You are on page 1of 34

BAB 4

Tamadun India
4.1 SEJARAH TAMADUN INDIA:

Sejarah kemunculan Tamadun India boleh


dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:-

1. Zaman Awal (100,000 SM - 1000 SM)


2. Zaman Pertengahan ( 1000 - 1756 M)
3. Zaman Moden (1857 M - kini)
4.2 KONSEP TAMADUN INDIA:

Tamadun India merangkumi dua bahagian utama


benua kecil India iaitu:-

1. Indo-Arya (berpuasat di India Utara)


2. Dravida (berpusat di India Selatan)
4.3 WILAYAH:
1)Kedudukan Geografi
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi
dengan Pergunungan Himalaya.
Meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi
iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh
Eropah kecuali Rusia.
Terbahagi kepada India Utara dan India Selatan yang
dipisahkan oleh Pergunungan Vindhya.
Bersebelahan dengan tamadun Parsi di barat dan
tamadun Cina di timur.
Perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara
dan India Selatan berbeza dari segi :-

· rupa bentuk fizikal


· bahasa
· budaya
· amalan-amalan keagamaan
Dibahagi berdasarkan kepada bahasa iaitu

1. Indo-Arya yang menetap di Utara India


2. Dravida di Selatan India.
2)Masyarakat Indo-Arya
Bahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan
bahasa-bahasa Indo-Arya.
Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan
Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk
mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat
bagi masyarakat ini.
Keempat-empat Veda atau kitab ini mempunyai
pengaruh yang kuat dalam aspek :-
· pemikiran
· kepercayaan
· amalan
· kehidupan masyarakat Indo-Arya
3) Masyarakat Dravida

Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang


merupakan asas untuk semua bahasa Dravida.
Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini
adalah berasaskan ajaran Saivisme dan Vaisnavisme
yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.
4.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA:

1) Sistem keluarga
Mengamalkan ‘sistem keluarga bersama’ iaitu
keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan,
isteri serta anak yang belum berkahwin.
Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang.

Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua


aspek iaitu :-
1. · Ashrama Dharma
2. · Purusartha
Ashrama Dharma
Menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh
setiap manusia iaitu:-

1. Tahap Pertama = Brahmacharya: Mempelajari ilmu


pengetahuan
2. Tahap Kedua = Grihasta: Berumah tangga dan bekerja
3. Tahap Ketiga = Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri
dari duniawi
4. Tahap Keempat = Sannyasa: Sebar ilmu kepada
masyarakat
Purusartha
Ia menjelaskan empat objektif mulia dalam
kehidupan:-

1. Objektif Pertama Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan


kepada moral dan etika
2. Objektif Kedua Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk
kekayaan yang halal
3. Objektif Ketiga Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau
kasih sayang dan kepuasan menikmati harta benda
4. Objektif Keempat Mulia = Moksha/ Vidu:
Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi
2) Sistem kasta

Terbahagi kepada dua iaitu sistem varna dan sistem


jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam
sistem varna adalah pembahagian kelas sosial yang
tetap hierarkinya dan tidak berubah.
1. Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama
2. Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera
3. Vaisya: pedagang dan peniaga
4. Sudra: buruh dan petani
5. Panchama/ Chandala: golongan murtad dan
dibuang daripada varna
Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Indo-Arya

Pada Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan


diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum
lelaki.
Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta
kitab-kitab suci.
Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat
pendidikan yang sama.
Namun begitu, pada Zaman Veda kedudukan
kaum wanita merosot dan banyak sekatan
dikenakan ke atas mereka.
Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di
India, pergerakan-pergerakan reformasi Hinduisme
telah memulihkan kedudukan wanita pada kurun-19
dan kurun-20.
Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Dravida

Pada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan


kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India
Selatan.
Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati,
disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.
Kedudukan kaum wanita mulai mengalami
kemerosotan selepas Zaman Sangam.
Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan
semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa
penjajah khasnya kuasa British di India.
3) Bahasa dan Kesusasteraan

