You are on page 1of 42

TAJUK 1:

Sosiologi dan Pembelajaran

1
Pengertian Sosiologi
• Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte
(1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842).

• Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio”


bermaksud “berkongsi”.

• Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani


dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai
masyarakat”.

2
...sambungan

…Pengertian Sosiologi
• Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi
(Vander Zanden 1996).

• Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif


seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary
1995).

• Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-


kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).

• Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial


hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).

3
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Tisher, Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi
ialah:

“Sosiology is the scientific study of human society and


social interactions. The main focus of sociology is the
group, not the individual.”

4
...sambungan

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan


sosiologi?

5
...sambungan

Kesimpulan
• Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik
tentang interaksi manusia dalam masyarakat daripada
pelbagai sudut.

6
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal,
kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada
kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada
dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.

• Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung


yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai
fenomena sosial

• Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi,


populasi, politik dan sebagainya)

7
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur
asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-
tekanan utama yang melemahkan mereka dan
mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan
sosial mereka.

8
Sains Fizikal Sosiologi Sains Kemanusiaan

Nota: Sosiologi terletak di tengah-tengah


antara sains fizikal dan Sains Kemanusiaan

9
• Dalam konteks Malaysia, sosiologi bukanlah
satu bidang akademik yang popular jika
dibandingkan dengan bidang sains sosial
yang lain, misalnya sejarah, geografi,
psikologi dan sebagainya.

• Di malaysia, sosiologi dipelajari di peringkat


pengajian tinggi (universiti)

• Ini berbeza dengan negara Barat, yang mana


subjek sosiologi telah dipelajari ketika di
sekolah.
10
• Akibatnya, ramai tidak tahu akan kepentingan
sosiologi. Hakikatnya sosiologi mempunyai
kepentingannya:

• Antara kegunaan sosiologi:


i. Untuk memahami situasi sosial dalam
masyarakat
ii. Untuk penggubalan polisi. Oleh kerana
sosiologi memfokuskan masyarakat, maka
melalui sosiologi, kita akan lebih memahami
masyarakat & seterusnya memudahkan
penggubalan polisi untuk masayarakat.
11
• iii. Kesedaran mengenai perbezaan budaya
dapat diketahui melalui pembelajaran ilmu
sosiologi.

• iv. Panduan reformasi sosial. Berdasarkan teori


sosiologi, seseorang boleh mengaplikasinya
dalam kegiatan masyarakat,misalnya sebagai
aktivis sosial.

• v .panduan dalam menyelesaikan masalah


sosial yang berlaku dalam masyarakat akibat
daripada pemodenan.
12
Perspektif Sosiologi

13
Perspektif Sosiologi
• Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang
tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial

• Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku


masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok.

14
...sambungan

Perspektif Sosiologi

MIKRO
MAKRO
Mikrobersifat
Makro sosiologi sosiologi bersifat
besar, kecilorganisasi,
bercorak dan individu
dan kompleks

15
...sambungan

Perspektif Sosiologi

MIKRO MAKRO

• Masalah penagihan • Masalah kecurian dalam


dadah adalah masalah masyarakat yang
individu berpunca dari penagih
dadah

CONTOH PERSPEKTIF SOSIOLOGI

16
...sambungan

Perspektif Sosiologi

• Berikan contoh yang dapat membezakan antara


perspektif sosiologi secara mikro dan makro.

17
...sambungan
Tokoh-Tokoh Sosiologi
Ibnu Khaldun (1332-1406)
1. Lahir di Tunisia
2. Menurutnya sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan
memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia
3. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi
serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan
4. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari
punca-punca fenomena sosial

Kajian Ibnu Khaldun telah dibukukan dalam bukunya bertajuk


“MUKADIMAH” dalam buku ini, ianya membincangkan secara
mendalam mengenai masyarakat Arab, pembentukan kerajaan (politik),
sistem ekonomi, sistem sosial, ilmu pendidikan, aspek keagamaan dan
pelbagai lagi isu sosial masyarakat.

18
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi BARAT


Auguste Comte (1798-1857)

1. Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat),maka Comte dikenali


sebagai bapa sosiologi. (Comte dianggap orang yang mula
memperkenalkan ilmu sosiologi)
2. Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks
berbanding dengan sains lain
3. Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi
berada pada kedudukan teratas (ratu)
4. Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik
dan sistematik

19
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
Karl Marx (1818-1883)

1. Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang


berasal dari Jerman
2. Idea Marx adalah perubahan sosial bukanlah dipengaruhi
oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi

3. Marx juga mengkritik sistem kapitalisme – pihak


berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi
sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan
borjuis

20
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
Emile Durkheim (1858-1917)
1. Berasal dari Perancis.
2. Idea Emile Durkheim adalah:
 Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya
pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang
perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial
dapat dikaji seperti objek nyata)
 Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan
mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan social
 Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial
tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan
moral

21
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
Max Weber (1864-1920)

1. Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi


adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa
2. Menganggap agama penting sebagai agen perubahan
3. Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri
utama sesuatu perkara atau fenomena
4. Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan
kepada perubahan sosial
5. Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku
(tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)

22
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)
1. Konsep simbol dan bahasa penting kepada kehidupan
sosial manusia
2. Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
3. Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
4. Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
5. Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri
6. Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap
isyarat
7. Kendiri ialah proses mental dan tidak dapat dipisahkan
dengan minda
8. Berfikir adalah sama seperti bercakap dengan orang lain

23
...sambungan

Teori Utama Sosiologi

24
Teori Fungsionalisme
• Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)

• Teori ini menganggap MASYARAKAT seperti tubuh badan manusia.


