You are on page 1of 33

KURSUS PROTOKOL UNTUK

PENGACARA MAJLIS
PRA SYARAT PENGACARA MAJLIS

1. Perawakan

Para hadirin akan menonton gelagat Pengacara Majlis tersebut.

Pakaian hendaklah sesuai dengan majlis.

1.1 Majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan/Sultanah

Pakaian bagi Pengacara Majlis perempuan


hendaklah yang dicatatkan pakaian bagi tetamu lain.
1.2. Majlis Formal

Pengacara Majlis hendaklah berpakaian yang sesuai


dan bersopan.
Seelok-eloknya hendaklah berpakaian kerja atau
Pakaian Baju Kebangsaan

Jika pakaian untuk para hadirin dicatatkan


sebagai Batik, Pengacara Majlis lelaki eloklah
berpakaian Batik

Jika pakaian untuk para hadirin ialah


Baju Kebangsaan maka Pengacara Majlis lelaki
hendaklah berpakaian Baju Kebangsaan.

Jika pakaian hadirin ialah lounge suit/kot


begitu jugalah pakaian bagi Pengacara Majlis lelaki.
1.3. Majlis Tidak Formal

Pakaian Pengacara Majlis lelaki


hendaklah memakai Baju Batik dan
Perempuan memakai Baju Kurung,
Maxi, berseluar panjang dengan
Kemeja / “Blouse” berlengan
panjang
2.1 Suara
Suara hendaklah terang, sederhana kuatnya, jangan berbisik.
Jangan amalkan ‘nga’, ‘ah’, ‘hem’, ‘a..a’

2.2 Sebutan
Sebutan Bahasa baku dengan nada yang serius. Jangan ada
‘slang’ atau ‘lingo’daerah atau bercampur dengan bahasa-bahasa
lain.

2.3 Gaya
Gaya hendaklah bersahaja. Lemparkan senyuman, jelingan
dengan air muka yang ceria. Apabila menjemput tetamu berucap/
menyampaikan hadiah hendaklah memandang tetamu berkenaan
sambil mempersilakan mereka.

2.4 Ketepatan masa


datang lebih awal daripada hadirin; berada di podium apabila
majlis hendak dimulakan. Tunggu sehingga pengucap berkenaan
duduk baru dimulakan acara seterusnya. Jangan berceloteh atau
mengulas ucapan tetamu kerana itu bukan tugas Pengacara Majlis
3. Penyediaan Skrip

Untuk penyemakan :-

- ‘addressing’tetamu

- susunan majlis

- anggaran masa
4. Persediaan Diri Pengacara Bersesuaian ikut
majlis
Pakaian

4.1. Penampilan Diri Sentiasa kemas


Solekan
Kekemasan Diri
Sikatan dsb.

Cukup tidur

4.2. Sihat Tubuh & Mental Tidak menggeletar (elak daripada


memegang skrip)
-letakkan skrip di rostrum
-kurangkan pengumpulan air
liur (akan menyebabkan sebutan
menjadi cacat)
4.3. Minum sedikit sebelum mula bertugas

4.4. Jangan ambil gula-gula

4.5. Jangan melakukan perbuatan yang boleh mencacatkan


majlis.

4.6. Hadir lebih awal untuk :-

- Memastikan P.A. System berfungsi


Rostrum

- Laraskan letak mirofon


Mikrofon
- Pengubahsuaian susun letak
4.7. Jangan ketuk / hembus mikrofon
semata-mata untuk menentukan berfungsi/tidak.

4.8. Mengambil berat semua pergerakan yang melibatkan


persembahan orang lain dalam majlis.

4.9. Sentiasa bersikap tenang.

4.10. Suara :

a. Jelas : sebutan satu persatu mengikut suku kata

b. Tidak terlalu kecil


garau}audiens tidak faham
pelat } tidak jelas

4.11. Sentiasa mendengar arahan.


5. Pengendalian Majlis

5.1. Urusan Pra Majlis

• Elakkan pengumuman yang berbentuk peribadi

• Elakkan pengumuman yang berulang-ulang mengenai perkara


yang sama.

• Pastikan mikrofon berfungsi dan jelas dapat didengar


suara.

• Setelah mikrofon digunakan hendaklah ditutup.

• Buat pengubahsuaian awal mengenai kedudukan


mikrofon
6. Urusan Semasa Majlis Dijalankan

6.1 Ucapan Permulaan

- Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat dan


ucapan kesejahteraan hendaklah sesuai dengan
majlis.

- Menerangkan dengan ringkas tujuan/intipati


majlis kepada para tetamu kehormat dan para
hadirin. Mengucapkan terima kasih kepada
tetamu kehormat dan para hadirin.
2. Mengendalikan Acara Majlis

Terikat dengan acara majlis yang terkandung dalam buku progra


kad jemputan

Sebutan nama pertama hendaklah kepada tetamu kehormat,


kedua ‘functional personalities’, ketiga adalah kepada
tuan rumah.(Jika ‘fp’ lebeh kanan daripada tuan rumah)

Sebutan kepada tetamu kehormat, ‘functional personalities


dan tuan rumah hendaklah didahului dengan gelaran diikuti
dengan nama dan kemudiannya disertai dengan gelaran jawatan.

