You are on page 1of 30

MODEL TEORI

KERJAYA :
TEORI STRUKTUR –
JOHN L. HOLLAND
OLEH :
ZUREHAN BINTI MD DAN
NOR HIDAYAH BINTI ABDUL AZIZ
NOR AZURAH BINTI KUNJO MOHAMAD
 Teori ini menerangkan tentang personaliti dan
persekitaran kerja yang mementingkan kesesuaian
personaliti dengan pekerjaan yang dilakukan oleh
seseorang.
 John L. Holland membina empat andaian dalam teorinya :

a) Semua individu dapat dikategorikan kepada enam jenis


personaliti.
i. Realistik (R)
ii. Investigatif (I)
iii. Artistik (A)
iv. Sosial (S)
v. Perusahaan (enterprising) (E)
vi. Konvensional (K)
b) Terdapat enam jenis model persekitaran yang berhubung
rapat dengan enam jenis personaliti ini.
 
c) Individu meneroka alam yang membenarkan mereka
membina kemahiran, sikap, nilai dan personaliti yang
sesuai.
 
d) Tingkah laku individu ditentukan berlandaskan interaksi
antara jenis personaliti dengan ciri-ciri alam
persekitaran.
 
 Jenis-jenis personaliti seseorang individu dapat
ditentukan dengan membandingkan ciri-ciri setiap model
persekitaran yang ada. Oleh kerana jenis-jenis personaliti
mempunyai minat dan sifat-sifat yang berbeza-beza,
maka individu-individu akan mencari dan menceburkan
diri dalam mana-mana ciri persekitaran yang paling
kongruen dengan minat, kemahiran dan sifat-sifat yang
ada pada dirinya ( Holland, 1985 ).
JENIS
PERSONALITI
JENIS PERSONALITI REALISTIK (R)

 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti itu lebih


cenderung menghadapi persekitarannya secara konkrit
dan fizikal.

 Ia digambarkan secara materialistik, stabil dari segi


emosi, kurang sosial, dan dianggap mempunyai sifat-sifat
kelelakian.

 Ia juga mengutamakan aktiviti-aktiviti yang bercorak


eksplisit, tersusun, memanipulasikan objek-objek, alat-
alat jentera dan haiwan secara sistematik.
 Orang yang memiliki jenis personaliti Realistik   (R) ini
akan menjauhkan diri daripada peranan-peranan
pemimpin ataupun penyelia, situasi-situasi sosial yang
menyebabkan dirinya menjadi pusat tumpuan, ataupun
tugas-tugas intelektual yang memikirkan pemikiran
abstrak yang semua ini bertentangan dengan ciri-ciri
teknikal dan konkrit yang ada pada dirinya  (Holland,
1985)
Ciri-ciri :
Tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras
kepala, materialistik, natural, normal,
keras hati, praktikal, suka menyendiri,
tidak fleksibel, berhemat, tidak celik akal
dan tidak melibatkan diri.

Kerjaya ideal :
 Mekanik, jurutera, juruelektrik, tukang
kayu, operator radio, ahli ilmu
perkebunan, pemandu bas dan atendan
minyak
JENIS PERSONALITI INVESTIGATIF (I)
 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini
mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan
daya kecerdasannya memanipulasikan idea-idea,
perkataan-perkataan dan lambang-lambang.

 Ia digambarkan sebagai seorang yang mengutamakan


aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyiasatan secara
pemerhatian, sistematik dan kreatif terhadap fenomena-
fenomena fizikal, biologi dan budaya, supaya ia dapat
memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.
 Minatnya lebih kepada pekerjaan-pekerjaan yang
bercorak saintifik, kerja-kerja yang bersifat teoritis,
membaca, mempelajari bahasa-bahasa asing serta
berkecenderungan di dalam kegiatan kreatif seperti seni,
muzik, dan seni bina.

 Sifat-sifatnya ialah cekal hati, bersifat kelakian, berminat


kepada ilmu pengetahuan dan ’introvert’. Kejayaan
utamanya terletak didalam bidang-bidang akademik dan
saintifik, dan sebagai pemimpin ia tidak begitu
cemerlang,  tidak suka aktiviti-aktiviti pujukan sosial, dan
yang berulang-ulang (Holland, 1985).
Ciri-ciri :
Analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks,
ingin tahu, bebas, intelektual, introspektif,
pesimistik, jitu, rasional, menyisihkan diri,
pendiam, rendah hati dan tidak popular.