***(tubuh badan mempunyai bahagian tertentu DAN setiap bahagian pada
tubuh akan mempunyai fungsi-fungsi tersendiri, agar tubuh badan
berfungsi dengan baik)

• Begitu juga dalam masyarakat, akan adanya bahagian @ struktur


tertentu & setiap struktur dlm masyarakat ini perlu memainkan
peranan@fungsinya agar masyarakat terus stabil & berterusan &
mencapai matlamat bersama.

• Misalnya, dalam konteks masyarakat kecil (e.g; sekolah), setiap


bahagian, di sekolah (e.g ; koko, kurikulum, dsbnya) perlu memainkan
peranannya, agar sekolah dalam keadaan baik.

25
Teori Konflik
• Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti
oleh Max Webber (1864 – 1920)
ALIRAN KARL MARX

• Teori melihat masyarakat daripada perspektif


konflik dan perubahan.

• Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza,


kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau
kumpulan yang mahukan perubahan.

• Konflik dalam masyarakat adalah elemen penting


yang menyumbang kepada perubahan sosial.

26
...sambungan

…Teori Konflik
• Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan.
merupakan asas kepada pembentukan masyarakat

• Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga, dan


pendidikan dikenali sebagai superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi
oleh faktor asas iaitu ekonomi.

ALIRAN WEBER

• Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-
mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat
(pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi.

• Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu


kumpulan status/kelas sosial

27
• Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan
oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.

• Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di


luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb.

• Perkembangan individu tidak diutamakan.

28
Teori Interaksionisme Simbolik
• Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)

• Interaksi simbolik melihat bagaimana individu


membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan
orang lain.

• Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol


seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna
semasa interaksi menyebabkan hubungan
bertambah mesra

29
• Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).

• Teori ini mengaitkan dan mengkaji nteraksi murid, guru, dan


pihak pentadbiran di sekolah.

• Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan


guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki,
dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan.

• Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa


mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.

30
Pengertian Pendidikan
• Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah
kesempurnaan.

• John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan


individu.  Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula
jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih
berguna dan lebih selamat lagi.

31
Pengertian pendidikan
• Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu
generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama
(Amir Hasan 2006)

• Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu


‘produk’ (hasil).

• Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu


diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah
kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

32
Pendidikan
• Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah
melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu.

• Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan


mengikut perspektifnya.

• Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif


sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

33
Perspektif sosiologi
1. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu
bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar
dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk
menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial,
kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks
sesuatu masyarakat itu.

2. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’


(selection) yang menentukan kedudukan atau status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu:
lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya
dalam masyarakat.

34
Perspektif Antropologi
1. Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli
sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima
kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang
dianggap sesuai dalam masyarakat itu.

2. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang


menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang
‘baik’ dalam masyarakat itu.

3. Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh


sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan
kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza
dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama
dan tatasusila

35
Perspektif Ekonomi
1. Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau
sebagai satu ‘consumption’.

2. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang,


masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan.
Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan
membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan,
melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan
pendapatan yang lebih tinggi.

3. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses


dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk
kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.

36
Perspektif Sains Politik

1. Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya


mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui
tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara.

2. Negara kita Malaysia mendidik generasi muda supaya


memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun
Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.

37
Apakah hubungan antara sosiologi &
pendidikan

 Dlm masyarakat adanya 5 institusi sosial yg terpenting:


politik, ekonomi, pendidikan, agama & keluarga)

 Maka, menurut ahli sosiologi,pendidikan merupakan satu


cabang dalam bidang sosiologi.- “sosiologi pendidikan”.

 Bidang sosiologi pendidikan ini berkembang kerana


pengkaji menggunakan pendekatan sosiologi (e.g teori
sosiologi) dalam menganalisis sesuatu isu dalam sistem
pendidikan.
Sosiologi pendidikan

• Sosiologi pendidikan didefinisikan sebagai suatu kajian saintifik


yang menghubungkan antara pendidikan dan masyarakat .

• Menganalisis proses sosiologi yang melibatkan institusi


pendidikan.

• Misalnya kajian dalam aspek matlamat pendidikan, kaedah,


institusi, pentadbiran, dan kurikulum yang berkait dengan bidang
ekonomi, politik, agama, sosial, dan budaya.

39
* SOSIOLOGI PENDIDIKAN
*Sosiologi pendidikan ialah sains sosial gunaan yang
menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji pendidikan.
* la penting kepada para pendidik & juga ibu bapa dalam
usaha memahami pelajar di sekolah

*Pada asasnya, sosiologi pendidikan bertujuan mengkaji


tentang perhubungan pendidikan dengan masyarakat.

*Kesimpulannya sosiologi pendidikan adalah kajian tentang


masyarakat di dalam institusi pendidikan dengan
menggunakan pendekatan & teori sosiologi
* Kegunaan sosiologi pendidikan
* Mengkaji bagaimana pendidikan dapat digunakan untuk
membantu individu & masyarakat
* Mengkaji kesamaan & ketidaksamaan dalam pendidikan supaya
polisis yg bersesuaian dapat dipraktikkan
* Memberi gambaran yang jelas kepada semua pihak yang terlibat
mengenai organisasi sekolah & persekitarannya
* Meningkatkan penguasaan konsep & kemahiran para guru untuk
berhadapan dengan pelajr berbeza latar belakang, etnik,
jantina
* Membantu guru memahami budaya lain yang berbeza
dengannya, agar guru tidak mempunyai sikap bias, prejudis
terhadap kepelbagain budaya pelajar.
* Supaya para guru memahami bentuk-bentuk interaksi berbeza
antara pelajar di bilik darjah

You might also like