You are on page 1of 33

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

(TITAS)

PENGENALAN ILMU
KETAMADUNAN
OBJEKTIF
1. Keperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini,
dalam konteks Malaysia dan konteks global

2. Hubungkait dengan idea pembinaan Negara Malaysia

3. Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian


budaya, jihad, hegemoni barat dan lain-lain

4. Idea ”clash of civilisation”, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi


dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.
1.1 PERSOALAN MENGENAI TAMADUN

• Apakah tamadun?
• Apakah yang menjadi landasan dalam memahami konsep tamadun?

• Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian
sesuatu Tamadun?

• Apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu
masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?
1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH
TAMADUN

• "History is for human self-knowledge ... the only clue to what


man can do is what man has done. The value of history, then,
is that it teaches us what man has done and thus what man is."

Robin G. Collingwood (1946)


1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH
TAMADUN

• Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep asas, ciri serta sifat


tamadun.

• Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu


tamadun daripada segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan
kemundurannya.

• Sejarah tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa.


1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah


masyarakat dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

• Perkataan ‘tamadun’ juga merujuk kepada pencapaian sains dan teknologi.


1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dari sudut etimologinya ‘tamadun’ berasal daripada perkataan maddana


yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota.

• Daripada maddana wujud perkataan madani yang merujuk kepada sifat


serta kehalusan budi pekerti.

• Perkataan maddana dan madani berasal daripada deen yang merujuk


kepada kehidupan beragama.
1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dalam bahasa Inggeris, tamadun ialah civilization. Ia berasal daripada


perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota.

• Dalam bahasa Arab, dipanggil hadarah.

• Dalam bahasa Melayu pula dipanggil peradaban.


1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Tokoh falsafah Greek iaitu Plato : mengemukakan konsep polis dalam


karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat
yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi
budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan
sosialnya.

• Tokoh falsafah Islam iaitu Ibn Khaldun : mengemukakan teori umran


badawi dan umran hadhari bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun
yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.
1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN
Kesimpulannya tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pembangunan dalam:
1. Perlakuan
2. Pemikiran
3. Kemajuan (sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan)

yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi bagi
membentuk sebuah negara bangsa.
1.4 AGAMA & TAMADUN
• Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian
ketamadunan.
• Tamadun-tamadun dunia seperti:
• Aztec
• Sumeria/Babylonia
• Mesir Purba
• China
• Indus-Ganges

• Semuanya mempunyai tradisi sistem kepercayaan (agama) yang


mendominasi malah menentukan imej tersendiri.
1.4 AGAMA & TAMADUN
• Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat agama mempunyai
kaitan yang rapat dengan tamadun.

• Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam


menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

• Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama
- tamadun Barat kontemporari yang memencilkan nilai-nilai keagamaan.
1.4 AGAMA & TAMADUN
• Arnold Toynbee - “in the course if its evolution, a civilization produced,
among other things, a universal state and higher form of religion”.

• Edward Sullivan - “Muslim civilization was the product of Muslim


religion”.

• Thomas Berry - tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China


dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada
agama-agama besar Asia.
1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Masyarakat bertamadun = masyarakat yang memiliki budaya tinggi dan


terpuji.

• Walau bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat


dari dua keadaan berikut:

1. Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan


pengaruh budaya.

2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan


budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.
TAMADUN & BANGSA
• Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah,
tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.

• Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi.

• Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu
bangsa atau kaum. Contoh : Tamadun Islam dan Tamadun Barat.
PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN
• Tamadun merupakan evolusi : daripada kehidupan desa kepada kehidupan
bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada kehidupan menetap.

• Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri


seperti:
• Tamadun Yunani - kesusasteraan falsafah dan kesenian
• Tamadun Cina - kemahiran kraf
• Tamadun Islam - perspektif pandangan dunia yang menyeluruh dan
perkembangan sains dan teknologi
PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

• Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri


seperti:
• Tamadun Yunani - terkenal dengan kesusasteraan falsafah dan kesenian
• Tamadun Cina - kemahiran kraf
• Tamadun Islam - perspektif pandangan dunia yang menyeluruh dan
perkembangan sains dan teknologi
PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN
Ciri/Dasar Tamadun:

1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia.

2. Peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat


penghidupan.

3. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,


pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN
4. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan
satu sistem tulisan yang tersendiri.

5. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
yang berwibawa.

6. Kelahiran dan peningkatan reka cipta dalam teknologi.

7. Kelahiran dan perkembangan kreativiti dalam falsafahah, kesenian,


kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

• Faktor-faktor pendorong kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum


ini.

1. Kedudukan geografi yang strategik.


2. Keagamaan dan kerohanian
3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai
4. Tekanan kehidupan.
5. Interaksi dengan tamadun lain.
KEGEMILANGAN TAMADUN

• Memperolehi pencapaian yang luar biasa di dalam pelbagai bidang


seperti:

• Kesenian.
• Kesusasteraan.
• Pemikiran dan falsafah.
• Penciptaan teknologi.
KEMEROSOTAN TAMADUN

• Terdapat tamadun mampu bertahan dalam satu tempoh masa yang begitu
panjang namun tetap mengalami kejatuhan seperti:

• Tamadun Romawi - dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius


(30 SM -180 M).
• Tamadun Islam Uthmaniyyah (tahun 1299 – 1922) iaitu lebih daripada
enam kurun.
KEMEROSOTAN TAMADUN

• Faktor-faktor kemerosotan sesebuah tamadun:

1. Berlaku ketidakadilan.
2. Berleluasa penindasan & kezaliman.
3. Keruntuhan moral & nilai dalam masyarakat.
4. Wujud sikap & pemikiran yang tertutup.
5. Tragedi malapetaka & bencana alam
1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA
TAMADUN

• Dari sudut etika, berlaku persamaan antara tamadun terhadap perkara-


perkara seperti:

• Alam Sekitar.
• Keluarga.
• Komuniti.
• Kerajaan.
• Ekonomi.
• Pendidikan.
• Kesihatan.
1.8 INTERAKSI ANTARA TAMADUN
• Perbincangan mengenai interaksi antara tamadun merujuk kepada beberapa
jenis interaksi yang wujud iaitu:

1. Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama (Melayu, Bugis,


Banjar, Minangkabau)
2. Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza (biasanya
berbeza amalan agama)
3. Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak
Dominan (semasa berlakunya perbezaan dalam penyebaran agama)
1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

• Perkara yang akan dilihat :

1. Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya


2. Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di
Malaysia
3. Prinsip-Prinsip Dialog
4. Halangan Kepada Dialog.
5. Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global
Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang
Berkaitan Dengannya
• Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog
(The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun
berlalu

• Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui
stance atau pendekatan yang apologetic mahu pun defensive tetapi
berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara
yang sebenarnya.

• Melalui dialog, kita boleh memanfaatkan keadaan dimana nilai-nilai


tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai persamaan
dari segi adab, kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup
berharmoni.
Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan
Praktik Dialog Di Malaysia

Dialog Kehidupan Seharian


• Melalui proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di
dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam
dan lain-lain.

Dialog Kemasyarakatan
• Di sini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui sesuatu kerja atau tugas
secara bersama. Contoh : projek mengutip derma mangsa bencana alam
Prinsip-Prinsip Dialog
• Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari
sesuatu.

• Dialog mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua buah


pihak.

• Setiap perserta dialog hadir dalam keadaan yang ikhlas.

• Setiap peserta mestilah berupaya mendefinisikan diri dan pandangan yang


dipegangnya dengan jelas.
Halangan Kepada Dialog
• Conversion - ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar
diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.

• Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan
tidak bersedia untuk berdialog.

• Innuendo sosial — perasaan tidak senang apabila ada pihak yang


mempersoalkan keteguhan seseorang terhadap agamanya.

• Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan
pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.
Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

Di peringkat global
• Pada tahun 1999 (dalam The Islamic Symposium on Dialogue), negara-
negara O1C telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog
peradaban.

Di peringkat nasional
• Perdana Menteri Malaysia ke 5 dalam ucapannya di Oxford Centre of
Islamic Studies telah menawarkan Kuala Lumpur sebagai ‘pusat’ dialog
peradaban antarabangsa.
1.10 KESIMPULAN

• Demi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-kumpulan Etnik di


Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai bersama serta bersikap patriotik.

• Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing


boleh memupuk rasa saling memahami khususnya untuk rakyat Malaysia
yang berbilang bangsa.
 SEKIAN
 TERIMA KASIH

You might also like