You are on page 1of 20

TUNJANG 4 :

LAKUAN MOTOR DAN


BIOMEKANIK

UNIT 1 : ASAS KAWALAN


MOTOR
DEFINISI KAWALAN MOTOR

Bidang pengajaran pergerakan manusia


tentang mekanisme sistem biologi
menghasilkan lakuan motor.

Bidang kawalan motor mengkaji postur


dan pergerakan manusia serta mekanisme
yang mengawal kedua-duanya.
DEFINISI KAWALAN MOTOR
Bidang ini menjelaskan bagaimana
berlakunya organisasi semua proses yang
terlibat dalam mekanisme mengawal
pergerakan.

Kawalan pergerakan dicapai menerusi


interaksi semua jenis lakuan motor yang
mampu dihasilkan oleh sistem biologi.
FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM
LAKUAN MOTOR
Sistem biologi pula berperanan menerima dan
memproses rangsangan tersebut bagi
membolehkan penghasilan pergerakan
Dalam sistem biologi, tiga sistem utama yang
bertanggungjawab mengawal postur ialah:
(i) Sistem visual.
(ii) Sistem vestibular.
(iii) Sistem kinestetik atau somatosensori.
SISTEM VISUAL

Reseptor sensori yang paling dominan


berbanding reseptor sensori yang lain.
Sekiranya rangsangan diperolehi daripada
semua reseptor pada masa yang sama,
sistem biologi lazimnya akan
“mendahulukan” rangsangan yang
diperolehi daripada sistem visual.
SISTEM AMBIENT

Sistem visual peringkat rendah


Fungsi utama sistem ini adalah untuk
mengekalkan keseimbangan serta
mewujudkan kesedaran terhadap
persekitaran.
Contoh, dalam permainan bola tampar,
pemain mampu menggelakkan diri
daripada terkena bola yang ditampar
keluar daripada gelanggang.
SISTEM AMBIENT