Untuk para hadirin memadai disebut gelaran secara umum.

Pastikan pemberi hadiah/sijil, tuan rumah dan pembantu-


pembantu sudah bersedia, barulah dipanggil penerima- penerima
hadiah / sijil.
7. Urusan Menamatkan Majlis

Memberi ucapan terima kasih kepada


tetamu kehormat, tuan rumah,
‘functional personalities dan para
hadirin yang hadir.

Di majlis jamuan hendaklah dijemput


tetamu kehormat dengan diiringi
oleh tuan rumah dan para hadirin.

Memaklumkan tempat jamuan


disediakan
8. Sebutan Gelaran

8.1 Giliran Sebutan

Nama tetamu kehormat hendaklah


disebut dahulu dan diikuti dengan
‘functional personalities’dan
seterusnya nama tuan rumah(jika ‘fp’
lebeh kanan daripada tuan rumah, tetapi
jika tuan rumah sama atau lebeh kanan
daripada ‘fp’ nama tuan rumah disebut
dahulu) hadirin hendaklah disebut secara
umum dengan gelaran nama.
8.2 Penggilan /Sebutan Hormat

Panggilan hormat hendaklah dimulakan


dengan tetamu kehormat.

8.2.1 Gelaran DiRaja

- Duli Yang Maha Mulia Sultan :

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ..

8.2.2 Gelaran Turun Temurun

- Yang Teramat Mulia Raja Muda

- Yang Teramat Mulia Isteri Raja Muda


8.2.3 Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran

- Tun, Tan Sri, Dato’:

- Yang Amat Berbahagia Tun Ali

- Yang Amat Berbahagia Toh Puan Aminah (Isteri)

- Yang Berbahagia Tan Sri Daud

- Yang Berbahagia Puan Sri Hamidah (Isteri)

- Yang Berbahagia Dato’Ahmad

- Yang Berbahagia Datin Rosnah (Isteri)


9. Sebutan Dato’ berbeza-beza
mengikut negeri.

- Datuk
- Anugerah Persekutuan

- Dato’/Dato’Sri
- Anugerah Sultan

- Datuk Amar/ Datuk Paduka


- Anugerah Negeri yang tidak Beraja

- Dato’ - Dato’Kurnia - Dato’Istana

- Datu
- Keturunan Raja Sulu
10. Ahli Politik/Functional

- Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan


Undangan Negeri dan Dewan Negara
disebut Yang Berhormat.

- Yang Berhormat
Abdul Hamid bin Husin Ahli Perlimen ….

- Yang Amat Berhormat


Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamed
Perdana Menteri Malaysia

- Yang Berhormat Mulia


Tengku Aziz bin Tengku Ghaffar
Ahli Dewan Undangan Negeri ….
11. Sebutan Tanpa Gelaran

Sebutan bagi tetamu kehormat yang tidak mempunyai gelaran


Hendaklah menggunakan : Yang Berbahagia.

- Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia


Encik Ali bin Ahmad
Penolong Pengarah
Jabatan ……….
- Tuan Rumah : Yang Berusaha
Encik Khalid b Yacob
Guru Besar ……….

- Functional : Yang Berusaha


Personalities Encik Jumaat bin Sabtu
Yang DiPertua PIBG ….

- Pengacara Majlis : Yang Berusaha


12. Gelaran Keagamaan

- Mufti : Shahibul Shamaah

- Kadi : Shahibul Fadilah

- Imam : Shahibul Syaidah

- Haji /Hajjah : Yang Mulia

- Yang Mulia Shahibul Fadilah


Haji Ismail bin Ali, Kadi ……….
13. Sebutan Umum

Apabila merujuk kepada para hadirin,


gunakan sebutan umum.

- Yang dihormati tuan-tuan dan


puan-puan

- Yang Berhormat Dato’-Dato’,


Datin-Datin, Yang dihormati tuan-tuan
dan puan-puan.
14. Contoh Sebutan Oleh Pengacara Majlis :-

- Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Abd Shukor


Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
(*1)

- Yang Amat Berusaha Puan Hajah Siti Hasnah


binti Hamim, Pengetua SMK (P) Sultan Ibrahim
(*2)

- Yang Berusaha Encik Hassan bin Hussin, Yang


DiPertua PIBG SMK (P) Sultan Ibrahim (*3)

- Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan. (*4)


15. Giliran Berucap

15.1 Hari Anugerah Cemerlang Sukan

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah


(Guru Besar)

Orang Kedua - Functional Personality


(Yang DiPertua PIBG)

Orang Ketiga - Tetamu Kehormat


(Orang yang merasmi-
kan majlis)
15.2 Mesyuarat Agung PIBG

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah


(Yang DiPertua PIBG)

