You are on page 1of 22

BAB 4 :

LARAS
BAHASA
LARAS BAHASA SAINS LARAS BAHASA
EKONOMI

JENIS-JENIS
LARAS
BAHASA
LARAS BAHASA
UNDANG-UNDANG LARAS BAHASA AGAMA
LARAS BAHASA
SAINS
Definisi : laras yang memperlihatkan ciri-
ciri yang khusus yang digunakan untuk
menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan
sains dan teknologi.
Ciri-cirinya:
• Penulisannya banyak menggunakan kata nama dan ragam ayat
pasif.
• Ada penggunaan formula atau rumus yang berkaitan dengan sains.
• Penulisannya bersifat saintifik, formal, objektif dan
mementingkan kecepatan makna.
• Maklumat yang disampaikan berdasarkan kajian, fakta dan
eksperimen.
• Penggunaan perkataannya tepat dan meninggalkan kata-kata yang
lewah.
Contoh kosa kata

Bidang Kimia Bidang


Fiziktujahan, halaju
Daya
Asid nitrik,
glukosa, natrium seragam, kanta cembung,
klorida, magnesium sinar cahaya, sudut
oksida pantulan

Bidang Biologi
Ekosistem, mambran
sel, organisme, multisel,
persenyawaan
Laras bahasa sains bidang
kimia

Plastik ialah bahan sintetik yang dapat dibentuk dan diacu dengan
mudah. Lazimnya, plastik diperbuat dengan menyatukan atom
karbon dan atom hidrogen. Gabungan ini membentuk molekul etena
yang boleh disatukan untuk menghasilkan plastik yang dikenali
sebagai politena. Terdapat juga plastik diperbuat daripada cecair
dan gas yang diekstrak daripada minyak getah.
Laras bahasa sains bidang Laras bahasa sains bidang
fizik biologi
 Pantulan cahaya berlaku apabila sinar  Talasemia ialah gangguan darah yang
cahaya kena suatu permukaan dan mengganggu penghasilan heamoglobin
dipantulkan oleh permukaan tersebut. dalam sel darah merah. Penyakit ini
Cahaya yang kena pada keadaan disebabkan oleh alek resesif yang
permukaan yang berlainan akan menghasilkan haemoglobin abnormal.
dipantulkan secara berbeza. Pantulan Apabila salah seorang daripada ibu bapa
sekata ialah pantulan cahaya selari dalam menghidap talasemia, anak akan
arah tertentu daripada permukaan licin. kemungkinan menghidap talasemia minor.
Pantulan berselerak ialah pantulan Apabila kedua-dua ibu bapa menghidap
cahaya selari pada semua arah daripada penyakit tersebut, anak akan
permukaan kasar. Imej yang jelas akan berkemungkinan menghidap talasemia
dibentuk oleh pantulan sekata manakala major. Rawatan talasemia termasuklah
imej yang tidak jelas akan dibentuk oleh transfuse darah dan pemindahan sumsum
pantulan berselerak. tulang.
LARAS BAHASA EKONOMI
merupakan laras yang memperlihatkan ciri-ciri yang khusus
yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan
dengan ekonomi.

Contoh kosa kata:

• eksport, import, lebihan dagangan, nilai mata wang, pasaran


semasa, permintaan, penawaran, pasaran saham, dan
sebagainya.
Fakta yang
diberikan Gaya
benar-benar kepengarangannya
berdasarkan baik, dengan unsur-
bukti dalam unsur kohesi dan
bentuk data koheran jelas dan
CIRI-CIRI terkawal.
dan statistik.
LARAS
Penulisannya banyak BAHASA
menggunakan graf,carta, EKONOMI
dan jadual untuk Maklumat
memaparkan maklumat disampaikan
tertentu, contohnya secara tersusun,
kadar kenaikan dan jelas, dan eksplisit
penurunan harga (tersurat)
barangan.
Contoh laras bahasa ekonomi:

Maybank menjadi rakan perbankan American Express


pertama di dunia untuk memperkenalkan kad American
Express Platinum baharu. Kad keluli tahan karat itu direka
untuk mendefinisikan semula kemewahan untuk
pelancongan global dengan akses eksklusif dan pengalaman
unik.
LARAS
BAHASA:
UNDANG-
UNDANG
-laras bahasa undang-undang merupakan laras bahasa yang memperlihatkan ciri-
ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal berkaitan dengan
undang-undang
-menurut Abdullah Hassan (2014) laras bahasa undang-undang digunakan oleh
orang yang terlibat dalam bidang perundangan seperti peguam, hakim dan
pendakwa raya apabila mereka menulis atau bercakap mengenai undang-undang
sesama mereka sama ada di dalam mahkamah atau tidak
CIRI-CIRI
-mementingkan kepersiasan, keobjektifan, kejelasan dan keterperincian
-lazimnya menggunakan ayat majmuk yang panjang-panjang sehingga tidak
begitu mementingkan ketepatan tatabahasa
-menggunakan banyak istilah dan kosa kata bahasa pinjaman, terutamanya
bahsa inggeris dan bahsa latin
-mempunyai cara pembahagian yang tertentu dalam penulisan, seperti adanya
Bahagian, Seksyen,Subseksyen, fasal, Perkara dan sebagainya
-menggunakan penomboran yang sistematik
-mempunyai nota tepi atau catatan tepi
Laras Bahasa
Agama
By : Sarah Hanna

Definisi
Laras bahasa agama merupakan
laras bahasa yang
memperlihatkan ciri-ciri khusus
yang digunakan untuk
menyatakan hal-hal berkaitan
dengan agama.
Ciri-ciri laras bahasa agama :

01 02
Menggunakan tamsil dan
Teks yang diungkapkan untuk
ibarat untuk memberikan
memperkatakan hal agama.
pengajaran dan penjelasan.

03
Banyak memberikan tafsiran
04
Pengaruh bahasa Arab amat
mengenai sesuatu berdasarkan ketara, terutamanya dari segi
Al-Quran dan hadis struktur ayat dan kosa kata.
Ciri-ciri laras bahasa agama :

05 06
Menggunakan istilah agama Menggunakan ayat yang
panjang-panjang
CONTOH KOSA KATANYA :

Hadis, afdhal, mukmin, Al-Quran,


surah, ibadah, amal, tauhid,
sujud dan lain-lain
CONTOH 1 : Laras “ Dan sebahagian daripada kamu memakan
harta sebahagian yang lain di antara kamu

bahasa agama tentang dengan jalan yang batil dan janganlah kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak
rasuah (mengambil) sebahagian daripada harta
orang lain itu dengan jalan berbuat dosa,
padahal kamu mengetahui ( salahnya)”.

Surah Al-Baqarah ayat 188


Jodoh tidak hadir begitu saja, ada yang
mendapatkan jodoh pada usia muda, ada pula yang
CONTOH sebaliknya, Allah mengatur yang sedemikian kerana
2 : Laras kuasa-Nya, dari kasih sayang yang diturunkan oleh
Allah, itulah sebabnya setiap manusia harus
bahasa berikhtiar dan berharap hanya kepada Allah. “Dan
agama aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang
tentang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di
bawah pengawasanku”.
jodoh
(QS At Thaahaa : 39
SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like