Kerjaya ideal :
Ahli biologi, ahli matematik, ahli kaji
purba, penyelidik, ahli kaji cuaca,
antropologis, ahli zoologi, ahli kaji bintang,
ahli kimia, ahli kaji bumi dan saintis.
JENIS PERSONALITI ARTISTIK (A)
 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini
menghadapi persekitarannya dengan mencipta bentuk-
bentuk dan hasil-hasil seni. Kecenderungannya lebih kepada
aktiviti-aktiviti  yang kabur, bebas dan tidak sistematik.

 Oleh kerana minatnya sedemikian, maka orang yang


memiliki jenis personaliti Artistik (A) ini digambarkan
sebagai seorang yang ‘complicated’, imaginatif, intuitif,
tidak teratur, tidak praktikal, tidak akur, beremosi,
implusif, asli,   bersifat kewanitaan dan idealistik.
Kegemarannya lebih kepada pekerjaan yang bercorak seni,
muzik, seni sastera, drama dan kurang meminati
kemahiran-kemahiran perkeranian atau perniagaan.
Ciri-ciri :
Rumit, tunggang-terbalik, emosional,
ekspresif, idealistik, imaginatif, tidak
praktikal, impulsif, bebas, introspektif,
intuitif, tidak akur, tulen, sensitif dan
terbuka.

Kerjaya ideal :
Penulis, pelukis, pengukir, arkitek,
pelakon, penyair, pereka bentuk,
pemimpin orkestra, penyusun muzik dan
pengarang.
JENIS PERSONALITI  SOSIAL (S)
 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini
mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan
kemahiran-kemahiran perhubungan antara individu.

 Keutamaannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang ada


kaitan dengan tempat-tempat ibadat, khidmat
masyarakat, muzik, bacaan, drama dan meminati
pekerjaan bercorak pendidikan, terapi dan agama.

 Ia digambarkan sebagai seorang pemimpin, penceramah


yang baik, popular dan agresif. Kemampuan bahasanya
adalah tinggi, tetapi bakatnya dalam matematik adalah
rendah.
 Oleh kerana orang yang memiliki jenis personaliti ini
mempunyai keutamaan-keutamaan, kemahiran, persepsi
kendiri dan nilai-nilai sedemikian, maka ia
berkecenderungan untuk menunjukkan sifat-sifat ingin
menolong, responsif, bekerjasama, sosial, bersifat
kewanitaan, sopan, suka berkawan, tulus dan bersifat
memujuk.

 Kelemahannya ialah dalam kemahiran-kemahiran tangan


dan teknikal.
 Ciri-ciri : Berpengaruh, nekerjasama,
sabar, peramah, pemurah, suka
menolong, idealistik, empati, baik hati,
pemujuk, bertanggungjawab, sosial,
bijaksana, memahami dan mesra.

 Kerjaya ideal : Pekerja sosial, diplomat,


pengarah kebajikan, guru, kaunselor, ahli
psikologi,ahli sosiologi, guru tadika,
pengetua sekolah dan pengarah agensi
kebajikan.
JENIS  PERSONALITI ENTERPRISING (E)
 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini  memiliki
kualiti-kualiti kembara, dominan, ghairah dan terburu-
buru dalam menghadapi cabaran-cabaran
persekitarannya.

 Ia memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang yang yang


pandai memujuk, bijak berbahasa, ‘extroverted’, sedia
menerima diri sendiri, penuh keyakinan diri, agresif, dan
suka menunjuk-nunjuk.
 Kegemarannya lebih kepada aktiviti-aktiviti dan
pekerjaan-pekerjaan berbentuk jualan, penyeliaan dan
kepimpinan yang membolehkannya memenuhi keperluan
untuk bertindak secara dominan, menyampaikan sesuatu
menerusi bahasa, serta mendapatkan pengiktirafan dan
kuasa.

 Ia juga menggemari olahraga, drama, ceramah umum,


temuduga, dan tidak menyukai aktiviti-aktiviti yang
bercorak pemerhatian, simbolik dan sistematik ( Holland,
1985).
Ciri-ciri :
 Sukakan pencapaian, suka mengembara,
mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh,
bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan,
berusaha, ekstrovert, suka menggoda,
optimistik, yakin diri, sosial dan suka
bercakap.

