You are on page 1of 27

Prof Madya Dr Kamarulzaman Abdul Ghani

Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah


Universiti Malaysia Kelantan
APAKAH PROPOSAL
PENYELIDIKAN?
Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik
sebelum penyelidikan sebenar dijalankan

Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan


bagi memantapkan penyelidikan

Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik


seperti projek ilmiah, latihan ilmiah,disertasi atau
tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan
mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi
berkaitan
APAKAH OBJEKTIF UTAMA
PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP)
1. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal
pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil
penyelidikannya.

2. Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan


cadangan dan bimbingan terhadap perancangan
penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya.

3. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan


penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah
penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian
dicadangkan berhasil.
KANDUNGAN PROPOSAL
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
BAB 1 : PENDAHULUAN 1. Pengenalan
1. Pendahuluan 2. Pemboleh Ubah dan isu berkaitan
2. Latarbelakang kajian 3. Teori berkaitan
4. Konsep/Model (optional)
3. Pernyataan masalah/isu 5. Kajian Lepas
4. objektif kajian 6. Rumusan
5. Persoalan kajian
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
6. Hipotesis ( optional) 1. Pengenalan
7. Kerangka teori 2. Rekabentuk kajian
8. Kerangka konseptual kajian 3. Instrumen Kajian
4. Kesahan
9. Kepentingan kajian 5. Kajian Rintis
10. Definisi istilah dan operasional 6. Populasi Dan Pensampelan
7. Pengumpulan Data
11. Skop dan batasan kajian
8. Analisis Data
12. Rumusan 9. Rumusan
TAJUK
Mampu menjelaskan persoalan dan fokus kajian
Tajuk yang baik :
i.  Mengenal pasti isu utama penyelidikan
ii.  Tepat, jelas, spesifik dan lengkap
iii.  Seringkas yang mungkin
iv.  Tidak mengandungi singkatan yang jarang digunakan

 Ini boleh berubah, tetapi pastikan terdapat ‘kata


kunci' penting yang akan berkaitan cadangan kajian.
PENGENALAN
Pengenalan seharusnya mempunyai:

Daya tarikan kepada pembaca.


Asas yang mendasari permasalahan
kajian.
Menunjukkan kedudukan kajian dalam
konteks bidang kajian.
Dapat menjelaskan sasaran audien kajian.
APAKAH PERMASALAHAN KAJIAN?
Masalah kajian merupakan suatu isu, kesulitan atau kebuntuan
yang didapati dalam literatur, teori atau praktis yang
menggerakkan penyelidik untuk merungkainya.

Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang


memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk
direalisasikan

Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara


dua atau lebih pemboleh ubah

Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak


kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang boleh
diuji secara empirikal
TIPS MENGENAL PASTI MASALAH:
Masalah baru - Prinsip asas ‘nilai tambah ilmu’
perlu diberikan penekanan dalam menjalankan
penyelidikan

Masalah tidak terlalu kecil

Masalah tidak terlalu besar atau umum


APAKAH UKURAN BESAR ATAU
KECIL MASALAH?
Kemahiran penyelidik

Maklumat literature review


PENDEKATAN DALAM MENULIS
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan
kajian.
2. Mengketengahkan latar sejarah permasalahan kajian.
3. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu
kontemporari berdasarkan data atau maklumat
literatur.
4. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk
dikaji.
APAKAH MATLAMAT/TUJUAN KAJIAN?

Matlamat umum sesebuah kajian

Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan


OBJEKTIF KAJIAN
Adalah matlamat khusus yang mengandungi lebih
daripada satu tujuan.

Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenal pasti


maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah
kajian dicadangkan. Objektif kajian hendaklah
berdasarkan prinsip ‘V’.
TERMINOLOGI DALAM OBJEKTIF KAJIAN

Untuk mengenalpasti (to identify)


Untuk mencari hubungan (to correlate)
Untuk mengukur (to measure)
Untuk mengkaji (to examine)
Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
Untuk menganalisa (to analyze)
Untuk menilai (to evaluate)
Untuk membandingkan (to compare)
Untuk menentukan (to determine)
Untuk membuktikan (to prove)
Untuk mencadangkan (to propose)
PERSOALAN KAJIAN
Mengecilkan permasalahan kajian yang lebih besar
kepada persoalan tertentu dan diuji

Menjawab persoalan “Why does this research need to be


conducted ?”
Asas kepada penyelidikan
Mempunyai perkaitan dengan pernyataan masalah
Menyatakan beberapa permasalahan yang berlaku
dalam bentuk senarai soalan?
Membantu pengkaji fokus kepada aspek-aspek yang
terhad
KERANGKA TEORI
Teori ialah pendapat yg dikemukakan untuk
menerangkan sesuatu perkara atau fenomena.
Kerangka teorti terdiri daripada satu set konstruk
(variabel) yang saling berkaitan, definisi dan pernyataan
yang mempersembahkan satu pandangan sistematik
tentang fenomena yang dikaji.
Ia menunjukkan hubung kait antara pemboleh ubah
yang terlibat, bagi menerangkan, menjelaskan dan
meramal fenomena yang dikaji.
Ia berupaya menggambarkan satu set saling hubung kait
yang telah dikesan berlaku dalam situasi-situasi tertentu
KERANGKA KONSEP
Sumber panduan kepada penyelidik dalam meneliti
elemen-elemen yang terlibat dalam kajiannya.
Ia menyediakan satu liputan komprehensif faktor-
faktor penyebab kepada fenomena yang dikaji,
pembolehubah, teori yang mendasari kajian serta
bagaimana elemen-elemen ini berkaitan antara satu
sama lain.
Kerangka konsep yang baik adalah rajah yang
mengandungi penerangan visual yang jelas dan
mudah difahami, ringkas namun padat.
Pembangunan kerangka konsep didasari oleh kajian
empirikal terdahulu.
Definisi Operasional
Memberi gambaran yang jelas kepada pembaca atau
penilai
Konsep-konsep utama dalam tajuk dan pemboleh ubah
kajian
Nyatakan berdasarkan kefahaman pengkaji

BUKAN:
i.  Mendefinisikan tajuk kajian sahaja.
ii.  Sesuatu yang mudah difahami (Cth: jantina)
iii.  Perkara remeh (cth: institusi tertentu seperti UUM)
APAKAH BATASAN KAJIAN?
Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya
tidak terlalu luas

Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan


kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu
sedangkan menurut pandangan mereka relevan
dengan kajian
APAKAH ASAS DALAM BATASAN
KAJIAN?
1. Batasan masa

2. Batasan bidang kajian

3. Batasan lokasi kajian


APAKAH DEFINISI OPERASIONAL?
Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik
untuk diberikan huraian supaya tidak mengelirukan
pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain
seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik

Definisi operasional BUKAN definisi tajuk

Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai


dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar
bidang atau literatur berkaitan penyelidikannya
TINJAUAN LITERATUR
Satu sorotan kajian lepas yang berkaitan secara langsung
dengan latar kajian sama ada berkaitan dengan teori,
model/konsep, pemboleh-pemboleh ubah, metodologi serta
kajian-kajian lepas.
Kerangka penyediaan tinjauan literatur yang baik perlu
mempunyai ciri 5 ‘C’ ;
Cite – primary and secondary
Compare - arguments, theories, methodologies, and findings
expressed in the literature.
Contrast - arguments, themes, methodologies, approaches, and
controversies expressed in the literature.
Critique which is seem most reliable, valid, or appropriate.
Connect the literature to your own area of research and
investigation.
APAKAH METODOLOGI KAJIAN?
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data atau
menganalisa data

Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh


mencapai objektif yang dicadangkan
METODOLOGI KAJIAN
1. Pengenalan
2. Reka bentuk kajian
3. Instrumen Kajian
1. Kesahan
2. Kebolehpercayaan
4. Kajian Rintis
5. Populasi Dan Pensampelan
6. Pengumpulan Data
7. Analisis Data
1. Kaedah intepretasi data (kuantitatif)
2. Kesahan & Kebolehpercayaan (Kualitatif)
RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI?
Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus dalam
penyeldikan

Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK


tetapi mempunyai berkaitan dengan kajian

You might also like