangan cara Luka itu baik dengan sendirinya.
Keterangan bandingan Badannya kurus bagai lidi.

Keterangan hal Izzati pandai dalam semua mata pelajaran.

Keterangan Tujuan Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan.

Keterangan kekerapan Wanita itu sering sedih


Keterangan terhadap Anak itu sangat rindu akan emaknya.
Budak itu lemah oleh sebab keletihan.
Keterangan musabab

Pelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua


Keterangan waktu
bulan sahaja.
Bunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah
Keterangan tempat
kanan.
Frasa adjektif dalam ayat komplemen:
• Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang
terhasil itu ayat majmuk.

Ayat Induk dengan Frasa Adjektif Ayat Komplemen

Para peserta sedar bahawa persiapan mereka tidak


mencukupi
Akmal tetap percaya bahawa anaknya tidak merokok

Aiman dan Izz pasti yakin bahawa mereka akan memenangi


pertandingan itu
Dia cukup insaf bahawa dia perlu membaiki
prestasinya
Kami agak ragu bahawa berita itu sahih.
Sekian sahaja

TERIMA
KASIH

You might also like