You are on page 1of 16

Usul Fiqh II

SHCI 3192

Ifta’
DEFINISI

• Mufti: Mujtahid atau faqih – mempunyai kemampuan untuk


istidlal dan istinbat
• Mustafti: Orang yang tidak mampu berijtihad dan dibenarkan
taqlid
• Mustafta fihi: Isu zanniyah ijtihadiyah
IJTIHAD & IFTA’

• Ifta’ lebih khusus daripada ijtihad


• Ijtihad – proses istinbat hukum; sama ada ada orang yang
bertanya atau tidak
• Ifta’ – istinbat hanya pada isu yang sudah berlaku dan ada orang
yang bertanya
• Syarat tambahan pada ifta’ – mengetahui keadaan orang yang
bertanya dan masyarakat – menilai sama ada ifta’ itu kesannya
positif atau negatif
Fatwa mufti yang bukan mujtahid

• Ulama’ sepakat: mufti boleh mengeluarkan fatwa berdasarkan


ilmunya dalam mazhab mujtahid – mufti tasahul
• Isu: Bolehkah seorang mufti yang bukan mujtahid mengeluarkan
fatwa dengan mengambil pendapat mujtahid lain, sedangkan
mujtahid itu masih hidup?
Penjelasan isu

• Pendapat 1 (Abu Husin al-Basri dan sekumpulan ulama’


usuliyun): Tidak boleh secara mutlak, kerana mufti itu tidak
mampu berijtihad dalam isu yang ditanya itu. Perlu bertanya
terus kepada mujtahid tersebut.
• Pendapat 2 (ar-Razi dan al-Baydawi): Boleh secara mutlak, kerana
Allah berfirman:
‫فسألوا أهل الذكر إن كنتم ال تعلمون‬
Penjelasan isu

• Pendapat 3 (sebahagian ulama’): Boleh jika tiada mujtahid dalam


kawasan berkenaan kerana darurat
• Pendapat 4 (kebanyakan ulama’): Boleh jika mufti itu mampu
mengkaji dalil yang digunapakai oleh mujtahid tersebut
Syarat mufti

• Syarat yang disepakati: Berakal, merdeka, baligh.


• Syarat yang tidak disepakati: Masih hidup, yang paling berilmu,
keadilan
Syarat mufti: Masih hidup
• Isu: Bolehkah kita bertaqlid kepada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti
(imam mujtahid) yang sudah meninggal dunia?
• Pendapat 1 (majoriti): Boleh
• Pendapat 2 (ar-Razi dan ulama’ Syiah): Tidak boleh
• Pendapat 3 (sebahagian ulama’): Boleh jika tiada mujtahid yang masih hidup
kerana suatu keperluan
• Pendapat 4 (sebahagian ulama’): Boleh jika fatwa itu dilaporkan daripada
mujtahid mazhab yang mengetahui fatwa tersebut. Tidak boleh jika ia
dilaporkan oleh orang yang bertaqlid kepada imam tersebut.
Dalil pendapat 1 (boleh)

• Jika dilarang maka ia menyebabkan kerosakan kepada


masyarakat dan menyulitkan mereka
Dalil pendapat 2 (tidak boleh)

1) Seseorang mujtahid boleh menarik balik pendapatnya ketika


beliau masih hidup. Jadi ada kemungkinan seseorang mujtahid
yang sudah meninggal dunia menarik balik pendapatnya –
tidak boleh dijadikan hujah.
2) Pendapat mujtahid yang sudah mati, tidak selamanya
disepakati.
Syarat mufti: Yang paling berilmu

• Orang awam wajib bertanya kepada orang berilmu tentang


hukum
• Orang awam dilarang meminta fatwa daripada orang yang diragui
keilmuannya
• Jika dalam sebuah kawasan hanya ada seorang mufti – orang
awam wajib merujuk kepadanya
• Isu: jika dalam sebuah kawasan ada lebih daripada seorang mufti
Isu: Pemilihan mufti

• Pendapat 1 (sekumpulan ulama’: Ibnu Suraij, al-Qaffal yang


bermazhab Hanbali; Abu Ishaq al-Isfarayini, Abu al-Hasan at-
Tobari dan al-Ghazali yang bermazhab Syafii): Orang awam wajib
memilih mufti yang paling berilmu dan wara’. Jika sama, maka
mereka boleh memilih.
• Pendapat 2 (kebanyakan usuliyun dan fuqaha’; Hanafiyah,
Malikiyah dan kebanyakan Syafiiyah dan Hanabilah): Orang
awam boleh memilih
Dalil

• Pendapat 1: Pendapat mujtahid bagi orang


awam adalah ibarat dalil – perlu tarjih dengan
memilih yang paling utama dan berilmu
• Pendapat 2:
1) Al-Quran
‫فسألوا أهل الذكر إن كنتم ال تعلمون‬
2) Ijma’ sahabat – tidak membezakan antara
fuqaha’ sahabat
3) Logik: orang awam tidak mampu membezakan
antara mujtahid
‫‪Syarat mufti: Keadilan‬‬

‫قال اإلمام الغزايل‪” :‬والعدالة عبارة عن استقامة ويرجع حاصلها إىل هيئة راسخة يف النفس حتمل على مالزمة •‬
‫التقوى واملروءة مجيعا حىت حتصل ثقة النفوس بصدقه فال ثقة بقول من ال خياف اهلل تعاىل خوفا وازغا عن الكذب‬
‫“مث ال خالف يف أنه ال يشرتط العصمة من مجيع املعاصي وال يكفي أيضا اجتناب الكبائر بل من الصغائر‬
‫‪• Majoriti ulama’ – mufti mesti bersifat ‘adalah‬‬
‫عن عمرو بن عوف قال‪ :‬مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول‪(( :‬إين أخاف على أمىت من بعدي من •‬
‫أعمال ثالثة)) قالوا‪ :‬ما هن يا رسول اهلل؟ قال‪(( :‬زلة العامل‪ ،‬وحكم جائر‪ ،‬وهوى متبع)) رواه الطرباين‬
Syarat mufti: Keadilan

• Bagi memenuhi syarat ‘adalah, mufti mestilah:


1) Mengambil sesuatu pendapat berdasarkan kekuatan dalilnya.
2) Hanya membincangkan isu yang boleh diijtihadkan –
utamakan perkara yang disepakati
3) Tidak mengikut nafsu manusia – wajib ikut maslahah dan dalil
THANK YOU

In the Name of God for Mankind


www.utm.my

You might also like