You are on page 1of 7

KATA GANDA

APAKAH ITU KATA GANDA?

KATA GANDA
• Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian yang tertentu.
• Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
• Kata ganda seluruh
• Kata ganda separa
• Kata ganda berentak/berima
• Kata ganda berimbuhan
KATA GANDA SELURUH/PENUH
• Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau
digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
• Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

• Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL
Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak mainan
KATA GANDA SEPARA
• Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada
kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf  e.
• Contoh :
KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA
Layang Layang-layang Lelayang
Kuda Kuda-kuda Kekuda
Tupai Tupai-tupai Tetupai
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari
Langit Langit-langit Lelangit

• Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti
pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.
KATA GANDA
BERIMA/BERENTAK
• Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini
terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT


Persamaan bunyi di Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja
hujung
Persamaan bunyi di Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan
pangkal diadakan esok
Persesuaian bunyi Kusut-masai, simpang- Rambutnya kusut-masai kerana
keseluruhan siur ditiup angin.
KATA GANDA BERIMBUHAN
• Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama
ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. 
• Contoh :
IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-
lompat
Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan Tulang-temulang,turun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
AKRONIM

You might also like