Dari sudut kawalan motor, sistem


ambient membolehkan pemain tadi
melihat arah pergerakan bola serta
membuat anggaran posisi akhir bola
berdasarkan kelajuan, kedudukan dan
arah bola tersebut.
SISTEM FOKAL
Sistem visual peringkat tinggi.
Fungsi utama sistem ini adalah untuk
pemfokusan dan diskriminasi imej.
Contoh, sekiranya dua pasukan ragbi yang
bertanding menggunakan jersi-jersi berwarna
hitam dan biru gelap, sistem fokal
membolehkan pemain tadi membezakan warna
jersi pasukannya daripada warna jersi pasukan
lawan (fakta ini sah dengan “mengandaikan
pemain” tersebut tidak buta warna).
SISTEM VESTIBULAR
Berperanan dalam pengawalan equilibrium jasad.
Terletak di bahagian dalam telinga.
Kawalan postur bagi penghasilan pergerakan amat
bergantung kepada sistem vestibular.
Sekiranya maklumat visual tidak dapat diperolehi,
kawalan postur yang baik masih boleh dicapai
menerusi fungsi sistem vestibular.
Tetapi sekiranya sistem vestibular mengalami
kerosakan, kawalan postur tetap akan terjejas
walaupun maklumat visual wujud.
SISTEM KINESTETIK ATAU
SOMATOSENSORI
Berperanan memproses maklumat mengenai
orientasi jasad.
Maklumat kinestetik membekalkan butir-butir
mengenai posisi anggota dalam persekitaran.
Maklumat kinestetik ini diperolehi daripada
reseptor-reseptor sendi, otot, kulit dan tendon.
Reseptor-reseptor yang menyampaikan maklumat
kinestetik dikenali sebagai proprioseptor.
SISTEM KINESTETIK ATAU
SOMATOSENSORI
Contoh, dalam gimnastik, maklumat
kinestetik membolehkan atlit sedar bahawa
kepalanya berada di bawah daripada kaki
ketika melakukan dirian tangan dengan mata
dipejamkan.
FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM
LAKUAN MOTOR
Keupayaan manusia menghasilkan pergerakan,
sama ada secara voluntari atau involuntari
adalah dipengaruhi oleh interaksi yang berlaku
di antara sistem biologi dengan
persekitarannya.
Persekitaran berperanan menyediakan
rangsangan yang relevan untuk penghasilan
respon
PERANAN PERSEKITARAN
DALAM KAWALAN MOTOR
Sebagai pembekal maklumat ekstrinsik kepada sistem
biologi.
Segala maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan
sesuatu lakuan motor wujud dalam persekitaran.
sistem biologi hanya menentukan maklumat-maklumat
yang relevan untuk diproses selanjutnya.
Dua sumber maklumat yang mempengaruhi proses
penghasilan pergerakan ialah
(i) Rangsangan
(ii) Daya fizikal
RANGSANGAN
Semua jenis maklumat persekitaran yang
diterima melalui reseptor sensori.
Selepas reseptor sensori menerima
rangsangan tadi berbagai proses akan
berlaku dalam sistem biologi sebelum
pergerakan boleh dihasilkan.
Contoh rangsangan adalah seperti bunyi,
wisel, kelajuan bola, saiz reket dan lain-
lain.
DAYA FIZIKAL
Merujuk daya yang wujud secara semula
jadi dalam persekitaran.
Contoh daya fizikal adalah seperti daya
geseran, rintangan udara dan velositi.
Keupayaan manipulasi daya fizikal adalah
seperti kebolehan atlit menganggarkan daya
yang perlu dihasilkan bagi melakukan
sesuatu pergerakan atau respon dengan
berkesan.
INTERAKSI SISTEM BIOLOGI DAN
PERSEKITARAN DALAM
KAWALAN MOTOR
Persekitaran menyediakan rangsangan, manakala
sistem biologi pula menerima dan memproses
rangsangan tersebut.
Keupayaan manusia melakukan pergerakan adalah
hasil daripada interaksi antara sistem biologi dengan
persekitarannya.
persekitaran mempengaruhi jenis pergerakan yang
boleh dilakukan dan sistem biologi pula akan
memproses jenis pergerakan yang sesuai dengan
keadaan persekitaran.
INTERAKSI SISTEM BIOLOGI DAN
PERSEKITARAN DALAM
KAWALAN MOTOR

“Kesedaran” sistem biologi terhadap pengaruh


persekitaran ke atasnya (dalam konteks penghasilan
pergerakan) adalah dibolehkan oleh komponen yang
dikenali sebagai sistem persepsi.
PERANAN SISTEM PERSEPSI
Berfungsi memberi “makna” kepada perkara-
perkara yang berlaku di dalam persekitaran
masing-masing.
Dalam kawalan motor, sistem persepsi
berperanan mentafsir rangsangan yang wujud
dalam persekitaran.
Keupayaan persepsi adalah dipengaruhi oleh
tahap pengetahuan, pengalaman serta
kemahiran motor.
PERANAN SISTEM AKSI
Berperanan merealisasikan tafsiran sistem persepsi tadi
kepada bentuk pergerakan yang relevan dengan tafsiran
tersebut.
Proses merealisasikan tafsiran persepsi kepada aksi
dilaksanakan menerusi tiga proses iaitu
(i) Organisasi lakuan
(ii) Perlaksanaan lakuan
(iii) Pemantauan lakuan.
PERANAN SISTEM AKSI
Organisasi lakuan - Contoh sekiranya respon yang
hendak dihasilkan ialah aksi menangkap, proses organisasi
lakuan bertanggungjawab memastikan sistem-sistem yang
bakal terlibat dengan aksi tersebut, contohnya otot tangan
dan jari sudah “bersedia” untuk melakukan pergerakan
tersebut.
Perlaksanaan lakuan - Proses pelaksanaan lakuan adalah
pergerakan fizikal yang dapat dilihat.
Pemantauan lakuan - Peringkat individu memperolehi
pengalaman sensori daripada pergerakan yang telah
dilakukan

You might also like