You are on page 1of 30

LOGIK

Semua orang berfikir

Setiap orang mempunyai


cara berfikir.

Di dalam konsep falsafah


terdapat kaedah-kaedah
berfikir.

Bagaimanakah kaedah
berfikir yang dianjurkan di
dalam ilmu falsafah
PENGENALAN

Perbincangan Falsafah turut merangkumi tentang berfikir,


cara berfikir ataupun kaedah berfikir.

Di dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah befikir dikaitkan


dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.
MAKSUD LOGIK
Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.

Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of arguments.

Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?

Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu

Pertama - bahagian yang dipanggil premis.

Premis-premis ini menyokong kesimpulan.

Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.

Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan kedua


dipanggil kesimpulan.
MAKSUD LOGIK

Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan


kesimpulan; sama ada kesimpulan itu ditarik (dibuat)
dengan secara betul ataupun dengan secara sah daripada
premis-premis yang dikemukakan.

Logik adalah pengkajian tentang argument. Argument


yang terdiri daripada premis dan kesimpulan.
LOGIK DEDUKTIF
Terdapat 2 jenis logik iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif.

Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan yang


terhasil daripada premis tersebut.

Di dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya ialah jika
premis-premisnya benar maka kesimpulan yang terhasil daripada
premis tersebut mestilah benar.

Contoh, di dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua


atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik.

Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum ataupun


universal argument

Premis kedua tidak semestinya ada satu universal argument atau


premis yang umum tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 1

• Premis pertama: mengandungi pernyataan umum “semua manusia mempunyai jantung”

• Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah seorang manusia”

• Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.

• Jadi disini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua manusia mempunyai jantung”
dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga seorang manusia”
maka tidak boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa “Ali semestinya mempunyai
jantung”.

• Ini adalah kerana jika kenyataan yang menyatakan bahawa “semua manusia itu mempunyai
jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali ialah seorang manusia” adalah benar, maka kita
tidak boleh lari daripada membuat kesimpulan bahawa “Ali juga mempunyai jantung”.
LOGIK DEDUKTIF
Contoh 2

• Premis pertama: “semua manusia akan mati”

• Premis kedua: “Ali seorang manusia”

• Kesimpulan: “Ali akan mati”.

Terdapat 2 Premis dan 1 Kesimpulan. Premis yang pertama yang


mengatakan bahawa “semua manusia akan mati” adalah satu ayat
ataupun pernyataan yang Umum darimana kita dapati ianya berbeza
daripada premis yang kedua yang berupa satu pernyataan Khusus
yang mengatakan bahawa Ali ialah seorang manusia dan dari premis-
premis tersebut maka ditarik kesimpulan bahawa “Ali juga akan
mati”.
LOGIK DEDUKTIF

Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang


sah kerana terdapat 2 premis dan 1 kesimpulan. Jika
premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar
bahawa “semua manusia akan mati” dan dalam kes ini
memang benar dan “Ali adalah seorang manusia” dan kita
dapati juga benar kerana ada manusia bernama Ali yang
bersifat sebagai seorang manusia maka sudah tentulah
kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali juga akan mati”.
LOGIK INDUKTIF
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif.

Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan sekurang-


kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu premis
yang digunakan dan dari premis tersebut ataupun dari premis-premis tersebut
kita membuat kesimpulan.

Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama seperti logik
deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif sekiranya premis ataupun
premis-premis betul, tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga
semestinya betul.
LOGIK INDUKTIF
Contoh 1:
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya lihat selama ini
mempunyai bulu yang berwarna hitam”.
• Kesimpulan: dibuat secara induktif bahawa “semua burung
gagak, maksudnya semua burung gagak di dunia ini mempunyai
bulu hitam, bulu ataupun bulu yang berwarna hitam”.
• Oleh itu, dari premis yang boleh dikatakan bersifat khusus
(kerana ia merujuk kepada pemerhatian yang telah dibuat
mengenai burung gagak dalam jumlah yang terhad) kesimpulan
dihasilkan mengatakan bahawa semua burung gagak mempunyai
bulu yang berwarna hitam.
• Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat logik induktif
dan walaupun premis ini benar iaitu walaupun benar bahawa semua burung
gagak yang pernah dilihat sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna
hitam, ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulan yang dibuat
yang mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk yang belum
saya lihat lagi juga berwarna hitam”.
• Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat didalam premis
yang diberi ini tidak menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut. Jadi
adanya elemen ketidakpastian dalam penggunaan logik induktif itu
membezakannya daripada logik deduktif dimana kepastian terdapat dalam
kesimpulan yang ditarik daripada premis-pemis itu.
• Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang
benar pada akhirnya.
LOGIK INDUKTIF

Contoh 2:
• Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala botak”
• Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”
• Kesimpulan: “semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat penggunaan logik
induktif yang betul kerana dalam contoh yang diberikan terdapat dua
premis yang mana setiap premis itu mengandungi ayat yang berupa ayat
khusus iaitu; Premis pertama mengatakan bahawa “Ali adalah seorang
datuk yang berkepala botak”, premis kedua mengatakan “Ahmad adalah
seorang datuk yang berkepala botak” dan dari dua kes itu maka
disimpulkan bahawa “semua datuk mempunyai kepala botak”.
• Ini merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan kepada premis-premis
yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai datuk-datuk yang
dikatakan mempunyai kepala botak.
Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam
kesimpuan itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya
benar.

Ini adalah kerana mungkin terdapat datuk-datuk yang mempunyai


cucu yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala botak.

Jadi, jika ada datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak
maka ini sudah tentulah bermakna bahawa kesimpulan yang
mengatakan bahawa semua datuk mempunyai kepala botak itu adalah
tidak benar (palsu).

Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana dari premis-premis
yang benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya
benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang telah diberi itu.
ABDUKSI
Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti kaedah
Abduksi dan kaedah Heuristik.

Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi. Abduction


atau di dalam Bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best
explanation –

Berlakunya sesuatu phenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya


sesuatu fenomena sebelum itu.

Dari situ, kesimpulan dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum


wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena tersebut
wujud atau berlaku.

Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang


terbaik berdasarkan kepada fenomena yang wujud itu.

Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir secara ke belakang ataupun
thinking backwards.
Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena, contohnya
memerhatikan kereta yang bergerak di jalan raya dan kita
bertanya:

• bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

• Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?

• Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang


mesti ada untuk membolehkan fenomena seperti kereta bergerak
tadi berlaku.
ABDUKSI
• Proses ini menyebabkan seseorang berfikir ke belakang dan bertanya
apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi ataupun yang wujud sebelum kita
boleh melihat fenomena kereta bergerak itu berlaku. Antaranya,
• pertama, syarat-syarat seperti kereta itu mestilah mempunyai minyak
ataupun petrol yang mencukupi kerana kereta tidak mungkin bergerak
tanpa adanya petrol di dalam tangki minyak.
• Kedua, kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu
kereta itu kerana walaupun terdapat teknologi self-drive cars, tapi
teknologi itu belum sampai di negara kita dan kita masih menggunakan
sistem pemandu untuk menggerakkan kereta.
• Kita boleh juga membuat kesimpulan-kesimpulan yang lain seperti
misalnya terdapat empat tayar yang berfungsi dengan baik kerana tanpa
tayar yang berfungsi dengan baik iaitu jika terdapat tayar yang pancit
maka kereta tersebut mungkin sukar untuk bergerak.
• Oleh itu, dari satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang
bergerak kita boleh menyimpulkan perkara-perkara yang tidak kita lihat
dengan mata kita sendiri tetapi boleh dibuat penta’kulan ataupun inferens
dengan memikir ke belakang dengan cara bertanyakan apakah syarat-
syarat yang perlu ada sebelum kereta itu boleh bergerak.
• Kita sudah dapat mengetahui tentang benda-benda yang kita tidak lihat
dengan memeriksa keadaan kereta itu tetapi secara logiknya kita kata
mesti wujud kerana kalau misalnya kereta itu tidak ada pemandu atau
kereta itu tidak ada minyak ataupun semua tayarnya pancit maka
mustahil kereta itu dapat bergerak di jalan raya.
• Jadi cara berfikir begini dipanggil abduction ataupun memikirkan
tentang apakah keadaan yang perlu wujud untuk membolehkan
fenomena yang kelihatan itu wujud.
Heuristik
Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir secara logik di
mana terdapat peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan.

