You are on page 1of 15

SOSIOLINGUISTI

K DAN GENDER
HMT 315
Kuliah 12
Minggu 6
30 November 2021
PENGENALAN
 Persoalan bahasa dan jantina menjadi satu hal yang cukup menarik minat para ahli
sosiolinguistik.
Terdapat kesedaran tentang perbezaan gaya pertuturan lelaki dan perempuan (R.W. Shuy, 1974)
 Jesperson (1922) merupakah antara orang yang terawal memperkatakan tentang gejala ini
dalam buku beliau. Beliauy mengkhususkan satu bab yakni bab ke-13 dengan tajuk ‘The
Women’ untuk menghuraikan soal wanita dan bahasa,.
Persoalan yang timbul,
 apakah lelaki dan wanita menggunakan sesuatu bahasa yang tertentu atau menggunakan bahasa dengan
cara yang berlainan daripada satu sama lain?
 Apakah terdapat perbezaan dalam penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita?
 Jika ada bagaimanakah struktur bahasa dan kosa katanya berbeza?
 Apakah peranan sosial lelaki dan wanita yang menimbulkan perbezaan ini?
PENGENALAN
Kebanyakan kajian sosiolinguistik yang dilakukan membuktikan bahawa faktor gender
memang satu faktor sosial yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti di
samping faktor-faktor lain (Wolfram, 1969; Wong, 1983).

Lelaki dan wanita tidak akan bercakap dengan cara yang sama.
PERBEZAAN BAHASA LELAKI
DAN WANITA
Perbezaan tampak dari segi fizikal, hayat dunia, suara, kemahiran verbal.

Perbezaan ini dapat dilihat dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan kosa kata.

Wanita- bahasa baku atau bentuk-bentuk prestij

Lelaki- menggunakan varian yang disebut sebagai stigmatized.


GENDER VS JANTINA

Jantina Merujuk perbezaan antara lelaki dan


perempuan disebabkan oleh kriteria biologi.
Perbezaan lelaki dan perempuan berdasarkan
Gender tingkah laku sosio-budaya, termasuklah
pertuturan
PERBEZAAN BAHASA LELAKI
DAN WANITA
 Fasold (1968) dalam kajiannya di Detriot, Amerika Syarikat
 Orang lelaki lebih banyak melakukan pendepanan vokal. Contoh: stack, stock dan stalk.

Wong (1983) dalam kajiannya di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur


 Wanita cenderung menggunakan bahasa baku
 Lelaki cenderung menggunakan sebutan tidak baku.

Trudgill (1975)
 Murid-murid lelaki lebih cenderung menggunakan sebutan kolokial daripada murid-murid
perempuan.
Wanita menggunakan bahasa standard. Hal ini terkait dengan status sosial yang tinggi.
PERBEZAAN BAHASA LELAKI
DAN WANITA
 Fisher (1958) mendapati bahawa murid perempuan lebih kerap menggunakan bentuk /ing/
(reading, visiting, interting) daripada lelaki yang menggunakan bentuk /in/ (punchin‘, chewin‘,
swimmin‘)

Jesperson (1922)- wanita agak malu untuk menyebut anggota badan mereka secara langsung
atau dengan kasar seperti yang digemari oleh orang lelaki muda.

Lakoff (1973)- bahasa lelaki lebih tegas, matang dan langsung manakala bahasa wanita tidak
matang, tidak tegas dan terlampau sopan.
TATABAHASA
Brend (1975)- pola intonasi yang digunakan oleh lelaki dan wanita berbeza. Pola intonasi
wanita lebih lembut daripada yang digunakan oleh lelaki.

Lakoff (1973)- wanita biasanya menamatkan satu-satu kenyataan dengan tanda soal kerana
mereka berasa kurang yakin terhadap diri dan pendapat mereka sendiri.

Dalam bahasa Inggeris (BI) terdapat banyak perkataan yang merujuk kepada lelaki. Misalnya:
dare-devil, bully, rascal. Demikian juga terdapat istilah khusus yang merujuk kepada wanita
seperti shrew, bitch, gossip.
TATABAHASA
Lakoff (1973)- Bahasa kaum wanita berbeza dengan lelaki dari aspek leksikon, sintakasis dan
fonologi. Wanita lebih cenderung menggunakan kata-kata halus. Contohnya, wanita lebih
kerap menggunakan kata-kata warna seperti beige, aquamarine, lavender, magenta, manakala
lelaki tidak memperlihatkan kecenderungan demikian.

Kramer (1978)- bahasa lelaki lebih menuntut perhatian orang lain, berdominasi, berwibawa,
agresif dan berterus-terang.
Wanita lebih kerap menggunakan kata-kata adjektif daripada lelaki seperti ‘nice’, ‘pretty’
seperti berikut:
 He is so charming.
 It is so lovely
 Thank you so much
 It is so kind of you to think of it.
 I’m so glad you’ve come.

Ketika merujuk kepada sesuatu jawatan atau profesion, unsur jantina juga diperlihatkan.
Misalnya dalam bahasa Inggeris digunakan lady doctor, madam chairman atau chairwomen.
Dalam bahasa Melayu, terdapat juga kecenderungan untuk menggunakan kata-kata khusus
atau ungkapan-ungkapan khusus untuk membezakan wanita dengan lelaki.

Perbezaan lelaki dan perempuan dalam bahasa Melayu terdapat dalam mengelaskan jawatan
dan profesion.
 olahragawan-olahragawati
 seniman-seniwati
 siswa-siswi
 tuan-puan
 pramugara-pramugari
 ustaz-ustazah
 muslim-muslimat
Dlm. BM juga terdapat kata-kata yang khusus merujuk kepada wanita sahaja. Misalnya,
pelacur, gundik.

Apakah lelaki tidak ada menjadi pelacur? Jika ya, apakah istilahnya?

Begitu juga istilah mereka yang kembali dari tanah suci Makkah yang digelar mak haji
(perempuan) dan pak haji (lelaki).
Terdapat juga kata-kata untuk merujuk lelaki dan wanita pada satu-satu masa yang tertentu.

Misalnya, perempuan ketika masih muda digelar sebagai anak dara, gadis sunti. Ketika
dewasa digelar wanita dan perempuan.

Bagi lelaki pula digelar teruna atau jejaka ketika masih muda.
 Kecantikan lelaki dan wanita menggunakan kata sifat yang berlainan.

Lelaki- tampan, kacak atau segak.

Perempuan- cantik, jelita, lawa, molek atau menawan.


Simpulan bahasa Melayu juga mencerminkan unsur jantina.
 Puteri lilin
 Gadis tanggung
 Bini muda
 Anak dara
 Suri rumahtangga

Simpulan bahasa ini digunakan khusus untuk merujuk kaum wanita sahaja.

You might also like