Orang Kedua - Functional Personality


(Guru Besar)

Orang Ketiga - Tetamu Kehormat


(Orang yang merasmi-
kan majlis)
15.3. Empat Orang Berucap

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah


(Guru Besar)

Orang Kedua - Yang DiPertua PIBG

Orang Ketiga - Pengarah Pendidikan


Negeri

Orang Ketiga - Menteri Pendidikan


(yang merasmikan
bangunan sekolah)
Ganti Nama Diri Dan
Rujukan Kehormat
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
1 Yang Dipertuan Raja Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha
Agong Agong Mulia Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong
Tuanku ………..
2. Sultan Sultanah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan/ Sultanah …..
Negeri Sembilan:
Yang DiPertuan Tuanku Ampuan D.Y.M.M. Yang DiPertuan
Besar Besar Tuanku ………….

Perak :
Sultan Sultanah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan
.. Sultan Yang DiPertuan.
D.Y.M.M. Raja Permaisuri
Perak Tuanku ……..
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
3 Tengku Tengku Yang Mulia Tengku …….
4. Raja Raja Yang Mulia Raja ……..
5. Tunku Tunku Yang Mulia Tunku …….
6. Engku / Ungku Engku Yang Mulia Engku/Ungku ……..
7. Syed Syarifah Tuan Syed …. Yang Mulia Tuan
Syed ……..
Yang Mulia Syarifah …….
8. Megat Puteri Encik Megat …….
Cik Puteri …….
9. Nik Nik Encik Nik ……
10 Wan Wan Encik Wan ……
11 Sheikh Syarifah Tuan Sheikh Ali b. Sheikh Abas
Puan Syarifah ……
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
12 Perdana Menteri Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri,
13 Timbalan Timbalan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri,
14 Tun Toh Puan Yang Amat Berbahagia,Tun ..
15 Tan Sri Puan Sri Yang Berbahagia,
Tan Sri ……..
16 Datuk Datin Yang Berbahagia Datuk
Yang Berhormat (A.D.U.N.,
A.D.R. & A.D.N.)
17 Yang Dipertua Yang Dipertua Yang Berhormat Datuk /Tuan/
Dewan Negara Dewan Negara Puan ……..
18 Yang Dipertua Yang Dipertua Yang Berhormat Datuk
Dewan Rakyat Dewan Rakyat Tuan …..
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
19 Menteri Besar Menteri Besar Yang Amat Berhormat Datuk
Tuan ……….
20 Menteri Menteri Yang Berhormat
Datuk/Tuan/Encik ……..
21 Undang - Yang Amat Mulia Datuk....
N. Sembilan Sedia Raja, Adnan bin Maah
Undang Luak Rembau, Yang
ke XX
22 Ahli Dewan Ahli Dewan Yang Berhormat,
Negeri Negeri Datuk/Tuan/Encik ……..
23 Ahli Dewan Ahli Dewan Yang Berhormat,
Rakyat Rakyat Datuk/Tuan/Encik ……..
24 Ahli Dewan Ahli Dewan Yang Berhormat Datuk /Tuan/
Negara Negara Puan/ Encik ……..
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
25 Hakim (Judge) Hakim Yang Arif Datuk/Tuan
Hakim /Puan Hakim
26 Hakim Besar Hakim Besar Yang Arif Datuk/Tuan
Hakim /Puan Hakim
27 Ketua Hakim Ketua Hakim Yang Amat Arif
Negara Negara Datuk/Tuan /Puan ……
28 Yang DiPertuan Yang Di Pertuan Tuan Yang Terutama,
Negeri (Sabah) Yang DiPertuan Negeri Sabah
29 Yang DiPertuan Yang Di Pertuan Tuan Yang Terutama,
Negeri (Sarawak) Yang DiPertuan Negeri
Sarawak
30 Gabenor Gabenor Tuan Yang Terutama, Tun …
31 Tuan Puan Yang Berusaha Tuan/Puan ..
Yang Mulia Tuan/Puan …..
Bil Gelaran Gelaran Rujukan Kehormat
Lelaki Perempuan
32 Encik Cik Yang Berusaha
Tuan/Puan/En/Cik …..
Yang Mulia Tuan/Puan …..
Yang Berbahagia Tuan/Puan..
33 Tuan Haji Puan Hajjah Yang Berusaha Haji/Hajah …
Yang Berbahagia Haji/Hajah..
34 Tuan Profesor Puan Profesor Yang Berusaha
Yang Berbahagia
35 Tuan Doktor Puan Doktor Yang Berusaha
Yang Berbahagia
36 Profesor DiRaja Profesor DiRaja Yang Berusaha
Yang Berbahagia
37 Saudara Saudari Yang Berusaha Saudara/Saudari
SELAMAT MENCUBA DEMI
KEUTUHAN DAN
KECEMERLANGAN DIRI

You might also like