Walau bagaimanapun, dalam kaedah heuristik tidak ada peraturan-peraturan


yang sistematik ataupun yang teratur yang boleh diaplikasikan seperti di dalam
logik deduktif dan induktif.

Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu kaedah berfikir


yang berlainan daripada permikiran logik yang lain.

Walaupun logik heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang tertentu namun
ada garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik.

Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun exploratory.

Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik deduktif dan
induktif di mana kaedah logik digunakan untuk menilai samada sesuatu
penghujahan, pendalilan ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah
ataupun tidak sah.
Heuristik
Sebaliknya dalam heuristik kita cuba:

meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai permasalahan-


permasalahan tertentu.

mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun


persoalan-persoalan tersebut.

Sekiranya kita mencari penyelesaian kepada masalah, kita tidak mempunyai


kaedah yang khusus.

Ini kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus yang boleh
diaplikasikan dengan menjamin akan pencapaian kesimpulan ataupun
jawapan yang memuaskan dalam erti kata memberi penyelesaian yang
memuaskan, maka sudah tentulah tidak ada masalah lagi yang tidak
diselesaikan dalam dunia ini.
Heuristik
Tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum diselesaikan
menunjukkan bahawa kaedah heuristik itu walaupun mempunyai
garis-garis panduan yang boleh digunakan ianya tidak menjamin
akan tercapainya satu penyelesaian.

Namun begitu ianya berguna kerana boleh meningkatkan


kemungkinan ataupun kebarangkalian tercapainya sesuatu
penyelesaian iaitu ia boleh membantu ke arah penyelesaian
masalah.

Antara cara-cara yang boleh difikirkan dalam kaedah heuristik


ialah antaranya kaedah trial and error ataupun ‘cuba dan lihat’
akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan tersebut.
Jadi, apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu
kaedah yang khusus tetapi boleh dikatakan sebagai satu rule of
thumb ataupun garis panduan kasar, maka kita akan lihat
bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa
masih juga gagal dan kita cuba cara yang lain pula, maka
mungkin dengan mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini
di dalam penyelesaian masalah ataupun cara-cara penyelesaian
masalah yang berbeza. Jika kita bernasib baik mencapai satu
penyelesaian tetapi tidak ada suatu jaminan.

Namun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba


langsung. Oleh itu, trial and error adalah satu kaedah juga
yang bersifat heuristik.
Heuristik

Contoh lain ialah lateral thinking yang digunakan oleh Edward


De Bono. Lateral thinking dianggap sebagai sejenis pemikiran
heuristik kerana ia boleh membantu ke arah penyelesaian masalah.
Contoh lateral thinking yang diajar oleh Edward De Bono ialah di
mana kadang-kadang kesilapan, kebolehan ataupun kegagalan kita
untuk menyelesaikan masalah konseptual itu ialah kerana kita
mengambil satu pendekatan yang salah, membuat andaian ataupun
tanggapan yang silap. Jika kita ubah andaian atau tanggapan itu
mungkin kita akan dapat menyelesaikan masalah itu.
Contohnya, Edward De Bono menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang
undergraduate student di University Oxford.

Di mana beliau dan rakan-rakan telah keluar lewat malam dan apabila kembali ke
tempat penginapan beliau dan rakan-rakan mendapati bahawa pintu pagar telah
tertutup.

Oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan itu maka beliau dan
kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk masuk ke dalam kawasan penginapan.

Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan barulah mereka sedar bahawa
pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci cuma tertutup.

Jadi berdasarkan peristiwa tersebut Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang
silap di dalam pemikiran mereka adalah mereka membuat andaian yang silap iaitu
menganggap bahawa pagar yang tertutup bermaksud bahawa ianya juga berkunci
sedangkan jika dia mengubah andaian itu dan ataupun memeriksa semula sudah
tentulah mudah masuk ke dalam kerana tidak perlu memanjat pagar tetapi cuma
membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu.
Falasi
Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan
kesilapan, kesilapan ini dipanggil falasi.

Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-


kaedah ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif, logik
induktif dan lain-lain lagi.

Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam


mengunakan kaedah-kaedah berfikir.

Contohnya, di dalam logik deduktif dan induktif kesimpulan dibuat


dengan secara tidak sah daripada premis-premis ataupun menarik
kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis tersebut.
Semua ini melibatkan kesilapan di dalam penggunaan logik-logik
tersebut.
Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi:

1. Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy

Formal falasi berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-


peraturan yang betul di dalam logik deduktif dan induktif.

Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang


betul didalam menarik kesimpulan daripada premis-premis, maka
kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.
Falasi
2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy

Falasi informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan


logik dalam menarik kesimpulan daripada premis-premis. Contoh non
ataupun informal fallacy:

1. Ad Hominem iaitu serangan peribadi ke atas orang yang membuat


kenyataan ataupun yang mengeluarkan pandangan itu dan bukannya
kepada pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh seseorang itu.

• Serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan di dalam berhujah


ataupun di dalam berfikir kerana ia tidak ada kena mengena dengan
kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang dibuat ataupun idea-
idea yang diberi tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu
tidak boleh diterima kerana sifat peribadi seseorang itu.
• Contohnya pertama , seseorang itu mengeluarkan suatu teori, misalnya
teori sains dan dikritik oleh seseorang yang tidak bersetuju dengan teori
itu dengan mengatakan bahawa orang itu adalah seorang Yahudi.
• Kritikan tersebut bukan terhadap idea ataupun teori saintifik yang
dikemukakannya tetapi di atas dasar bahawa orang yang mengeluarkan
teori itu berbangsa Yahudi.
• Ini dianggap sebagai satu falasi kerana tidak menunjukkan apakah
kesilapan didalam pemikiran orang itu tapi sebaliknya menyerang
peribadi orang itu kerana ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata
ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama Islam di negara ini.
• Jadi ini merupakan satu jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu
kritikan yang berasaskan kepada pemikiran yang logikal.
Falasi
Contoh kedua ialah apa yang dikatakan dalam Bahasa Latin, post
hoc ergo propter hoc.

Maksudnya apa sahaja yang berlaku maka apa yang berlaku


sebelumnya dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu.

Contohnya, seseorang masuk ke hutan dan terlanggar tunggul dan


keesokannya orang tersebut demam atau jatuh sakit.

Oleh itu, tersepak tunggul di hutan itu ialah penyebab kepada


orang tersebut jatuh sakit.
Iaitu dikaitkan sesuatu itu dengan apa yang berlaku selepas itu
iaitu tersepak tunggul berlaku sebelum seseorang itu jatuh sakit
dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada jatuh sakit.

Sedangkan tidak ada kaitan sebab dan akibat (causal relation)


yang sebenar di antara tersepak tunggul dan jatuh sakit.

Oleh kerana sesuatu itu berturutan dengan sesuatu yang lain,


maka dianggap ada hubungan sebab akibat di situ tetapi tidak
semestinya.

Jadi apabila seseorang membuat kesimpulan yang sedemikian,


ia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan secara
informal kerana tidak membuat pelanggaran hukum-hukum
logik.

You might also like