Kerjaya ideal :
 Pegawai bank, eksekutif perniagaan,
pengurus, pentadbir, wakil rakyat, pekerja
restoran, ahli politik, ejen hartanah,
perunding dan peguam.
JENIS-PERSONALITI KONVENSIONAL (K)
 Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini
menghadapi persekitarannya dengan memilih matlamat
dan kegiatan yang direstui masyarakat.

 Pendekatannya terhadap masalah-masalah adalah


stereotaip dan tidak asli.

 Keutamaannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang


melibatkan pemanipulasian data-data secara eksplisit dan
sistematik seperti menyimpan rekod, mengisi butir-butir ke
dalam fail, menghasilkan semula material,
mengorganisasikan bahan-bahan tulisan dan lain-lain untuk
mencapai matlamat syarikat atau organisasi.
 Oleh yang demikian, maka ia digambarkan sebagai
seorang yang mempunyai sifat-sifat akur, cermat, tekun,
bersikap kawal-kendiri dan bela diri, teratur, tidak
imaginatif, cekap, tidak fleksibel dan tidak praktikal.

 Kegemarannya lebih kepada pekerjaan yang bercorak


pekeranian dan perkiraan dan selalunya yang berkaitan
dengan perniagaan.

 Ia memberi nilai yang tinggi kepada perkara-perkara yang


bersangkutan dengan ekonomi dan mempunyai bakat yang
lebih dalam matematik berbanding dengan bidang bahasa.
Ciri-ciri :
Berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap,
sukar dilentur, memendam rasa, mengikut
aturan, menurut perintah, berstruktur, tabah
hati, praktikal, bersopan-santun, cermat dan
tidak imaginatif.

Kerjaya ideal :
Penyimpan kira-kira, operator, jurutaip,
juruwang, kerani gaji, penilai harta, pakar
cukai, kerani bank, jurutrengkas mahkamah,
penyiasat hutang dan pegawai bank.
TAHAP
KETEKALAN
HOLLAND
realistik investigatif

konvensional artistik

enteprising sosial

 Terdapat perhubungan secara psikologi diantara jenis-


jenis personaliti ini. Sesetengah jenis personaliti
mempunyai sebahagian daripada ciri-ciri personaliti yang
lain dan seseorang individu itu mungkin dapat digolongkan
ke dalam jenis personaliti yang terdiri daripada satu dan
lebih mengikut susunan model hexagon.
 Bagi Holland (1973, 1985), tahap ketekalan dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu 
i. tinggi,
ii. sederhana
iii. rendah.

 Pola personaliti yang bersebelahan mengikut susunan


hexagon dianggap mempunyai tahap ketekalan yang
tinggi, manakala pola personaliti yang bertentangan di
dalam hexagon  dianggap mempunyai tahap ketekalan
yang paling rendah .Pola personaliti yang disusun
dengan setiap jenis personaliti yang lain di dalam
hexagon membentuk tahap ketekalan yang sederhana.
Jadual 1.1            Tahap-tahap Ketekalan Holland

TAHAP POLA-POLA PERSONALITI


KETEKALA
N

Tinggi RI, RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES,
EK, KE, KR
Sederhana RA, RE, IS, IK, AR, AE, SI, SK, EA,
ER, KS, KI

Rendah RS, IE, AK, SR, EI, KA


KAEDAH
PENGUKURAN
KAEDAH  UJIAN

 Iaitu dengan menggunakan mana-mana ujian


yang dibina oleh Holland  (1985, 1977, &
1973) berasaskan teori berkaitan. Tiga ujian
yang ada ialah  Vocational Preference
Inventory (VPI), Self directed Search (SDS),
dan My Vocational Siuaston (MVS).  Pengguna
menjawab item dalam ujian dan skor ujian
akan ditafsir dalam bentuk personaliti atau
minat kerjaya.
KAEDAH TEMU BUAL

 Dengan meminta seseorang menyatakan


minat mereka, atau memerhatikan aktiviti-
aktiviti pilihannya.
RUMUSAN

 Oleh yang demikian, sebagai seorang guru


Teori Struktur oleh John. L. Holland boleh
digunakan sebagai alat mengukur minat
kerjaya murid. Personaliti yang ditonjolkan
melalui jawpan ujian dan hasil temu bual
akan menjadi panduan kepada guru memberi
nasihat akan kecenderungan seseorang
murid. Personaliti sememangnya
mempengaruhi minat seseorang terhadap
sesuatu kerjaya.

You might also like