Kumpulan Bahasa
Bahasa-bahasa India dibahagikan kepada dua rumpun
keluarga bahasa iaitu
1. Bahasa-bahasa Indo-Arya
2. Bahasa-bahasa Dravida.
Kesusasteraan Sanskrit (Indo-Arya)
Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-
Kesusasteraan Vedik
1. Rig Veda
2. Yajur Veda
3. Sama Veda
4. Atharva Veda
Kesusasteraan Epik
1. Epik Mahabrata
2. Bhagavadgita
3. Epik Ramayana
Kesusasteraan Dravida (Dravida)
Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-
Kesusasteraan Dravida
1. Aindiram
2. Agattiyam
Kesusasteraan Sangam
1. Puisi aham
2. Puisi puram
3. Tirukkural
4. Naladiyar
4.5 Pandangan Semesta
Tamadun India
Falsafah & pegangan agama masyarakat India.
Hinduisme (idea agama, falsafah & budaya).
Karma
Kelahiran semula
Agama suatu amalan hidup
4.6 KEPELBAGAIAN AGAMA DALAM TAMADUN INDIA:

Hindu
Buddha
Jaina
Sikh
1) Agama Hindu

Terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu


iaitu:
1. Kuwujudan Tuhan yang tunggal
2. Manusia itu suci
3. Perpaduan melalui percintaan
4. Harmoni agama, dan
5. Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci
dan mantera yang suci.
Di samping itu, terdapat sepuluh displin yang bersifat
sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu:
1. Kejujuran (satya)
2. Kesederhanaan (ahimsa)
3. Tidak berzina (brahmacharya)
4. Tidak merompak (asteya)
5. Kesucian (aparigraha)
6. Kebersihan (ahaucha)
7. Kepuasan (santosh)
8. Mengkaji kitab (swadhyaya)
9. Penjimatan (tapas)
10. Doa (pooja)
2)Agama Buddha

Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma


(bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit)
merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu:

1. Penderitaan itu universal (dukkha)


2. Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya)
3. Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha)
4. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha
nirohda marga)
Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda
empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu:

1. Kecuaian (avidya)


2. Kecenderungan (samskara)
3. Kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)
4. Nama dan bentuk (nama rupa)
5. Lima organ deria dan minda (sodayatana)
6. Hubungan antara deria dengan objek (sparsa)
7. Sensasi (verdana)
8. Nafsu (trasna)
9. Bergantungan kepada pewujudan (upadana)
10. Bertekad untuk lahir (bhava)
11. Kelahiran (jati)
12. Usia tua dan kematian (jara marana)
Ajaran Buddha juga telah mengesyorkan Lapan Jalan Mulia
untuk mencapai nirvana. Lapan Jalan Mulia tersebut ialah:

1. Pandangan yang betul (kefahaman)


2. Aspirasi yang betul (cita-cita)
3. Pertuturan yang betul (komunikasi)
4. Kelakuan yang betul (aksi)
5. Kehidupan yang betul (sara hidup)
6. Usaha yang betul (daya usaha)
7. Minda yang betul (mental)
8. Konsentrasi yang betul (meditasi)
Lapan Jalan Mulia ini adalah untuk mengatasi samsara
(sengsara) kitaran kelahiran semula. Maka seseorang harus
menghindari karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan
jahat.
3) Agama Jaina

Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana


yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar).
Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan
ajaran-ajaran Buddhisme.
Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan
akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula
roh-roh individu.
Agama Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas
atau nava-tattva iaitu:

1. Jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan


bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi)
2. Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)
3. Asrava (daya penarik)
4. Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat)
5. Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik)
6. Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
7. Samvara (menahan pengaliran karma)
8. Nirjara (penghapusan karma), dan
9. Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
4) Agama Sikh

Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak yang


merupakan seorang Kshatriya Hindu yang dilahirkan
di Punjab.
Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran
agama Sikh ialah menolak penggunaan patung
sebagai gambaran Tuhan
dan Tuhan adalah kuasa terkuat yang memberi kurnia
menurut kehendaknya.
Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini
seperti konsep kelahiran semula dan karma
Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-
perkara seperti:

1. Kekayaan
2. Pertalian keluarga
3. Pelajaran
4.7 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA
Istilah Indianisasi (Indianisation) sangat tepat bagi
merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk
sumbangan yang diterima daripada tamadun India.

Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) pula


hanya membataskan sumbangan berasaskan
Hinduisme sahaja.
Pencapaian dalam Bidang Kesenian
Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam
bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti
berikut:

1. Seni halus
2. Tarian
3. Drama
4. Seni bina dan seni ukir
5. Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Keilmuan
1. Matematik
2. Astronomi dan Kalendar
3. Fizik
4. Kimia
5. Logam
6. Perubatan
 

You might also like