You are on page 1of 15

SOSIOBUDAYA DAN

PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
DALAM BILIK DARJAH
PENGERTIAN SOSIOBUDAYA
Sosial(sosio) berkaitan dengan
masyarakat dan kemasyarakatan.
Budaya didefinisikan sebagai hal-hal
yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia.
Sosiobudaya bermaksud hubungan
masyarakat dgn budaya, spt cara
hidup, adat istiadat, pakaian dll.
(prpm)
TEORI
SISTEM EKOLOGI
BRONFENBENNER
MIKROSISTEM

Persekitaran yang terdekat dengan kanak-kanak.


Misalnya interaksi secara langsung yang berlaku di antara
kanak-kanak dengan ibu bapa,penjaga,adik
beradik ,guru ,rakan-rakan atau jiran tertangga.
MESOSISTEM

Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.


Antaranya hubungan ibu bapa dengan guru,ibu bapa dengan
rakan,guru dengan rakan,hubungan antara pengalaman sekolah
dengan pengalaman keluarga,pengalaman rakan sebaya dengan
pengalaman sekolah.
EKOSISTEM

 Merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan
yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut ataupun kepada orang
dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
 Contohnya saudara mara ,rakan ibu bapa,pengaruh dari tempat-tempat ibadat dan pengaruh tempat kerja ibu bapa.
MAKROSISTEM

Perkembangan individu yang melibatkan norma-


norma ,nilai dan amalan masyarakat itu sendiri.

Contohnya ,peluang pendidikan yang diberi dalam


sesebuah negara.
KRONOSISTEM

Melibatkan perubahan mengikut peredaran masa.


Contohnya kehadiran ahli baharu dalam keluarga
memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak
ataupun permaianan yang dimainkan.
 Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling termasuk keadaan
fizikal,ilim,sosiobudaya,politik dan interaksi di anatara manusia sesame
manusia dan alam sekitarnya.

 Mengikut Teori Ekologi Bronfenbrenner,persekitaran terdiri daripada satu


system yang kompleks dan saling berinteraksi.Perkembangan knak-kanak
merangkumi lima jenis system ekologi iaitu
mikrosistem,mesosystem,ekosistem,makrosistem dan kronosistem.
TEORI PERKEMBANGAN

SOSIOBUDAYA LEV VYGOTSKY


Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi
interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks
sosial iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan
orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
Melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak
akan dapat menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan
serta simbol-simbol budaya.  Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif
mereka dengan memberi makna membina atau konstruk pengetahuan.
Beliau juga berpendapat bahawa interaksi sosial kanak-kanak amat
mempengaruhi perkembangan kognitif mereka. Ini menunjukkan tanpa
interaksi yang meluas kanak-kanak tidak dapat memperkembangkan lagi
pemikiran kognitif mereka. Mereka mungkin akan hanya mengetahui
tentang perkara asas sahaja tetapi tidak dapat mengaitkan pengetahuan
asas tersebut dengan penerimaan baru. Dalam sudut lain, bolehlah
dikatakan bahawa keinsafan dan kesedaran serta kefahaman individu
terhasil daripada pergaulan sosial dan tingkah laku sosial mereka.
Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak dalam
perkembangan seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan
kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian terhadap
sesuatu perkara. Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki fungsi mental
yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap
sebagai alat-alat kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
menerusi aktiviti seperti berbicara, berbahasa, dan menulis. Alat-alat kebudayaan
ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga yang lebih tua di mana semua pengalaman
pembelajaran dibimbing. Pengalaman dengan orang lain yang diperolehi melalui
aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin mendalam dan
membentuk gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.
PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI BILIK DARJAH
Guru perlu mengenali muridnya sebelum menjalankan
proses pdp.
Guru boleh mengadakan aktiviti-aktiviti bersifat
kolaborasi supaya murid dapat mempelajari sesuatu .
Guru boleh menjalin hubungan yang baik dengan ibu
bapa murid.

You might also like